Kemahiran komunikasi penting
Para usahawan wajar mengambil inisiatif untuk meningkatkan kemahiran komunikasi sekiranya ingin berada dalam kalangan orang yang berjaya.
Presiden Pertubuhan Penceramah- penceramah Profesional Malaysia (MAPS), Datuk Maznah Hamid berkata, bidang keusahawanan memerlukan seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan lantang bagi menonjolkan keyakinan diri.
”Para usahawan perlu tahu, dunia perniagaan sama seperti ‘peperangan,’ jika individu itu tidak pandai untuk berkomunikasi, bagaimana dia hendak menjual produk dan nama syarikat?
”Malah, jika dari segi akademik, dia hebat, namun lemah dari aspek komunikasi, ia tetap tidak akan membantu kejayaan individu itu, justeru kemahiran ini perlu dikuasai,” katanya.
Selain itu, Maznah berkata, kesedaran mengenai teknik ‘menjual diri’ juga perlu wujud dalam diri setiap usahawan sekiranya ingin bergelar usahawan berjaya.
”Apa yang dimaksudkan ialah mereka perlu bijak menjual nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya kepintaran, kreativiti, kejujuran dan kewibawaan sebagai seorang usahawan yang disegani.
”Mereka juga perlu mengenal dan melatih diri mereka dengan nilai-nilai ini supaya apa jua yang diusahakan akan membuahkan hasil, namun ia perlu bermula dengan penguasaan kemahiran komunikasi terlebih dahulu,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan supaya Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi mewujudkan modul pelajaran baru bagi subjek komunikasi bermula di peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi.
Katanya, ini bagi memastikan setiap individu terutama generasi muda mampu menguasai kemahiran komunikasi di samping dapat menyemai keyakinan dalam diri di peringkat awal.
Kuadran miskin, kuadran kaya
Fahaman cliché kebanyakkan orang khususnya yang mungkin telah terlibat dalam bisnes MLM tapi tidak berjaya sangat cetek sehingga apabila dibincang tentang MLM, mereka terlebih dahulu menolak peluang yang datang sebelum mendengar.
MLM adalah satu platform mudah dan tepat untuk keluar dari rat race yang sering diperkatakan oleh Robert T. Kiyosaki. Untuk keluar dari rat race, secara ringkasnya anda perlu menghasilkan Passive Income atau Residual Income yang lebih dari perbelanjaan anda (Expenses).
Kalau anda rujuk pada Cashflow quadrant, mereka yang bekerja untuk orang (company) atau menjadi pekerja dan mereka yang bekerja sendiri (menjalankan perniagaan sendiri misalnya) masih lagi terperangkap dalam kuadran mereka yang dikategorikan sebagai Poor People (orang-orang yang miskin).
Mereka masih lagi BEKERJA UNTUK DUIT (bekerja untuk mendapatkan duit). Mereka masih tidak dapat menikmati financial freedom. Pendapatan yang mereka terima setiap minggu atau bulan masih lagi dikira sebagai active income. Active Income dikira sebagai pendapatan yang diterima adalah bedasarkan kepada jumlah kerja yang anda berikan.
Sebagai contoh, sebagai IT Analyst atau Software Engineer, mungkin jumlah kerja yang anda berikan untuk 1 jam hanya bernilai RM50 dan hanya akan dibayar untuk jumlah ini bagi usaha anda.
Berbanding dengan mereka yang duduk dalam kuadran sebelah kanan atau kuadran-B yang memperolehi PASSIVE INCOME, dimana pendapatan untuk sejam sebagai contoh dibayar tidak terhad untuk usaha anda yang tidak seberapa. Jadi bagi mereka yang berada di kuadran-B (the right quadrant), usaha yang tidak seberapa dapat menghasilkan Residual Income yang tidak terhad!
Mereka yang berada di kuadran B, adalah seperti Pemilik Perniagaan (contohnya Bill Gates) dimana mereka mengupah orang untuk menjalankan dan menggerakkan perniagaan mereka tanpa mereka sendiri perlu bersusah payah.
Untuk menjadi Business Owner atau Business builder, anda perlukan modal yang sangat tinggi! Begitu juga bagi mereka yang duduk dalam kuadran terakhir, iaitu Investor quadrant. Mereka ini hanya menumpukan kepada 10% usaha untuk memberi mereka 90% hasil (prinsip yang diadaptasi daripada Prinisip Pareto iaitu Prinsip 80/20 yang diperkenalkan oleh Vilfredo Pareto dalam tahun 1906). Anda ambil contoh paling mudah seperti penyanyi-penyanyi terkenal seperti Elvis Presley, Pelakon sitcom seperti Jerry Seinfeld, atau mungkin juga seperti Michael Jordan dan David Beckham.
Mereka ini menumpukan 10% usaha dan fokus mereka untuk menghasilkan 90% hasil, keuntungan atau kekayaan. 10% focus mereka adalah diawal pembabitan mereka dalam usaha seni mereka, iaitu memperkenal dan memperkukuhkan jenama (branding) mereka. Setelah ramai yang mengetahui dan menerima “jenema” mereka, mereka dapat hasil yang berlebihan (residual income, atau pendapatan tanpa had) daripada bayaran royalti nyanyian, persembahan ulang tayang, modelling contract, dll.
Jadi tanya pada diri anda, tidakkah anda mahu untuk keluar daripada rat race dan memiliki pendapatan tanpa had? Tidakkah anda mahu bersara awal (retire early)? Tidakkah anda mahu tergolong dalam golongan yang 10% ini?
Tanya pada diri anda, adakah anda betul-betul dalam Comfort Zone yang selama ini anda fikir anda sangat selesa? Selama mana anda masih lagi akan melakukan perkara yang sama (tanpa hasil) berulang kali tapi dalam masa yang sama mengharapkan perubahan?
Apabila datang peluang untuk anda berubah, masihkah anda berfikir? Jika anda masih berfikir, adakah cara anda berfikir dan membuat keputusan selama ini dapat melepaskan diri anda dari kongkongan rat race? Mungkin anda perlu berfikir dari perspektif yang berbeza. Ada beberapa perspektif yang anda perlu ambil kira, dan and harus tidak menghadkan fikiran anda kepada HANYA satu corak befikir.
Kalau dulu anda lihat orang lain memiliki kereta cantik (BMW M5 atau Audi RS4), memiliki mahligai 3 tingkat dilokasi-lokasi strategik dengan nilai hartanah yang sangat mahal, atau mungkin melancong ke luar Negara lebih dari tiga kali setahun… anda hanya mampu berkata “Aku tak mampu memiliki itu semua!” Ubah corak pemikiran, dan ketahuilah ada banyak perspektif untuk berfikir. Kenapa tidak “Bagaimana dapat aku memiliki semua itu?”. Cara anda berfikir merubah segalanya.
Ingat! Bukanlah duit yang boleh membuatkan anda kaya, tapi ilmu, dan business skill yang dapat membuatkan anda kaya. Terlalu banyak option yang boleh anda lakukan, tapi perlu ingat, apa option atau peluang yang tak memerlukan usaha yang “menggila” dari anda? Apa option yang dapat anda bekerja dengan bijak (work smart rather than work hard) untuk memberikan pendapatan tanpa had, atau membolehkan duit bekerja untuk anda (money working for you? NOT you working for money!).
Bagi saya (dan merujuk kepada Robert T. Kiyosaki), MLM option terbaik untuk keluar dari kuadran kiri dan menempatkan diri anda dalam kuadran Bisness Owner atau kuadran Rich People…
Seanshah
Strategi berniaga Pasar Malam
Dalam perniagaan pasar malam sama juga seperti perniagaan lain mempunyai beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan bagi menarik pelanggan. Antaranya adalah lokasi yang strategik. Kalau anda diberi tapak yang kurang sesuai pun boleh menjejaskan pendapatan anda. Kebiasaanya penganjur telah mengasingkan barisan tapak peniaga makanan,pakaian dan barang basah mengikut pecahan masing-masing.
Cuma masalahnya jikalau anda seorang peniaga makanan tapi diberi tapak dalam barisan peniaga pakaian atau barang basah kemungkinan besar perniagaan makanan anda akan terlindung dengan helaian pakaian yang mereka digantung!!!
Kemudiannya keceriaan gerai anda sendiri. Harus tersusun dan nampak kemas. Dinasihatkan meje lipat anda haruslah menggunakan alas plastik yang sesuai dan agak lebar supaya menutup ruang di bawah meja.
Sekurang-kurangnya kalau bersepah barang-barang kita pun takde lah pelanggan nampak sangat. Aspek kebersihan juga harus di jaga. Kalau untuk peniaga makanan di pasar malam salah satu syarat yang penganjur akan minta ialah suntikan thypoid dan juga sijil pengendalian makanan yang diiktiraf. Apron dan topi haruslah dipakai untuk nampak lebih kemas dan bersih.
Penggunaan banner atau bunting yang menarik juga boleh menjadi tarikan kerana pelanggan tak perlu jenguk-jenguk apa yang anda jual. Mereka dah tahu apabila terpandang banner perniagaan anda. Begitu juga dengan harga perlulah terang dan jelas boleh dibaca oleh pelanggan. Selain daripada itu antara yang paling penting dalam adat orang berniaga adalah diri kita sendiri.
Jangan jadi pak pacak membisu seribu bahasa dihadapan gerai. Berikan senyuman ikhlas kepada pelanggan walaupun mereka hanya datang menjenguk. Kalau boleh berikan segala jawapan kepada pertanyaan pelanggan jangan biarkan pelanggan tertunggu atau tertanya-tanya bila berurusan dengan kita.
Akhir sekali pastikan anda membawa wang kecil untuk memudahkan pelanggan berurusan dengan kita. Jangan sesekali menyuruh pelanggan menukar wang kecil ditempat lain sebaliknya kita yang menyediakan secukupnya atau kita yang pergi menukar wang tersebut.
Mungkin ada yang tak beberapa setuju..tetapi ingat satu dalam layanan kepada pelanggan “customer always right!..) walaupun tak betul kena lah tegur secara berhemah. Isnyallah rezeki anda akan lebih murah lagi.
Perniagaan berpaksi sosial
SAYA berkecimpung dalam bidang perusahaan sosial di kota London sejak tiga tahun lalu. Kini saya menguruskan tiga projek bernilai kira-kira RM2.5 juta untuk membantu perusahaan sosial di seluruh England mendapatkan kontrak mengendalikan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan juga untuk memenangi kontrak daripada pihak berkuasa Temasya Olimpik yang akan diadakan di London pada 2012.
Walaupun perusahaan sosial masih baru, kerajaan Britain bersungguh-sungguh mahu membangunkannya.
Malah sebuah kementerian khusus telah diberi tanggungjawab menyelia strategi kerajaan terhadap perusahaan sosial dan lainlain organisasi dalam ’sektor ketiga’. Walaupun ekonomi United Kingdom kini merudum, komitmen kerajaan terus kekal.
Perusahaan sosial bukan badan kebajikan. Ia merupakan perniagaan yang bermatlamat memaksimumkan keuntungan.
Tetapi operasi perniagaan tersebut membolehkannya membantu menyelesaikan sesuatu isu sosial atau alam sekitar.
Keuntungan tetap penting kerana hanya perniagaan yang untung sahaja boleh menyumbang kepada negara.
Model yang diguna pakai oleh perusahaan sosial ialah model perniagaan kapitalis yang diserikan dengan etos untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat.
Bagi saya model perusahaan sosial ini merupakan pelengkap, bukan pengganti kepada model perniagaan biasa.
Contohnya Restoran Fifteen yang diusahakan oleh chef terkemuka Britain, Jamie Oliver. Jika kita menjejak kaki ke restoran tersebut, kita akan segera sedar bahawa ia merupakan sebuah restoran yang berkualiti tinggi.
Harga makanan di situ pun boleh tahan mahal. Tidak ramai yang tahu bahawa ia merupakan sebuah perusahaan sosial yang berjaya.
Fifteen ditubuhkan untuk melatih anakanak muda yang tersisih daripada masyarakat agar mempunyai keyakinan diri.
Restoran tersebut memberi peluang pekerjaan dan latihan intensif kepada anak-anak muda yang menganggur, penagih dadah atau alkohol, serta yang terbuang dari rumah.
Mereka dilatih untuk menjadi chef, pengurus restoran dan pelayan restoran berkualiti tinggi. ‘Graduan’ daripada Fifteen dibantu mendapat pekerjaan lain setelah tamat latihan.
Fifteen mula dibuka pada tahun 2002 dengan 15 orang pelatih. Menjelang tahun 2007 ia mempunyai 90 orang pelatih dengan pusing ganti mencecah £4juta (RM21.2juta).
Kualiti perkhidmatan anak-anak muda ini begitu diiktiraf sehinggakan mereka mendapat kontrak untuk menyediakan makanan kepada para pemimpin dunia yang hadir ke persidangan G20 di London baru-baru ini.
Contoh kedua ialah Bulky Bob’s yang beroperasi di Liverpool. Syarikat ini ditubuhkan untuk mengurangkan jumlah perabot dan alat-alat elektrik seperti mesin basuh, televisyen dan peti sejuk yang dibuang kerana ia boleh merosakkan alam sekitar.
Biasanya khidmat memungut barang terbuang daripada rumah-rumah disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Tetapi, PBT di Liverpool memberikan kontrak memungut barang terbuang kepada Bulky Bob’s.
Dengan cara ini, PBT tersebut menjimatkan wang kerana mereka tidak perlu menggaji pekerja jangka panjang. Semuanya diserahkan kepada pihak swasta, iaitu Bulky Bob’s, yang jauh lebih efisien.
Dengan kontrak PBT tersebut Bulky Bob’s menyediakan khidmat pungutan barang terbuang rumah ke rumah. Sekitar 65 peratus daripada barang yang dipungut dikitar semula.
Bulky Bob’s memperbaiki barang-barang tersebut untuk dijual semula dengan harga yang rendah. Ada juga yang diberikan secara percuma kepada mereka yang benar-benar tidak berkemampuan.
Bukan itu sahaja syarikat ini juga melatih penganggur membaiki peralatan elektrikal, lantas memberikan kepakaran baru kepada warga tempatan.
Fifteen dan Bulky Bob’s merupakan contoh perusahaan yang agak besar. Kebanyakan perusahaan sosial di Britain sebenarnya adalah perusahaan kecil. Contohnya ialah syarikat Catering to Order yang beroperasi di selatan London.
Saya mengenali syarikat ini melalui salah satu projek yang saya uruskan. Pusing gantinya tidaklah terlalu besar tetapi sejarah syarikat ini amat menarik.
Pemilik Catering to Order ialah rakan saya yang buta dan berkulit hitam. Oleh kerana beliau sukar mendapat pekerjaan tetap, beliau memilih untuk menubuhkan syarikat katering sendiri.
Di samping untuk menyara diri, matlamat beliau ialah membantu mereka yang juga cacat penglihatan seperti beliau. Kini Catering to Order mempunyai 14 pekerja.
Semasa melawat pusat operasi syarikat ini, saya terpegun melihat para pekerja yang cacat penglihatan boleh menyediakan makanan yang berkualiti dengan begitu baik sekali.
Mutu perkhidmatan syarikat ini terbukti apabila mereka memenangi bidaan terbuka untuk membekalkan makanan kepada pihak berkuasa Olimpik 2012.
Semua perusahaan sosial ini mempunyai dua persamaan iaitu mereka mempunyai matlamat sosial yang jelas dan mereka menggunakan model perniagaan yang kompetitif.
Ada yang mahu membantu orang kurang upaya untuk mendapat pekerjaan.
Ada yang mahu memastikan anak-anak muda tidak dilanda keruntuhan moral. Ada yang mahu menyelamatkan alam sekitar.
Tetapi semuanya bersaing untuk menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi di pasaran terbuka tanpa mengharapkan layanan istimewa daripada kerajaan.
Setelah tiga tahun bergiat membangunkan perusahaan sosial di England dan menjelajah ke pelbagai tempat di sini untuk mengembangkannya, saya kini yakin bahawa sudah tiba masanya Malaysia juga meneroka dan membangunkan model perniagaan baru ini.
Sewaktu ekonomi dunia sedang gawat, perusahaan sosial boleh membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan tanpa menurunkan kualiti perkhidmatan awam.
Kita tidak perlu bermula daripada kosong. Berdasarkan pengalaman saya, banyak perkara yang telah dicuba di United Kingdom ini boleh dibawa ke negara kita.
Penulis Wan Saiful Wan Jan ialah Ketua Pengarah Malaysia Think Tank
Petua ‘pasangan belangkas’
MELAKAR perniagaan pasti bertemu dengan pelbagai pengalaman yang menduga kewibawaan. Apatah lagi dugaan yang berhasrat menjatuhkan itu datang daripada orang paling dekat dengan diri.
Menempuhnya memang satu peristiwa paling sukar namun ketabahan hati membuatkan setiap cabaran itu berjaya dirungkai.
Pengalaman sedemikian turut dirasai Datin Nor Zaina Ghani, 33, jurucakap profesional dan jurulatih serta mentor program peruncitan Bumiputera Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Turut dikenali dalam produk kecantikan (Aura Seri) dan usahawan spa serta penghasilan produk kecantikan lain, dia adalah mentor usahawan dalam soal penampilan imej wanita untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta syarikat swasta.
“Dengki khianat dan persaingan bukan penamat kepada perniagaan saya yang sudah berusia enam tahun. Impian melonjak empayar perniagaan terus kukuh walaupun pelbagai halangan bakal ditempuh.
“Kekuatan dan suntikan semangat yang sama turut diterapkan kepada peserta dalam setiap ceramah. Bukan hanya menyeru orang lain, tetapi saya sering mengingatkan diri untuk berjaya perlu ada kekuatan mental, fizikal dan spiritual.
“Ia sering bertitik-tolak daripada pengalaman sendiri untuk dikongsi dalam setiap ceramah kepada pelanggan,” katanya.
Pernah dinobatkan majalah tempatan antara 22 wanita paling glamor di Malaysia (2007), dia akur kekuatan dalaman dan keyakinan yang tinggi untuk terus memacu langkah menjadi pegangannya.
Nor Zaina mengakui popularitinya seperti selebriti dan sering mengadakan promosi bersama golongan berkenaan membuatkan dia mudah dikenali.
“Tidak salah mempopularkan diri sehebat mereka sekadar membuat sesuatu yang bermanfaat. Lagipun perniagaan yang dirintis bersama suami menjadi intipan golongan berkenaan,” katanya.
Menurutnya, jika di negara Barat, kaedah rawatan aromaterapi adalah antara medium terbaik untuk membantu rawatan penyakit tanpa perlu berjumpa pakar perubatan moden, kini ia semakin popular di negara ini.
Dalam usaha mengukuhkan jenamanya, mereka akan melancarkan Aura Seri Nur yang eksklusif sama ada dari segi reka bentuk produk di samping mengolah jenama dengan rumusan kesihatan terbaik untuk wanita.
Digelar pasangan belangkas bersama suami tercinta, Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad, kini kedua-duanya membina kekuatan untuk melonjak syarikat supaya setanding dengan produk kecantikan yang ada.
Mengenai rahsia rumah tangga, dia mengakui sentiasa berkasih sayang dengan suami dan anak-anak serta sering bersama ke mana-mana majlis.
“Hakikatnya, suami adalah pengkritik nombor satu dalam apa saja yang dilakukan.
“Jika tidak kena, dia tidak mudah berkompromi, tetapi seorang yang baik dan rasional dalam setiap tindak-tanduk,” katanya.
Profil
NAMA: Datin Nor Zaina Ghani
JAWATAN: Pengarah Eksekutif, Positive Image Resources
PENDIDIKAN: Diploma Aromaterapi, Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
STATUS: Kahwin
SUAMI: Datuk Prof Dr Ibrahim Ahmad
ANAK: Muhammad Danish Irfan Ibrahim, 10, Muhammad Danish Roshan, 6.
Kehebatan pereka tempatan
MEMASUKI Kuala Lumpur i-Design Centre (KLiDC), mata terpesona memandang perabot-perabot yang dipamer di ruang yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Bukan sahaja rekaannya cantik dan unik, tetapi lebih istimewa sebahagiannya direka dan dikeluarkan oleh usahawan bumiputera tempatan.
Istimewanya, himpunan perabot usahawan bumiputera yang diketengahkan Pusat Sumber Teknologi Perabot (FITEC) dengan kerjasama KLiDC itu tidak hanya untuk pasaran tempatan sebaliknya turut dieksport ke luar negara.
Antara deretan himpunan perabot itu, terdapat satu perabot anyaman berkonsepkan ikan paus yang mendapat perhatian ramai kerana rekaannya cukup unik dan mempunyai gaya tersendiri. Lebih menarik, ia turut terpilih untuk dipamerkan di Milan, Itali.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FITEC, Sarimah Mohamad Sabudin, usahawan perabot bumiputera sebenarnya mampu bersaing di pasaran luar kerana rekaan perabot mereka juga sama hebat dengan pereka luar.
Sebab itu, FITEC telah ditubuhkan sejak 15 tahun lalu bagi tujuan membangunkan usahawan perabot bumiputera terutama dalam membantu mereka dari segi rekaan, pembangunan dan penyelidikan (R&D), latihan dan pemasaran.
”Kini, kami yakin rekaan usahawan perabot bumiputera sudah dapat diterima ramai termasuk di luar negara. Kita tidak mahu ada lagi tanggapan yang menyatakan golongan bumiputera tidak mampu untuk mencipta rekaan berkualiti tinggi dan menarik.
”Hakikatnya, pada masa ini pasaran dan permintaan perabot dalam negara masih menunjukkan peningkatan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
“Sumbangan eksport perabot terhadap pendapatan negara juga terus kekal positif pada tahun lalu iaitu hampir RM9 bilion walaupun dunia menghadapi krisis kelembapan ekonomi.
”Dijangka, pada tahun 2010, sumbangan eksport perabot negara akan terus meningkat dengan sasaran sebanyak RM10 bilion melalui pasaran utama ke negara Amerika Syarikat, Timur Tengah, Hong Kong, China, Jepun, Eropah, Bangladesh dan India,” katanya ketika ditemui pada pelancaran Hari Perabot Wanita 2009 di KLiDC, baru-baru ini.
Sementara itu, Perunding FITEC yang juga pereka perabot profesional dari Didox Co., Milan, Itali, Emanuele De Dominicis memberitahu, rekaan usahawan tempatan sememangnya cantik dan menarik tetapi banyak yang tidak menepati cita rasa masyarakat luar negara.
Sebabnya, cita rasa masyarakat tidak serupa. Apatah lagi Itali kerap menampilkan rekaan terbaru dalam industri perabotnya. Sebagaimana himpunan pakaian yang diserlahkan mengikut musim, industri perabot juga akan mengetengahkan koleksi terkini setiap enam bulan sekali.
”Paling utama, mereka perlu memandang kepada kualiti pengeluaran produk yang ingin dipasarkan. Ia perlu berkualiti tinggi dan sempurna pembuatannya.
”Masyarakat Itali sejak dahulu amat mementingkan kualiti, rekaan yang tersendiri dan asli serta kesempurnaan.
“Jadi, tidak hairanlah ramai menyebut rekaan Itali adalah yang terbaik. Dan, Malaysia boleh memasuki pasaran Itali jika barangan yang diketengahkan setanding produk keluaran Itali,” kata Dominicis.
Kebetulan pereka perabot anyaman berkonsepkan ikan paus yang berjaya ke Milan turut sama memeriahkan pelancaran Hari Perabot Wanita 2009.
Ditanya tentang rekaannya, Rahim Ismail dari Design Principles Sdn. Bhd. menjelaskan, bentuk ikan paus dipilih kerana ia menyuntik kelainan dan keunikan yang mempunyai gaya tersendiri.
”Sebelum ini tidak ada lagi pereka perabot mencipta rekaan seperti ikan paus walaupun dalam pasaran antarabangsa. Bagi menambah keunikan, perabot ikan paus itu diperbuat menggunakan teknik anyaman daripada gabungan rotan, rumput paya dan tali pintal pelepah pisang (abaca).
”Disebabkan kelainan dan keunikan itu, perabot ikan paus terpilih untuk menyertai pameran perabot di Milan pada 21 hingga 25 April ini,” kata Rahim.
Jelas beliau lagi, fokusnya dalam industri pembuatan perabot sememangnya tertumpu pada barangan yang berasal daripada anyaman seperti rotan, rumput paya, tali pintal pelepah pisang. Terbaru, pihaknya sedang membuat barangan menggunakan plastik sintetik yang umpama rotan.
Sebenarnya, Milan adalah peluang kedua yang diperoleh Rahim dalam usaha mempromosikan rekaannya ke benua Eropah. Sebelum ini, rekaannya terpilih untuk menyertai Malaysian Craft At Its Best di Gedung Harrods yang terletak di Knightsbridge, London.
Pelan Tindakan Ekonomi Melayu?
KUALA LUMPUR 5 April - Pelan Tindakan Ekonomi Melayu perlu dibentuk untuk memperkukuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) supaya perjuangan ke arah kesaksamaan pembahagian ekonomi bumiputera dapat dicapai dalam tempoh 12 tahun lagi.
Tokoh ekonomi Melayu, Datuk Wan Md. Albakri Md. Nor berkata, rangka kerja bagi pelan itu perlu menjadi keutamaan kerajaan dalam membantu bumiputera kerana matlamat utama DEB masih lagi gagal direalisasikan selepas 38 tahun.
Katanya, DEB bukannya sekadar gambaran kuota penambahbaikan bumiputera dalam ekuiti, kemiskinan atau pendidikan seperti yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak.
Sebaliknya, DEB yang diwujudkan oleh kerajaan pada 1970 bertujuan untuk mengimbangi pendapatan supaya rakyat Malaysia tidak lagi dikaitkan dengan jurang pendapatan.
”Ini bermakna DEB adalah bertujuan mencapai pendapatan sama rata iaitu RM1 bagi Melayu dan RM1 untuk bukan Melayu.
”Tetapi yang menghairankan saya, kenapa setiap kali isu DEB timbul, pelbagai pihak pasti mengaitkannya dengan 30 peratus penguasaan ekuiti bumiputera semata-mata.
”DEB bukan diwujudkan untuk hanya meningkatkan taraf kemiskinan orang melayu kepada kaya sedikit. Perlu ingat DEB juga bukan sekadar kuota,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.
Wan Md. Albakri berkata, masalah utama pelaksanaan DEB adalah ketiadaan kayu pengukur yang boleh dijadikan penanda aras terhadap keupayaan bumiputera dalam ekonomi.
”Ukuran kita sekarang adalah syarikat-syarikat tersenarai, bagaimana pula dengan syarikat-syarikat persendirian?.
”Sebab itulah, kerajaan perlu mewujudkan pelan tindakan tersebut supaya kita boleh menghasilkan pelan terperinci yang membabitkan unjuran angka yang lebih spesifik.
”Dari situ, barulah kita boleh melihat sama ada sasaran tersebut boleh dicapai atau sebaliknya. Tanpa pelan itu, sampai bila-bila isu DEB akan jadi retorik sahaja,” ujar beliau.
Beliau yang juga Penasihat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia negeri Terengganu juga berkata, pada tahap sekarang untuk mencapai 30 peratus dalam ekuiti pada 2020, bumiputera perlu mempunyai modal pasaran sejumlah RM60 bilion.
Katanya, untuk mencapai angka tersebut, kerajaan perlu agresif dalam usaha mewujudkan kira-kira 100,000 usahawan kelas menengah, sekali gus membentuk majikan di kalangan bumiputera.
”Tumpuan sepatutnya ke arah itu dan bukan fokus kepada meningkatkan usahawan kecil, kalau tumpuan masih ditakuk lama, dikhuatiri sasaran DEB hanya tinggal sasaran sahaja.
”Setiap tahun dalam Perhimpunan Agung UMNO, para perwakilan akan bercakap pasal ekonomi, tetapi mengapa selepas 38 tahun masih tidak capai sasaran? Adakah perbahasan dan usul tersebut sekadar cakap-cakap kosong untuk memenuhi agenda persidangan?,” tambah beliau.
Wan Md. Albakri berkata, usaha untuk mewujudkan usahawan kelas menengah bukanlah perkara yang sukar sekiranya peluang itu diberikan kepada ahli perniagaan yang benar-benar tulen.
Ini kerana, tambah beliau, ahli peniagaan seperti kontraktor Melayu tulen tidak akan menjual projek yang diperoleh, tidak seperti kontraktor yang mempunyai kepentingan lain.
Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya pemberian kontrak atau tender oleh kerajaan dibuat berdasarkan meritokrasi meskipun sesama Melayu.
”Sekiranya langkah itu tidak dilaksanakan, kerajaan sampai bila-bila tidak berupaya membentuk usahawan Melayu berjaya dan terbaik,” katanya.
Jelas beliau, usahawan Melayu yang berjaya itulah yang akan menjadi majikan kepada ribuan graduan Melayu pada masa akan datang.
Dr L. Michael Hall’s experience
THE success of a business is measured in terms of dollars and cents, profit and loss. After all, that is why most people go into a business.
Trainer and author Dr L. Michael Hall looks at the business entity as a network of relationships where at each stage, some sort of value is added to the other.
“Business is all about people. Someone has to buy it. You have to work with suppliers, you have to sell it and you have to stand by it. It is all about relationships; the products and services are secondary,” says Hall, who is trained in psychology and business. Hall was here in Kuala Lumpur recently (March 27 and 28) to give a two-day course on Coaching Leadership.
Hall, 57, has set up a network of trainers around the world to exhort others to be resilient and to be strong in the midst of challenges. More of a psychologist than a trainer in business ventures, he uses certain principles to motivate and stretch one’s potential in overcoming the dark shadows that life sometimes heap upon us. But he is not an advocate of positive thinking. He delves into a myriad of subjects – from leadership to marketing, communications to motivation.
“The principle is to be resilient. To do that, we have to see meaning in the things we do and that includes the business, and the work…,” he says. The events in our lives mould us. The past make us what we are today. The person you see in the mirror is a result of what happened yesterday.
There is always the option to walk away but the past sticks like a shadow, inseparable until the shelf life is over. And so life moves on. The smile is turned on at the right time, the right words are chosen, sometimes mechanically and unconsciously. But the private world haunts and the past hounds.
And it was in this confused state of mind that Hall found himself in the mid-1970s. Not yet 25, his wife of three years had just walked out.
“I lost my career because a minister of God cannot be divorced. I lost my family and my parsonage,” says Hall whose first job was a Protestant pastor. It is indeed a deep and personal loss and one which he talks openly about because it was on the basis of that loss, and the subsequent steps he took, that has shaped him and made him who he is today.
The combination of business and psychology is intriguing, besides his earlier training in Bibilical literature. But what is business, if it is not about people? And what is psychology, if not the working of the mind. Much of leadership, says Hall, is listening, learning to be democratic and taking time with people and staying with a vision.
“As long as we are alive, we are made up of body, mind and emotions. We are wired that way. Our existence has to have meaning, if we are to make the most of what life has to offer us. If it is not meaningful, why do I do what I do?”
Leveraging on Abraham Maslow’s hierarchy of needs, Hall says there are different levels beginning with physical, safety and security, love and a sense of belonging, self esteem and self-actualisation. Self-actualisation is when we go beyond our animal nature.
“But Maslow missed out one thing – meaning. It is meaning which adds that all-important dimension to life. And you need to identify at what level you are. Otherwise, you will not know where you are going. And you must also know what holds you back. Your thoughts and frame of mind may hold you back, or maybe your habits are preventing you from moving on,” he says.
On how he went on to become a psychologist after being trained as God’s representative, Hall says he became very confused after his divorce.
“My wife left because she could not take the stress of the parsonage. When I found her nine months later, she was in a psychiatric hospital. That was my first encounter with psychology. I could not understand what was happening to her, or to me. And there was my daughter. I had no money. That was when I created my own personal school by reading everything Sigmund Freud and Alfred Adler (both psychologists) wrote.
“I could not understand why I was doing things to sabotage myself. Later, I discovered that we self-sabotage because our frame of mind is insufficient to navigate through whatever we are experiencing. We have a cognitive distortion.
“I told myself not to let the event define me, my present or my future, but I must discover what I can learn from it. This is critical if we are to overcome the dark patches we run into. If a person does not know how to ‘run’ his brain, he goes out of control which means I must take control of my thoughts. Today, we call that emotional intelligence.”
He eventually took a business degree because he was not able to get a job after about 2 years with his Biblical Literature degree. “How relevant is Greek, Hebrew and Latin? That was when I delved deeper into psychology and cognitive behaviour. I learned about the importance of resilience and I went back to school to study business because where ever I went, I was asked if I had a business degree.”
Hall researched and talked to those who survived the holocaust and how people bounced back after huge challenges, and that became the basis of his training manual on resilience.
Today, Hall has more than 40 titles to his name, some of them are used as college text books. The basis of his writing is his reading. His daily regimen – two hours of reading and an hour of writing. When he’s travelling, this is halved. On whether he still believes in God, Hall says he is no longer a theologian. And he has remained single, although he dated for many years.
“There was this woman who was not very happy with her work and other things in life. There were setbacks but she was unable to overcome these challenges. She allowed the situation to define her and her present and future. After a while, I decided it was enough. And I realised there are many people in the world today who are like that. And I want to help them.”
Hall also became an entrepreneur, dabbling in different types of business. One of them is real estate. “I know a bit about psychology, but I knew nothing about business. So I decided to do little businesses here and there. Not because I want to make lots of money, but because I want to see how far I can go. I started with buying one real estate, and then another and I went on. And today, I have 12 and they are all running very well, despite me travelling 80% of the year.”
Hall says people today are fixed on wealth creation. “You do not pursue wealth by taking, you pursue it by being wealthy inside, by adding value to others. It is a form of giving back. If you treat people like you trust them, then they will be trustworthy.
“Ask yourself: what is your vision? What is your pain? How can you turn that into something of value, into a business that will be of value to others. I have turned what I went through into a business, because I want to add value to others.”
On whether he believes in God after all that he’s been through, Hall says there is too much beauty in this world that could not have come about as a result of some explosion.
“There is an intelligence out there who is greater and bigger than all of us. Some call him, or her, God.”
Jobs in the future
WHILE the job market is constantly changing according to the needs of industry and the corporate world as well as technology innovation, trade flows and the global economic system, consultants say a prolonged recession will also bring about the growth of contract and freelance positions.
Kelly Services (M) Sdn Bhd vice-president and country general manager Melissa Norman says contract positions and part-time employability will become more acceptable going forward.
“There’ll also be an increase in the number of people who are self-employed or who are freelancers,” she says, adding that these are the people with marketable skills who have either been retrenched or are unable to find employment.
In addition, “green-collar” jobs will increase in the years to come but it may not be on a large-scale yet. “The next wave seems to be bio-technology, bio-fuel, next-generation web technology and renewable energy,” she says.
Part of the Government’s response to the downturn is to encourage degree holders to pursue their graduate degrees by subsidising their studies.
This will mean a more highly qualified workforce in the next few years.
However, to increase its competitive edge, the education system should be geared towards supplying the type of talent and skills that meet market needs. For that, regular discussions should be held by the Government with business leaders and human resource professionals to find out the talents and skills the market requires.
Manpower Staffing Services (M) Sdn Bhd country manager Sam Haggag says the most fundamental change resulting from this global economic recession is the way work is structured.
“We’ll see growth in the number of contingent workers rather than expansion of the permanent workforce, virtual teams dispersed around the world will be the way companies get over the chronic shortage of talent,” he says. He expects older and more experienced employees to become a key component of organisations’ strategy to retain critical skills.
In the local context, there is a need to develop knowledge- and value-based services as the engine for growth rather than manufacturing, which is vulnerable to market volatility.
“Research tells us that the top 10 jobs in 2015 do not exist today, so lifelong learning will become imperative across the entire spectrum of the workforce,” Haggag points out.
Organisations must keep abreast of these changes to ensure that their workforce is adequately developed to meet them.
“Availability of a well-educated, trained and multi-lingual workforce is absolutely critical for Malaysia to achieve its objective of growing the services sector,” Haggag says.
It is by no sheer coincidence, he points out that the growth of the business process outsourcing industry in India and the Philippinese is fuelled by the availability of well-educated English-speaking workers. — By FINTAN NG
The story behind Storybook
The current challenging times prompted graphic designer Bobby Chuah to think out of the box and go ahead with his plan to open a photobook digital printing shop a few months ago.
His reasoning is simple – the trend nowadays is different. People, especially the younger group, who use digital gadgets like cameras and mobile phones do not just print their photos and keep them in an album.
Thus, Chuah and his wife Enya Goh, who is also a graphic designer, formed a company – Storybook Sdn Bhd – in January with an initial capital of RM500,000. They intend to provide a unique digital printing service so that their customers can print their photos in a book, calendar, diary, notebook, poster or even on greetings and name cards.
Enya Goh (left) and Bobby Chuah
Before they started the business, Chuah and his wife spent a year on research and development. They travelled to Taiwan to study the digital printing business and turned to the Internet for updates.
“The future for digital printing is bright as the game is just beginning,” Chuah tells StarBizWeek in his shop at Tropicana City Mall in Petaling Jaya.
Flipping through a photobook that is printed with a couple’s wedding photos, he says: “This is the new trend of how people like to keep their sweet memories.”
Goh says people nowadays actually like to use photos to tell stories about themselves, their families and friends.
Their customers, she says, range from students and people in their 20s to the elderly.
“It gives us satisfaction when we see our customers smiling and enjoying their ‘personal life story book’ at our outlet,” Goh says.
Chuah and Goh, together with their three staff, hope to come out with some creative designs for their range of Storybook brand products.
Goh says the company also prints invitation and wedding cards, brochures, postcards as well as gift products like mugs and T-shirts.
He says although many people are tightening their belts due to the economic downturn, demand for its products remains strong.
“We plan to open two more outlets next year, mainly in shopping malls.”
Chuah also owns an advertising firm and two computer game software and hardware shops in Petaling Jaya.
He says that after having spent 20 years in the advertising business, he finds the new diversified digital printing business, a real challenge.
Chuah says to boost its photobook digital printing business, he is distributing brochures through some restaurants and fitness centres, as well as going online.
“We are in the midst of developing an online system,” he says, adding that in today’s digital world, the online order concept is well accepted by the IT-savvy younger generation.











