Gemilang berkat kesabaran

April 16, 2009 by admin  
Fail di bawah Agensi - Jualan Langsung, MLM

MEREKA muncul daripada kelompok latar belakang berbeza, ada beberapa kali terpaksa menyerah kalah dalam perniagaan dan ada berhadapan kemelut kemiskinan hidup.

MEREKA muncul daripada kelompok latar belakang berbeza, ada beberapa kali terpaksa menyerah kalah dalam perniagaan dan ada berhadapan kemelut kemiskinan hidup.

MEREKA muncul daripada kelompok latar belakang berbeza, ada beberapa kali terpaksa menyerah kalah dalam perniagaan dan ada berhadapan kemelut kemiskinan hidup.

Namun, berkat kegigihan dan kesabaran, mereka mampu menempatkan diri di kalangan penerima Anugerah Avon 2009.

“Usahkan motosikal, basikal pun saya tak ada ketika itu. Namun, saya tekad tidak mahu hidup susah seperti dulu.

“Ketika menyertai Avon, saya berjalan kaki menjual barangan. Jika jauh, saya naik bas sehingga mampu membeli kereta pada 1995,” kata Zainun Tahir yang menerima pengiktirafan antara wakil Avon Malaysia terbaik untuk pencapaiannya tahun lalu.

Menyertai Avon sejak belasan tahun lagi (1990), dia yang berasal dari Kemaman, Terengganu bersyukur hidup senang selepas bersama Avon dan kini memiliki tiga kereta, sebuah rumah kedai dan dua banglo.

Zainun menempatkan dirinya tujuh tahun berturut-turut antara 10 wakil terbaik Avon malah tahun lalu, dia menerima pengiktirafan Wakil Avon Nombor Satu.

“Rahsia saya mudah saja iaitu kerja keras dan yakin pada diri sendiri. Selain itu, jangan berkira sangat dengan pelanggan.

“Apabila kita tak berkira, pelanggan pun suka dan mesra dengan kita,” kata ibu dua anak yang ditemui pada majlis Anugerah Avon 2009 di Putrajaya, baru-baru ini.

Dia tidak menyangka rezekinya melimpah ruah selain berpeluang ke pelosok dunia termasuk Filipina, Indonesia, Thailand, London, Perancis dan Belanda.

Bagi Annie Cheng Hwa Ping, jatuh bangun dalam perniagaan adalah asam garam dalam hidupnya terutama ketika kegawatan ekonomi kira-kira 12 tahun lalu.

Namun, kesabaran menyertai keluarga Avon sejak tiga tahun lalu sambil menguruskan tiga restorannya, berbaloi akhirnya.

Berbekalkan risalah sebagai antara modal utama perniagaannya, wanita berasal dari Ranau, Sabah ini turut membeli produk bernilai RM3,000 terlebih dulu.

“Saya tidak bimbang melabur wang membeli produk kerana ia laris dalam tempoh tiga hari,” kata wanita yang dinobatkan Wakil Avon Nombor Satu Negara 2009.

Dia memandu sejauh dua jam setengah perjalanan ke butik Avon di Kota Kinabalu bagi mendapatkan barangan tetapi perjalanan sedemikian menjadi kebiasaan baginya.

Annie pernah menjadi guru sandaran dan ejen insurans sebelum berniaga sepenuh masa. Dia juga pernah membuka butik pakaian dan kosmetik selain kedai kek.

Ibu tiga anak ini mengakui insentif pelancongan Avon yang dianggap berbeza, antara tarikan menyertai syarikat itu.

“Saya melihat peluang perniagaannya berpotensi, apatah lagi barangan yang dijual berpatutan,” katanya.

Sentiasa mempamerkan senyuman, satu-satunya penerima anugerah lelaki untuk Pemimpin Jualan No 3 Avon, Lau Kong Ung, tidak pernah jemu dengan rutinnya mengunjungi pelanggan di kawasan pedalaman.

Lau, 46, anak jati Sarawak berbangsa Cina ini mengakui puas melihat pelanggan tersenyum lebar ketika dia membawakan barangan Avon ke ceruk desa itu.

“Memang jauh untuk mereka ke bandar mendapatkan barangan di butik Avon. Justeru, kehadiran saya memang mereka nantikan.

“Ia nyata berbaloi kerana selain keuntungan, saya menambah kenalan di pedalaman,” kata kerani perkapalan kelahiran Bitangor yang menjalankan perniagaan Avon secara sambilan sejak 13 tahun lalu ini.

Untuk kategori Wakil Avon, tempat kedua diraih Zaliha Mahmood (Bachok, Kelantan) manakala tempat ketiga disandang Zainun.

Kategori Pemimpin Jualan diraih Salmah Abdullah, 48, (Sibu, Sarawak) di tempat pertama manakala tempat kedua, Judy Tambol, 39, (Kuching, Sarawal) dan Lau di tempat ketiga.

Annie dan Salmah masing-masing menerima trofi, tiara, set barang kemas bernilai RM1,000, wang tunai RM2,000, hamper, plak pengiktirafan, selendang dan sejambak bunga.

Pemenang tempat kedua dan ketiga bagi dua kategori berkenaan turut menerima set barangan kemas, wang tunai, hamper, plak pengiktirafan dan sejambak bunga.

Majlis anugerah berkenaan disempurnakan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen serta Presiden Avon Malaysia, Thailand dan Vietnam, Mansoor Wan Abdullah.

Harian Metro

Kerja gigih buahkan hasil

April 3, 2009 by admin  
Fail di bawah Agensi - Jualan Langsung, MLM

Berjuta wanita menjadi wakil Avon di seluruh dunia.

Berjuta wanita menjadi wakil Avon di seluruh dunia.

MENGUBAH corak hidup tidak semudah yang diduga. Namun, ketentuan takdir boleh diubah bukan hanya dengan berdoa, sebaliknya diselarikan pula dengan usaha.

Bidang perniagaan menjanjikan keuntungan berlipat ganda jika seseorang itu sanggup bekerja keras. Tanpa modal ribuan atau jutaan ringgit, keuntungan tetap mampu diraih terutama jika tahu caranya.

Antaranya melalui Golden Circle Avon (GCA) yang menyediakan peluang meraih pendapatan menerusi pelaburan minimum hanya RM15.

Nik Suriyani Norbit, 33, tidak ralat berhenti kerja lebih 10 tahun lalu daripada sebuah jabatan kerajaan.

Bahkan, katanya, sebaik berhenti kerja pada 1997, beliau berjinak dengan Avon Cosmetics sebagai pengedar dan merasakan bidang itu menguntungkan.

“Jika rajin menggali pengalaman dalam bidang kecantikan, kita tahu jenama mana yang boleh memperoleh keun tungan.

“Sehingga kini, saya antara orang paling agresif mempromosikan produk ini kepada rakan atau jiran,” katanya.

Lebih melucukan, ada pelanggan terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapatkan khidmat perawatan wajah daripadanya.

“Pelanggan agak ramai sehingga untuk mendapatkan khidmat saya dan mereka perlu membuat temujanji.

“Saya tidak membiarkan pelanggan yang mendapat khidmat nasihat dan perawatan wajah, sebaliknya mereka akan di hubungi untuk mengetahui perkembangan terkini,” katanya.

Menurutnya, pelbagai manfaat dan insentif diberikan syarikat kecantikan itu membuatkan dia tidak menoleh ke belakang kerana pulangan amat memuaskan.

Bagi Abdul Ghani Hadzri, 44, melihat kejayaan diraih isteri seperti melancong ke Bali, Perth, Australia dan tahun ini mengelilingi Venice, beliau memang teruja.

Beliau yang pernah menyandang tugas sebagai pengurus ladang milik syarikat swasta terkemuka mengakui tugasnya dulu tidak mampu membawa dia mengembara sejauh itu.

“Saya cemburu dengan kejayaan isteri sepanjang pembabitan dalam Avon. Saya tahu produk kecantikan itu bukan sekadar mengubah diri wanita dalam aspek penjagaan diri semata-mata.

“Bahkan, saya merasakan ada peluang untuk menjana pendapatan lebih tinggi,” katanya.

Namun, rahsia kejayaan dirinya turut dipacu isteri, Nora Hashim, 41, yang disifatkan perancang hebat.

Isterinya sebelum ini hanya suri rumah tetapi mencatur perencanaan tersendiri sehingga mencapai sasaran pendapatan secara berkumpulan yang lebih tinggi.

“Jika berusaha, insya-Allah kejayaan akan bersama kita,” katanya.

Menurut wanita yang berasal dari Ulu Tiram, Johor ini, sebaik menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia dulu, dia terus mendirikan rumah tangga dan pastinya tiada pengalaman hebat dalam sebarang perniagaan.

“Saya cepat belajar, mengkaji cara menjalankan bentuk pemasaran kerana saya ada rangkaian sendiri untuk melariskan jenama ini.

“Jadi, tidak sukar bagi saya untuk mencapai sasaran dan dalam masa singkat, saya mencapai jumlah RM200,000 secara berkumpulan.

“Bukan itu saja, pelbagai insentif ditawarkan membuka ruang lebih banyak kepada pengedar dan unit untuk terus berkembang,” katanya.

Antara teknik diamalkan pasangan ini sehingga menjadi ‘kunci’ mereka mengejar matlamat adalah mengedarkan buku atau katalog lebih awal.

“Boleh dikatakan setiap pelancaran katalog (dua kali sebulan), saya sentiasa ada pelanggan atau pengedar baru.

“Sebagai orang yang dianggap paling berpengaruh dalam kumpulan, sudah tentu saya ada rahsia tersendiri. Berpengetahuan mengenai produk juga penting selain memberi insentif daripada diri sendiri kepada ahli yang menjadi kelebihan diri saya serta suami,” katanya.

Pasangan itu turut menurunkan kemahiran mereka kepada anak sulung, Muhamad Furqan, 19, yang juga pelajar di kolej swasta untuk berniaga secara sambilan bagi mengembangkannya sebagai perniagaan keluarga.

Harian Metro