Tiga tahun tunggu bayaran

May 22, 2009 by admin  
Fail di bawah Pelbagai

SAYA ialah seorang peniaga bumiputera yang baru menjalankan perniagaan dan mengambil tender atau kontrak agensi kerajaan. Izinkan saya meluahkan perasaan sebagai mewakili pihak peniaga-peniaga kecil bumiputra.

Dua tahun lepas syarikat saya telah menjalankan perniagaan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) yang kini dimansuhkan.

Pada mulanya, pegawai yang berurusan dengan saya amat baik, peramah dan berbudi bahasa. Setelah bersetuju dengan harga yang saya tawarkan kepada MeCD, pihak saya telah membekalkan perkhidmatan videography dan photography untuk tempoh dua hari satu malam.

Segala persediaan dan kelengkapan telah dihantar ke lokasi program. Segala prosedur yang ditetapkan oleh MeCD telah saya turut dan saya penuhi.

Pada hari terakhir program saya telah menyerahkan surat penghantaran dan invoice kepada pegawai MeCD untuk ditandatangani dan diambil tindakan.

Beberapa hari selepas itu, saya menghubungi pegawai tersebut untuk membuat tuntutan pembayaran berdasarkan invoice yang telah diberi kepada pegawai MeCD berkenaan.

Apabila saya bertanyakan tentang pembayaran (LOU) dari MeCD, pegawai berkenaan meminta tempoh beberapa hari lagi untuk pemprosesan (LOU) .

Setelah saya menunggu dalam tempoh beberapa hari, pegawai yang dihubungi telah berdolak-dalik dan meminta saya menghubungi pegawai yang lain untuk tujuan berkenaan.

Sehinggalah masalah saya ini berlanjutan selama hampir tiga tahun dan tiada jalan penyelesaian.

Saya berasa amat kecewa dengan sikap pegawai kerajaan yang suka mengambil mudah atau acuh tidak acuh dengan apa yang dilakukan serta tidak ikhlas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Saya juga berasa amat marah dan terkilan apabila diperlakukan seperti bola yang bergolek mengikut rentak permainan pegawai MeCD.

Saya berharap agar masalah saya ini dapat diberi perhatian oleh pihak kerajaan supaya saya dapat berniaga dengan lebih baik dan lancar.

Semoga dengan apa yang saya luahkan ini dapat membantu para peniaga kecil bumiputera yang baru bertapak dan sedang meningkat naik.

Diharap kerajaan dapat memberikan perhatian dan bantuan kepada saya dan rakan-rakan dalam menyelesaikan kemelut ‘birokrasi’ ini demi kemajuan negara tercinta.

MANGSA KEADAAN

Cheras, Selangor

Stop the power games, focus on the people

March 3, 2009 by admin  
Fail di bawah Pelbagai

We don't lack a Prime Minister, but where's the leadership?

We don't lack a Prime Minister, but where's the leadership?

Bluntly put, our economic future looks bleak. At the rate the manufacturing demand, exports and commodity prices are falling, the country is likely to face the full brunt of a recession soon.

Malaysians do not save enough and most do not earn enough to save. They will not be able to face the dire challenges of a drawn out financial meltdown.

As such, it is about time our political leaders stopped the endless mud-raking and one-upmanship and get on with doing what they were elected to do.

One exasperated businessman, Anas Zubedy, put it succinctly in a full-page newspaper advertisement on Thursday.

The message was simple: Please stop the power chase, call for a truce. Focus on the economy. Focus on the people.

A whole year has passed since the March 8 general election and the people are suffering from political fatigue.

There seems to be no end to shameless politics. It plunged to yet another despicable level with Friday’s fracas involving Selangor Umno Youth and Opposition MPs outside Parliament.

Is it too much to expect both the Barisan Nasional and Pakatan Rakyat to work on resolving serious problems instead of trying to score points for political expediency?

Enough is enough. Our political leaders must stop ignoring the proverbial elephant in the room. The people have already wised up. They should too.

The figures are grim. Econo­mic growth slid to 0.1 % in the last quarter of 2008, the slowest in seven years. GDP growth for 2009 will be way below the 3.5% forecast.

Much hope is now pinned on the second stimulus package, dubbed the mini-budget, to support domestic sources of growth, boost domestic spending and minimise job losses.

It has been speculated that the mini-budget, to be unveiled by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, will be between RM10bil and RM15bil, as compared with the first package of RM7bil.

Such a huge sum might cushion the severity of damage to the economy but whether it will be enough to keep us afloat in the hard times is still anybody’s guess.

It won’t be a pretty picture when the crunch comes. In the end, political sincerity will be measured only in terms of how much the man-in-the-street is protected.

The Star | Photo caption by Kakibisnes

Galak rakyat berbelanja

February 25, 2009 by admin  
Fail di bawah Pelbagai

down1

Tanpa perancangan ekonomi yang betul, banyak poket akan kosong.

KETIKA negara lain membuka lembaran tahun baru 2009 dengan persiapan rapi untuk berhadapan dengan kelembapan ekonomi, kita pula masih berkelahi semata-mata kerana kuasa politik.

Kemelut politik yang tidak berkesudahan itu dipantau dengan penuh minat oleh pelabur-pelabur luar negara.

Apatah lagi dalam keadaan ekonomi global yang muram ketika ini, pelabur akan sangat berhati-hati untuk menanam modal dan memperluaskan jaringan operasi.

Tentunya faktor utama yang diambil kira oleh pelabur ialah kestabilan politik dan keamanan di sesebuah negara.

Mengambil contoh paling mudah dan dekat ialah apa yang berlaku di Thailand. Sejak terjebak dengan kemelut politik awal tahun lalu dan masih berlanjutan sehingga kini, ekonomi negara itu jatuh merudum.

Pelabur-pelabur baru hilang keyakinan untuk berurus niaga manakala pelabur sedia ada pula mula memindahkan operasi. Sektor pelancongan yang menjadi antara penyumbang utama ekonomi Thailand turut lumpuh kerana warga asing bimbang tentang soal keselamatan untuk melancong.

Semuanya gara-gara ketidakstabilan politik dan keamanan yang dicetuskan oleh rasa tidak puas kumpulan tertentu sehingga menyebabkan kerajaan gagal berfungsi.

Perkara ini sangat mudah untuk dikaitkan dengan apa yang sedang berlaku di negara ini terutamanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Meskipun pilihan raya sudah berlalu hampir setahun, namun bahang kekalutannya masih terasa sehingga kini.

Situasi itu menyebabkan banyak pihak lebih berminat untuk memberikan tumpuan kepada pergolakan politik, berbanding ancaman yang lebih nyata dan serius iaitu krisis ekonomi.

Adalah mudah untuk membayangkan tindakan pelabur-pelabur asing dalam ketidaktentuan politik negara termasuk kemungkinan peralihan kuasa seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak tertentu.

Mereka pastinya akan menunggu untuk melihat kebenaran tersebut kerana tindakan itu juga secara tidak langsung melibatkan kepentingan pelaburan mereka.

Begitu juga dengan pergolakan politik di Perak ketika ini, yang jika dinilai dari situasi semasa bakal mengambil masa yang panjang untuk dipulihkan sepenuhnya.

Ancaman terhadap kerajaan baru di Perak secara jelas menganggu urusan pentadbiran negeri. Perhatian yang seharusnya diberikan kepada agenda pembangunan rakyat juga tidak dapat dilaksanakan kerana tekanan daripada pembangkang yang enggan menerima hakikat.

Seharusnya parti politik yang tidak ditakdirkan untuk menjadi pemerintah, jadilah pembangkang dalam erti kata yang sebenar. Iaitu memberikan pandangan dalam konteks berbeza kepada kerajaan sedia ada untuk kesejahteraan rakyat.

Jika benar mereka berjuang untuk rakyat, maka pemimpin parti politik itu perlu mendorong pengikut mereka untuk mempertahankan keamanan dan ekonomi. Bukannya mengajak untuk menjatuhkan pemerintahan sedia ada.

Berada di barisan luar daripada kerajaan tidak bermakna mereka tidak boleh berjasa kepada rakyat.

Sebaliknya ketika inilah usaha itu harus dilipatgandakan kerana ia menjadi penilaian sebelum rakyat sekali lagi memilih pemimpin dalam pilihan raya antara empat hingga lima tahun akan datang.

Amalan negara berdemokrasi itu sekiranya benar-benar difahami oleh pemimpin dan rakyat pastinya tidak akan membawa kepada kecelaruan politik seperti ketika ini.

Adalah lebih baik untuk kerajaan sedia ada diberikan peluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah.

Sementelah, pembentukan kerajaan juga mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan yang sah. Maka sebarang tindakan mempertikaikannya hanyalah usaha yang sia-sia dan membuang masa. Yang paling parah menerima kesannya adalah rakyat.

Sikap menyokong secara membabi-buta termasuk aksi demonstrasi jalanan hanya merugikan diri sendiri.

Tidak salah menyatakan pendirian dalam berpolitik, tetapi biarlah mengikut saluran yang sah dan menggunakan imbangan rasional serta pengetahuan dalam menilai sesuatu perkara.

Apatah lagi dalam kesuraman ekonomi ketika ini, sikap keterlaluan rakyat menyukarkan kerajaan untuk menjayakan pakej rangsangan ekonomi yang faedahnya juga adalah untuk rakyat.

Dari sudut tanggungjawab kerajaan, pakej rangsangan ekonomi yang diperkenalkan sekurang-kurangnya memberi nafas kepada pemulihan kelembapan ekonomi domestik.

Pakej peringkat pertama berjumlah RM7 bilion sudah pun diluluskan dan bakal disusuli dengan pakej peringkat kedua yang akan diumumkan dalam pembentangan mini bajet bulan depan.

Rakyat juga perlu menanam keyakinan dengan kebijaksanaan pemerintah untuk merangsang ekonomi negara sama seperti ketika berdepan dengan krisis pada 1997/1998.

Perlu untuk difahami, cabaran dan kesan krisis ekonomi yang melanda dunia ketika ini jauh lebih hebat.

Malah beberapa pemerhati ekonomi juga meramalkan kegawatan ekonomi ketika ini boleh menjadi lebih buruk berbanding krisis ‘zaman gelap ekonomi’ pada 1930-an.

Kesannya di negara ini sudah mula kelihatan sejak awal tahun apabila beberapa buah syarikat mula menutup operasi dan semakin ramai dilaporkan hilang pekerjaan.

Adalah diharapkan, kerajaan menerusi penubuhan tabung khas pekerja yang diberhentikan dapat membela nasib pekerja yang kehilangan punca pendapatan.

Namun, sebesar mana sekali pun suntikan intensif yang disediakan kerajaan, ia tidak akan membantu memulihkan ekonomi tanpa sokongan rakyat. Sebagai kuasa sebenar yang menggerakkan ekonomi negara, rakyat perlu menyedari peranan yang seharusnya dimainkan.

Tidak hanya sebagai penentu kestabilan negara, peranan itu juga boleh diperluas dalam konteks sebagai pengguna.

Krisis ekonomi ketika ini seharusnya tidak melunturkan keyakinan orang ramai untuk berbelanja, kerana tindakan itu akan memberikan lebih tekanan kepada ekonomi.

Sebaliknya jelas Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohammad Noorizzuddin Nooh, orang ramai perlu mengurus perbelanjaan secara berhemah iaitu dengan meletakkan keutamaan.

Pengguna juga perlu mengambil peluang daripada penurunan Kadar Dasar Semalam (OPR) daripada 3.25 peratus kepada 2.50 peratus seperti yang diumumkan oleh Bank Negara baru-baru ini.

Penurunan OPR itu bertujuan menggalakkan orang ramai supaya lebih berbelanja seterusnya menggerakkan sektor perniagaan.

“Kebanyakan pengguna ketika ini mengambil langkah berhati-hati dalam berbelanja dan tindakan itu menyebabkan sektor perniagaan terutamanya berasaskan perkhidmatan terpaksa gulung tikar,” katanya.

Bagaimanapun dalam peningkatan jumlah pekerja yang diberhentikan, adalah mustahil untuk mengajak rakyat berbelanja.

Sektor industri kecil dan sederhana (IKS) misalnya, paling teruk terjejas dengan krisis ekonomi ketika ini. Dalam sektor IKS ini sahaja, terdapat kira-kira dua juta pekerja yang sangat tinggi risikonya untuk kehilangan pekerjaan.

Bagi kelompok ini, keutamaan untuk menyimpan adalah lebih tinggi berbanding berbelanja. Untuk itu, Mohammad Noorizzuddin menyarankan supaya pakej rangsangan ekonomi peringkat kedua nanti memberi faedah secara langsung dan terus kepada rakyat.

Antaranya meningkatkan jumlah elaun sara hidup (COLA), mengurangkan kadar tol serta cukai perkhidmatan dan sebagainya.

Pakej ekonomi itu juga wajar memberi tumpuan kepada projek berasaskan pertanian dan industri asas tani yang sentiasa mendapat permintaan.

Projek pertanian juga dapat diusahakan secara berkelompok sekali gus memudahkan usaha kerajaan membantu lebih ramai rakyat yang hilang pekerjaan.

Utusan

Kurangkan cakap politik, mari tangani cabaran ekonomi negara

February 21, 2009 by admin  
Fail di bawah Pelbagai

Ahli politik Malaysia?

Ahli politik Malaysia?

LETIH… hari-hari ada saja pergolakan politik. Jangan lupa, dalam beberapa hari lagi, genap setahun wakil-wakil rakyat diberi amanah oleh pengundi.

Tapi dalam tempoh setahun ini banyak perkara yang tidak dijangkakan telah berlaku. Hakikatnya, tiada hari tanpa kisah politik.

Situasi politik tanah air masih membara dan ada masa membakar semangat anak watan. Jika tak dikawal, boleh bertukar jadi bencana.

Aksi-aksi demonstrasi jalanan sudah kembali seperti di depan Istana Kuala Kangsar. Kita harap ia tidak menjadi aksi setiap minggu. Jika tidak, rakyat akan bertambah bimbang dan risau dengan suasana kancah politik negara. Tak payah kita ikut rentak politik demonstrasi seperti negara jiran.

Sesetengah rakyat sudah mula merasa bosan dan meluat bila melihat bahawa agenda politik kini sudah mengatasi hal ehwal kehidupan rakyat.

Paling teruk, ia membawa politik negara menjadi tidak stabil. Lihat bagaimana pemimpin politik parti pembangkang mula menunjukkan belang mereka. Selepas buat kecoh di dalam Dewan Rakyat, budaya biadab dijelmakan di peringkat negeri dengan per cubaan mengheret Sultan Perak ke mahkamah.

Hari-hari orang politik atau orang biasa bercakap tentang politik wang, politik perkauman, fitnah. Cerita terbaru, mereka menganalisis cerita skandal seks atau gambar bogel orang politik.

Apa pun wakil rakyat kena ingat, bukan semua rakyat di kawasan yang diwakili memilih mereka. Jangan kita pandai-pandai mengatakan banyak pengundi kini sokong gabungan parti pembangkang atau kerajaan.

Hakikatnya ramai juga rakyat yang tidak keluar mengundi atau menjadi pengundi. Banyak alasan dan sebab boleh diberi. Tambahan pula keadaan politik negara seperti sekarang, rasa menyesal mereka yang keluar mengundi tidak siapa yang tahu.

Apa yang berlaku di Perak, Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Lanjan, Selangor merumuskan bahawa sesetengah wakil rakyat yang dipilih rupanya berdasarkan ‘tangkap muat’. Jadi yang dipilih tidak berkualiti, tidak berprinsip, tidak bermoral - bukan pejuang tetapi pengambil peluang.

Kecewa dan hancur hati rakyat yang mengharapkan pemimpin itu orang yang berwibawa, berkualiti dan jelas perjuangannya.

Sebab itu, semua pemimpin politik diminta ubah perangai. Jangan ikut kata hati dan nafsu. Jangan asyik berpolitik siang dan malam. Orang politik bergaduh, tapi tetap hidup senang. Yang susah ialah rakyat.

Rakyat inginkan kestabilan dan kemakmuran. Mereka inginkan negara ini mencapai Wawasan 2020.

Jadi semua pemimpin politik, cuba berfikiran matang. Jangan asyik memikirkan cara untung rebut kuasa. Biarlah apa yang berlaku menjadi pengajaran. Kurangkan politiking. Cukuplah perhitungan kepimpinan di kertas undi dan bukan di atas keupayaan membeli serta dibeli.

Setiap pemimpin politik baik kerajaan atau pembangkang kena insaf. Apa yang mereka sudah capai dalam memenuhi janji-janji kepada rakyat. Apa yang dibuat hampir setahun ini hanya menimbulkan pergolakan demi pergolakan.

Kita sedang bergelut memikirkan bagaimana untuk menghadapi masalah ekonomi yang melanda seluruh dunia. Malangnya, ada pemimpin-pemimpin yang tidak sudah-sudah dengan politiking, macamlah pilihan raya diadakan tahun ini.

Pakej rangsangan ekonomi dalam mini bajet yang akan dibentangkan bulan depan pun tidak banyak mendapat reaksi. Belum terdengar satu forum atau seminar bakal diadakan bagi membincangkan cabaran ekonomi sekarang.

Kalau negara maju bertungkus lumus mencari jalan membendung gelombang yang hampir menenggelamkan ekonomi mereka, apa yang telah kita lakukan untuk berdepan dengan cabaran ini?

Sejak suku ketiga tahun lalu, kita belum mendengar huraian jelas tentang strategi pemimpin-pemimpin politik kita untuk menghuraikan dengan panjang lebar perihal kegawatan ekonomi ketika bersidang di Dewan Rakyat. Yang dengar, mereka banyak bertekak atas perkara peribadi dan bukan soal rakyat.

Kemelesetan ekonomi sekarang sepatutnya menyedarkan ahli-ahli politik untuk memerah otak bagi memastikan ekonomi negara ini berdaya tahan dan kehidupan rakyat tidak terjejas. Bukan terus fikir merebut kuasa.

Utusan

Fokus pemulihan ekonomi

February 20, 2009 by admin  
Fail di bawah Pelbagai

Apa dah jadi dengan EPU?

Apa dah jadi dengan EPU?

Beberapa minggu kebelakangan ini, terlalu banyak fokus dan tumpuan diberikan kepada isu politik. Sebagai rakyat, sementara mungkin ramai yang sangat tertarik dengan perkembangan politik, tidak kurang juga ramainya yang semakin berasa tertekan dan risau dengan persekitaran ekonomi yang masih belum menunjukkan tanda pemulihan.

Terdapat banyak negara yang memulakan ‘pakej rangsangan ekonomi’ dan kebanyakannya juga mula menumpukan kepada isu yang lebih mendasar dan penting ini. Bukannya bermakna politik tidak penting, tetapi ia mesti ‘dikeduakan’ dengan suatu dimensi yang lebih wajar menjadi prioriti. Kita perlu memasuki medan baru - yang menjurus kepada usaha menangani keresahan rakyat dalam erti kata yang sebenarnya.

Ke mana sahaja kita pergi, ramai yang mula risau dan khuatir dengan kedudukan ekonomi yang masih menekan. Pakej rangsangan ekonomi yang ingin dan cuba diperkenalkan mestilah mendepani masalah rakyat daripada setiap tingkat ekonomi, agar mereka tidak berasa ditinggal dan ketepikan.

Pakej rangsangan ekonomi - boleh dinamakan apa sahaja, tetapi ia mesti bersifat ‘menyelesai masalah’. Setiap angka yang didedahkan oleh akhbar, khususnya ruang ekonomi mesti diambil serius. Setiap wakil rakyat mesti senantiasa peka apa yang berlaku di dalam kawasan mereka.

Jangan anggap penutupan kilang perabot kecil di hujung kampung ataupun penutupan kilang komponen elektrikal kecil di kawasan perindustrian - tidak membawa kesan ekonomi kepada kampung dan mukim kita. Tidak ada salahnya jika wakil rakyat memanggil dan bersikap pro-aktif untuk mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Parlimen kawasan masing-masing.

Sememangnya, ia tidak membayangkan semua ahlinya mendapat elaun dan sebagainya. Namun, sekurang-kurangnya rakyat faham dan maklum bahawa seorang wakil rakyat sangat prihatin dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.

Majlis sama wajar diwujudkan juga di peringkat negeri. Dengan kewujudan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri - rakyat akan mendapat mesej dan isyarat yang nyata bahawa politik bukan hanya mempunyai tujuan yang terlalu jumud dan sempit. Kewujudan ‘majlis tindakan’ yang sedemikian sifatnya - mestilah luhur niatnya dan benar-benar membayangkan sikap ‘rentas ideologi dan kepentingan politik’.

Ketika rakyat terbanyak berhadapan dengan suasana kesukaran ekonomi, terlalu banyak penumpuan dan fokus kepada isu politik akan membuat rakyat menjadi kelabu mata. Kita baru sahaja menamatkan pilihan raya umum sekitar Mac tahun lalu. Tempoh setahun ini, penuh dengan strategi dan gaya politik. Tetapi tidak digaris dengan tindakan ‘non-partisan’ dan langkau ideologi politik yang lebih menjanjikan.

Pada masa ini, signal inilah yang perlu diberikan kepada rakyat. Bahawa sesungguhnya politik mesti ada garis sempadan dan jiwa besar. Tidak saling meruntuh - tetapi mampu sebenar-benarnya membina bangsa dalam ruang yang cukup luas. Penubuhan MTEN - sudah menjadi wajib dan mesti disegerakan. Semua pihak mesti mempunya jiwa besar untuk duduk bersama dalam menyelesaikan keresahan rakyat.

Pakej rangsangan ekonomi mestilah bersifat menyeluruh dan bersungguh. Membantu menyelesaikan masalah pemain industri (memberikan insentif dan sebagainya) dan membenih semangat keusahawanan di kalangan mereka yang berhadapan dengan masalah pemberhentian kerja. Ini semua mesti dilakukan secara seimbang.

Membaca strategi di Australia, pakej rangsangan ekonomi dinamakan sebagai pakej ‘Pelan Pembangunan Bangsa dan Pekerjaan’ (Nation Building and Jobs Plan). Pakej yang berjumlah AU$42 bilion terarah kepada beberapa perkara dan strategi utama: AU$28 bilion (untuk pembinaan dan pemerkasaan infra di sekolah, perumahan, kecekapan tenaga, infrastruktur komuniti, jalan raya dan program pembangunan industri kecil dan sederhana).

Baki daripada jumlah itu akan tertumpu kepada beberapa strategi yang menjurus kepada rakyat terbanyak.

Dengan pembentukan pakej rangsangan ekonomi yang sedemikian rupa pun, Kerajaan Australia menjangkakan hampir 300,000 rakyatnya akan berhadapan dengan pemberhentian kerja. Angka ini cukup besar dan mampu mencipta pelbagai masalah sosial yang serius dalam tempoh waktu yang terdekat ini.

Kita tidak pun membayangkan bahawa Malaysia perlu melaksanakan pakej once-off yang sedemikian sifatnya. Fokus dan perhatian mestilah ditumpukan kepada usaha menggerak semula ekonomi secara natural dan bukannya pemberian bonus yang bersifat sedemikian rupa.

Ya, mungkin mereka yang sekian lama bergantung kepada ‘polisi dan dasar populis’ akan terus mengenakan tekanan kepada kerajaan; tetapi sikap dan pendirian politik sedemikian boleh menjadi backfire sekiranya rakyat dapat melihatnya melalui tingkap retorik dan kepentingan politik peribadi. Pembangkang juga pastinya tidak mahu itu berlaku.

Di Amerika Syarikat (AS), pakej rangsangan ekonomi mencatat amaun yang ’super-mega’. Ratusan bilion dolar - namun sudah mula cakap-cakap bahawa ia akan hanya menguntungkan beberapa syarikat dan konglomerat seperti: General Electric (GE), Emerson Electric (EMR), Jacobs Engineering (JEC), Chicago Bridge & Iron (CBI) dan Caterpillar.

Pakej rangsangan ekonomi seakan-akan menjadi alat ‘bantuan hayat’ kepada kalangan syarikat yang berhadapan dengan suasana ekonomi sukar.

AS juga memberikan perhatian yang luar biasa kepada mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana. Ini tentunya termasuk belanja perubatan ‘Medicaid’ yang dianggarkan berjumlah hampir US$90 bilion.

Dengan latar ekonomi AS yang besar itu pun, sudah wujud ketidaktentuan bahawa mereka mampu berhadapan dengan suasana ekonomi yang sukar. Memperlahankan impak dan kesan ekonomi adalah mungkin. Tetapi, tidak menyelesaikan masalahnya secara total.

Setakat November 2008 sahaja, seramai lebih 530 ribu rakyat AS sudah kehilangan pekerjaan. Kadar pengangguran sehingga hujung 2008 mencatat hampir 6.7 peratus - tertinggi sejak 1973! Namun, dalam suasana sekeliling yang sedemikian mencengkam pun, masih ada di kalangan kita yang terus gemar ‘berpolitik’ pada setiap masa.

Jiran tetangga kita Indonesia juga menampilkan pakej rangsangan ekonomi yang agak besar - sekitar AS$6.32 bilion (72 trilion rupiah). Pakej ini dikatakan menjurus kepada insentif pengurangan cukai (individu dan korporat), pengurangan harga bahan tenaga dan pembangunan infrastruktur.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia pasti menanti kebijaksanaan ekonomi kerajaan dalam mini bajet nanti. Bukan soal jumlah yang terlalu diagungkan, tetapi bagaimana pakej rangsangan ekonomi dapat ‘dirasai’ oleh rakyat terbanyak. Seboleh mungkin, kita tidak mahu kesan ekonomi menjadi sangat buruk dan menyukarkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Ya, mungkin tidak dalam bentuk bantuan once-off dan rebat - tetapi rakyat juga pasti akan gembira jika ada perbelanjaan yang mampu dikurangkan dalam berhadapan dengan suasana ekonomi sukar ini. Bukan niat artikel ini membandingkan kemampuan kita dengan Australia dan AS; tetapi sekadar membayangkan betapa ‘tingkat masalah’ ini adalah nyata.

Fokus dan tumpuan mini bajet mesti menjurus kepada menyelesai masalah dan peningkatan peluang pekerjaan serta mengurus ekonomi secara strategik. Kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, mesti diberikan perhatian. Lebih penting lagi, adalah bagaimana membentuk rasa percaya di kalangan rakyat - bahawa kita boleh berhadapan dengan tempoh sukar ini dengan semangat kesatuan dan cita bangsa yang luhur.

Rakyat mahu melihat penyelesaian daripada episod politik yang mendukacitakan ini. Ekonomi adalah arah yang lebih wajar untuk diberikan fokus dan perhatian pada ketika ini. Untuk menjayakan cita-cita ekonomi yang semakin memberat ini - kita memerlukan lebih ramai ahli politik bijaksana dan tidak penting diri.

Khairuddin Md Zain - Utusan

Bersediakah kita menghadapi krisis?

February 17, 2009 by admin  
Fail di bawah Pelbagai

Ketika dunia di ambang kemelesetan, apakah persediaan kita?

Ketika dunia di ambang kemelesetan, apakah persediaan kita?

LANGKAH kerajaan memberi peluang kepada pekerja sektor swasta yang diberhentikan kerja akibat kemelut ekonomi menyertai sektor awam dapat memberi peluang baru selepas berdepan dengan keadaan tidak menentu apabila kilang ditutup atau majikan mengurangkan kos operasi.

Jaminan untuk mengambil 20,000 pekerja bagi pelbagai jawatan melalui skim khas dalam tempoh terdekat menunjukkan kerajaan amat prihatin terhadap masalah dihadapi rakyat terutama mereka yang terjejas akibat krisis ekonomi global yang tidak berpenghujung sekarang.

Walaupun langkah itu tidak mencukupi bagi membantu semakin ramai yang kehilangan kerja sekarang, ia sekurang-kurangnya mengurangkan kadar pengangguran di kalangan mereka yang sudah berkeluarga. Ini penting kerana kadar pengangguran pastinya bertambah apabila semakin ramai lepasan sekolah dan universiti yang sukar mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian tahun ini.

Namun untuk mengharapkan kerajaan saja menyediakan peluang pekerjaan kepada semua rakyat termasuk yang kehilangan kerja akibat ekonomi meleset, agak mustahil kerana jumlahnya cukup besar dan meningkat setiap masa. Kita tidak mengetahui bila krisis ekonomi global ini akan berakhir.

Malah, apabila Perdana Menteri Britain, Gordon Brown memberi amaran minggu lalu bahawa dunia menghadapi kemelesetan ekonomi lebih teruk daripada Kemelesetan Besar 1930-an di Amerika Syarikat, mungkin terburuk dalam tempoh 100 tahun, amat membimbangkan kita.

Setiap hari ada saja laporan luar negara memaparkan syarikat gergasi dunia di Amerika Syarikat dan Jepun melaporkan kerugian teruk selain pembuangan pekerja secara besar-besaran. Sehingga kini dunia, terutama Amerika Syarikat masih terkial-kial dan memperuntukkan berbilion dolar bagi mengatasinya, namun penghujung krisis belum nampak.

Setiap hari ada saja pemberhentian pekerja terutama industri elektronik yang menerima kesan langsung krisis berlaku. Malah, dilaporkan industri di Singapura turut mula membuang pekerjanya dan dianggarkan 200,000 pekerja Malaysia di negara berkenaan bakal terjejas dengan tindakan berkenaan.

Pengangguran di negara bagaimanapun boleh dikurangkan jika mereka yang dibuang kerja atau lepasan universiti tidak terlalu memilih pekerjaan. Jika dilihat kehadiran pekerja asing di negara ini, masih banyak peluang pekerjaan asalkan kita tidak terlalu memilih.

Krisis yang melanda sekarang seharusnya dijadikan titik tolak untuk semua pihak lebih berhemah dan berusaha lebih gigih selain berfikiran positif. Kita berharap bajet mini yang bakal dibentangkan kerajaan Mac depan dapat membuka lebih banyak ruang kepada kumpulan yang menganggur ini untuk memulakan penghidupan baru.

Langkah kerajaan untuk membuka ruang pekerjaan kepada pekerja swasta yang dibuang kerja hanyalah sekelumit daripada usaha yang dilakukan untuk menghadapi krisis sekarang. Usaha lebih penting terutama peruntukan kewangan besar diperlukan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, supaya negara terus mampu berhadapan dengan kegawatan.

Berita Harian

Kemiskinan bandar perlu ditangani dengan saksama

February 16, 2009 by admin  
Fail di bawah Pelbagai

Kos hidup yang tinggi meningkatkan tekanan kepada penduduk bandar

Kos hidup yang tinggi meningkatkan tekanan kepada penduduk bandar

KETIKA negara menghadapi cabaran berikutan kegawatan ekonomi global, satu aspek yang perlu dilihat ialah soal kemiskinan di bandar. Kemiskinan di bandar, jauh bezanya dengan di luar bandar dalam pelbagai aspek.

Bayangkan kos kehidupan yang sangat tinggi di Kuala Lumpur menuntut setiap keluarga mesti mempunyai pendapatan minimum antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan dan sekiranya ada yang berpendapatan di bawah RM1,500, mereka layak digelar keluarga miskin.

Tetapi di luar bandar, pendapatan di bawah RM1,500 sebulan masih boleh dianggap selesa kerana kos sara hidup tidak tinggi, berbanding di bandar. Kebanyakan penduduk di luar bandar juga menikmati pelbagai bantuan, termasuk subsidi padi dan baja, selain mempunyai tanah yang luas untuk bercucuk tanam.

Malah di luar bandar, kebanyakan penduduknya tidak perlu menyewa rumah atau membayar tempat meletak kereta. Tetapi penduduk bandar terpaksa membayar semua itu. Semua faktor inilah menyebabkan kehidupan di bandar walaupun seseorang itu nampak ‘hidup mewah’ sebenarnya menanggung bebanan yang besar.

Namun, itu bukan pilihan mereka dan sesetengahnya memang berasal dari bandar, manakala pekerja sektor awam dan swasta terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah pula terpaksa berdepan bebanan kehidupan itu kerana mereka bekerja di bandar.

Laporan khas akhbar ini semalam merungkai permasalahan kemiskinan di bandar dan mendapati kehidupan dalam keadaan miskin di bandar, menjadi lebih teruk daripada kehidupan rakyat miskin di desa.

Justeru, pihak berkuasa perlu melihat bagaimana untuk membantu golongan terbabit. Setakat ini, agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada menyediakan bantuan dengan mewujudkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan miskin meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

Namun, bantuan itu diberi berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) ditetapkan kerajaan iaitu hanya keluarga berpendapatan di bawah RM720 di Semenanjung layak mendapat bantuan, RM830 bagi Sarawak dan RM960 di Sabah.

Kita mengalu-alukan langkah kerajaan menaikkan kadar itu, berbanding cuma RM400 sebulan di Semenanjung sebelum ini. Tetapi apakah angka itu, misalnya pendapatan RM720 sebulan, sesuai untuk keluarga di bandar. Sepatutnya, PGK dikaji semula dan tidak boleh dibuat secara menyeluruh.

Laporan khas itu memaparkan betapa tidak adilnya untuk menyamakan PGK di luar bandar dengan di bandar terutama Kuala Lumpur. Sewajarnya ia dikaji semula dengan melihat semua aspek lain yang turut memberi kesan. Kos sara hidup di dua kawasan itu jauh berbeza.

PGK di Kuala Lumpur sepatutnya dua kali ganda PGK di tempat lain. Kerajaan juga perlu melihat kembali kelayakan dan jumlah bantuan diguna pakai selama ini untuk berlaku adil.

Berita Harian

Pakej rangsangan masih gagal tarik rakyat berbelanja

February 5, 2009 by admin  
Fail di bawah Pelbagai

shoppingKUALA LUMPUR 4 Feb. - Pakej rangsangan ekonomi pertama berjumlah RM7 bilion yang diumumkan sebelum ini, dilihat gagal untuk menarik minat rakyat ‘berbelanja’ dan menggalakkan permintaan dalam usaha merancakkan ekonomi negara.

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Profesor Dr. Mahani Zainal Abidin berkata, meskipun kerajaan telah melaksanakan pelan rangsangan ekonomi, pelaksanaannya masih lagi dilihat ‘longgar’.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengambil pendekatan lebih berkesan.

”Masalah ini (tidak berbelanja) berpunca apabila pengguna tidak mempunyai keyakinan ke arah itu dan kerajaan perlu mengambil inisiatif meyakinkan rakyat,” katanya pada sesi strategik kumpulan terpilih bagi membincangkan krisis ekonomi global di sini hari ini.

Menurut beliau, situasi itu menyebabkan rakyat lebih memilih untuk menyimpan berbanding berbelanja.

Mahani berkata, dalam usaha untuk memberi keyakinan kepada rakyat, kerajaan perlu menangani masalah pembuangan pekerja kerana perkara berkenaan penting .

”Apabila kerja terjamin, maka sesiapa pun tidak akan khuatir untuk berbelanja,” jelasnya.

Menjelas lanjut, Dr. Mahani berkata, semua negara di dunia memperkenalkan pelan rangsangan ekonomi tetapi Singapura dan Taiwan memberi keutamaan kepada mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyatnya.

Beliau turut menaruh harapan supaya pemantauan khusus dibuat terhadap agihan dan pelaksanaan pakej rangsangan itu.

Jelas Mahani, kerajaan perlu memastikan peruntukan besar itu tidak ‘disimpan’ atau digunakan di tempat yang tidak sepatutnya

Beliau juga mencadangkan kepada kerajaan agar memperkenalkan insentif kepada majikan dalam mengurangkan kos operasi.

Katanya, insentif itu pernah dibuat ketika kegawatan ekonomi sebelum ini dan ternyata ia berkesan, sekali gus membolehkan majikan terus bertahan.

Utusan