Merealisasikan impian matlamat utama mak andam Sarimah
“Kebanyakan orang khususnya wanita menyimpan impian mengenai perkahwinan mereka sejak awal lagi,” kata Puan Sarimah Yackub, 44 kepada kami.
“Mereka mengimpikan segala-galanya dari lelaki yang bergelar suami sehinggalah kepada pakaian dan keterampilan diri di hari bersejarah itu. Matlamat kami adalah untuk membantu mereka mencapai apa yang telah menjadi impian mereka sejak sekian lama.”
Jika rekod dibuka, memang nyata Puan Sarimah telah merealisasikan begitu banyak impian perkahwinan. Andaman Butik Sarimah yang menjalankan operasi di Bandar Tun Razak, Pahang sudah pun memulakan usaha itu sejak 1985.
Menurut Puan Sarimah ia bukan satu perjalanan yang mudah. Tetapi hari ini beliau boleh berbangga kerana menjadi antara pengusaha butik andaman paling berjaya di daerah Pahang Tenggara.
Dengan memanfaatkan bangunan operasi yang luas, Andaman Butik Sarimah menyediakan lebih dari 120 pasang pakaian pengantin trend terkini yang menarik sesuai untuk majlis pernikahan, persandingan mahupun persalinan.
Koleksi yang begitu banyak menampilkan pakaian dari songket, lace, satin dengan gaya tradisional melayu, moden kotemporari sehinggalah kepada pakaian etnik antarabangsa.

Setiap bakal pengantin hanya perlu memilih yang mana satu pakaian impian mereka. Jika koleksi yang ada masih tidak cukup, Puan Sarimah juga memiliki sebuah butik jahitannya sendiri. Ini membantu memastikan pelanggan mendapat apa yang mereka perlukan.
“Salah satu aspek utama untuk membolehkan pelanggan merealisasikan impian, kita mesti dapat memenuhi semua keperluan mereka”, tegas Puan Sarimah. “Tanpa persediaan yang cukup di pihak mak andam, pengantin mungkin akan menjadi mangsa.”
“Kami tidak akan berkompromi dengan sebarang kelemahan yang boleh menjejaskan hari yang sepatutnya menjadi kenangan manis pelanggan seumur hidup mereka.”
Bukan sahaja dalam soal pakaian, Puan Sarimah juga mengamalkan cara yang serupa dalam soal solekan. Semuanya perlu dilakukan mengikut kehendak dan kesesuaian pelanggan.

“Sesetengah pelanggan benar-benar faham apa sesuai untuk diri sendiri dan sesetengah pula mengharapkan kami membantu. Di sinilah ilmu dan pengalaman memainkan peranan penting bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Solekan boleh jadi lembut, natural ataupun menonjol, tetapi yang penting pilihan itu harusnya menaikkan seri wajah seseorang pengantin sebagai pengantin,” jelas Puan Sarimah yang juga mempunyai 3 orang jurusolek di bawah naungannya.
“Ia adalah show pengantin, bukan show mak andam.”
Pengalaman mengandam selama 22 tahun tentulah cukup lama untuk seseorang mak andam seperti Puan Sarimah menjadi mahir dan bijaksana. Begitupun di sepanjang perjalanan usahanya beliau tidak pernah putus menyertai kursus-kursus solekan dan andaman yang dianjurkan oleh mereka yang dianggap pakar ataupun peneraju dalam bidang tersebut.
“Walaupun pengalaman kita banyak tetapi penting untuk meluangkan masa menyertai kursus-kursus bagi memastikan kita sentiasa seiring dengan perkembangan yang ada. Seperti bidang lain, solekan dan Andaman juga berubah setiap waktu.”
Bercakap soal pelamin dan hiasan pula, Puan Sarimah menjelaskan prinsip butiknya tetap sama.
“Kami beri apa yang pelanggan nak. Namun dalam masa yang sama kadang-kala kami perlu juga memberi pandangan. Misalnya pelanggan mungkin suka sesuatu warna atau tema, bagaimanapun ia tidak berapa sesuai dengan warna atau tema pakaian yang menjadi pilihan. Lokasi pelamin juga sering memainkan peranan penting.”
Andaman Butik Sarimah menawarkan pelbagai pakej Andaman kustom dari serendah RM1,500 sehinggalah RM6,000.
Untuk meringankan beban kewangan, Puan Sarimah mencadangkan bakal pengantin membuat tempahan awal. Jika wang memang menjadi satu faktor, cara ini boleh membantu pengantin mendapatkan pakej yang lebih baik demi menyerikan lagi majlis mereka. Mereka boleh membayar sedikit demi sedikit sehinggalah tiba hari yang dijadualkan.
Ditanya mengenai samada beliau pernah mengalami sebarang pengalaman pahit sepanjang kariernya sebagai mak andam, Puan Sarimah dengan nada girang menjelaskan.
“Setiap majlis perkahwinan merupakan satu majlis yang indah dan bersejarah bagi semua orang. Sebagai mak andam, saya perlu merasai kehebatan hari itu untuk pengantin saya. Saya akan memastikan mereka benar-benar merasa gembira dan megah. Itu hari mereka. Oleh itu pengalaman saya selama menjadi mak andam semuanya indah-indah dan manis-manis belaka. Saya sentiasa berasa gembira untuk pengantin saya.”
Tentang persaingan pula, Puan Sarimah menganggap sebagai sihat.
“Untuk meningkat dari tahap ke tahap kita perlukan dorongan. Sama seperti bidang lain persaingan akan mendorong kita. Kita hanya akan menjadi lebih baik jika kita boleh menerima persaingan.”.
Akhir sekali Puan Sarimah memberi sedikit nasihat kepada bakal pengantin.

“Untuk merealisasikan impian majlis perkahwinan anda, fokus kepada diri sendiri, yang lain serahkan kepada mereka yang pakar dalam bidangnya. Jika anda rancang semuanya dengan teliti dan berikan tugas kepada mereka yang benar-benar tahu mengendali, insyallah, majlis anda pasti akan dapat dijayakan dengan penuh kemanisan.”
Untuk pengetahuan para bakal pengantin, Butik Andaman Sarimah sedang membuat promosi istimewa sempena ulangtahun kedua mereka beroperasi di bangunan baru.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada Puan Sarimah di talian 019-7447372. Maklumat lanjut mengenai Andaman Butik Sarimah juga boleh diperolehi di SeriPengantin.com.
- Advertorial Kumpulan KakiBisnesDotCom


