Angkasa perkenal kursus Taska

May 21, 2009 by admin  
Fail di bawah Peluang Kursus

JIKA kita lihat di sesebuah taman atau kawasan penduduk, bilangan taman asuhan kanak-kanak sememangnya sangat banyak masa kini bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Bagi ibu bapa yang kedua-dua bekerja, menghantar anak-anak ke taman asuhan bukan satu pilihan tetapi adalah kewajipan.

Selain latihan amali, pengasuh diajar memilih dan menyediakan barang mainan untuk kanak-kanak daripada bahan kos rendah.

Selain latihan amali, pengasuh diajar memilih dan menyediakan barang mainan untuk kanak-kanak daripada bahan kos rendah.

Tetapi bagaimana pula hendak mengenalpasti taman asuhan kanak-kanak yang baik kerana sering juga kita mendengar pelbagai kes kegagalan taman asuhan menjaga dan mendidik kanak-kanak dengan baik.

Taman asuhan kanak-kanak terletak di bawa Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dan pengusaha yang bercadang menubuhkan sebuah taska harus mengetahui prosedur mendaftar dan juga agensi-agensi terlibat yang berkaitan dengan pendaftaran.

Antara lain, mereka dimestikan mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak (KAAK). Selain bakal pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh taska juga dimestikan mengikuti kursus tersebut yang diwajibkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Naib Yang di Pertua Angkasa, Armi Zainudin berkata, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau Angkasa diberi akreditasi oleh JKM bagi mengendalikan kursus KAAK.

”Angkasa telah melaksanakan kursus ini sejak 1997 dengan kerjasama Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dan Persatuan Taska Negeri Sembilan (PTNS). Sehingga kini Angkasa telah mengendalikan 14 kursus dengan bilangan peserta seramai 367 orang,” kata Armi semasa ditemui di Wisma Ungku A.Aziz di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Beliau berkata, Angkasa amat menitikberatkan kursus ini kerana memahami pentingnya pengasuhan memandangkan ramai wanita berkeluarga bekerja dan permintaan pengasuhan kanak-kanak semakin meningkat.

”Kanak-kanak di bawah umur empat tahun memerlukan asas pengasuhan yang berkesan, berkualiti bagi mempastikan perkembangan kanak-kanak daripada segi sosio emosi, fizikal, rohani, kognitif dan perkembangan bahasa.

”Angkasa berasa bertanggungjawab dalam pengasuhan kanak-kanak kerana mereka merupakan pelapis masa depan dan kita mahukan generasi yang baik dan berkualiti,” tambahnya.

Menurut Armi, Angkasa amat menggalakkan koperasi menubuhkan taska secara komersial kerana bidang keusahawan pengasuhan dapat menjana pendapatan kepada koperasi.

Selain itu, ahli juga mendapat manfaat kerana anak-anak ahli mendapat kualiti asuhan yang sempurna.

Pada masa kini, terdapat 80 taska di bawah Angkasa dan taska ini dinamakan Taska Cahaya Mata (TCM). Kini, hampir semua negeri di Malaysia mempunyai TCM kecuali di Sabah dan Perlis. Paling banyak adalah di Kedah yang mempunyai 34 buah TCM.

Bagi ahli koperasi, mewakili koperasi atau anggota koperasi dan koperasi itu pula menjadi ahli Angkasa boleh mengikuti kursus dengan kos sebenar sebanyak RM2,440 secara percuma.

Kursus adalah berpandukan modul JKM, di antaranya perkembangan menyeluruh kanak-kanak daripada usia dua bulan hingga empat tahun, perkembangan fizikal, emosi, bahasa, merancang aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak, kegiatan kreatif kanak-kanak, keperluan pemakanan seimbang dan sebagainya.

Angkasa turut memberikan kursus dan bengkel kemahiran pengasuh serta kursus pengurusan dan pengendalian taska.

”Kelulusan yang dimiliki mestilah sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau tiga bulan pengalaman bekerja di taska. Mereka yang tidak mempunyai pengalaman boleh berbincang dengan TCM sehingga layak mengikuti kursus,” ujar Armi lagi.

Beliau menambah, seseorang pengusaha yang hendak menubuhkan taska memerlukan modal permulaan sebanyak RM25,000.

Selain taman perumahan, Angkasa amat menggalakkan penubuhan taska di sekolah-sekolah bagi kemudahan para guru.

Terdapat juga permintaan untuk membuka taska di rumah dan Angkasa kini dalam tahun kedua mempromosi taska di rumah kerana ia mampu membantu meningkatkan pendapatan keluarga.

Mereka yang ingin membuka taska di rumah juga perlu mengikuti kursus dan hanya boleh mengambil kurang daripada 10 orang kanak-kanak sahaja.

”Banyak kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku di taska seperti bayi jatuh buaian, kanak-kanak cedera dan sebagainya berlaku kerana pengusaha atau pengasuh yang kurang berpengetahuan, tidak peka, sambil lewa, kelengkapan yang tidak mencukupi serta pekerja yang tidak bekerja lama.

”Walaupun seseorang pengusaha taska dibolehkan mengambil sehingga lebih 10 orang kanak-kanak namun setiap pengasuh diberikan tanggungjawab bagi menjaga beberapa orang kanak-kanak.

“Contohnya seorang pengasuh ditugaskan untuk menjaga lima orang kanak-kanak berumur di antara satu hingga dua tahun dan seorang pengasuh juga bagi 10 orang kanak-kanak berumur di antara tiga hingga empat tahun,” kata Armi.

Tambahnya, pengusaha boleh merujuk kepada buku panduan Penubuhan dan Pengendalian Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) jika mempunyai sebarang masalah.

Utusan Malaysia

Seminar percuma 24 Mei

May 12, 2009 by admin  
Fail di bawah Peluang Kursus

tekunSEMINAR Keusahawanan anjuran bersama Biro Ekonomi Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) dan Tekun Nasional (Tekun) akan diadakan pada 24 Mei ini di Hotel Flamingo, Ampang, Selangor.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Bendahari KVUM, Datuk Jamelah Bakar berkata, seminar sehari yang bertemakan ‘Peluang Perniagaan dan Pinjaman Modal’.

Katanya, seminar percuma itu dibuka kepada orang awam, ahli-ahli kelab dan kakitangan Utusan Melayu (M) Bhd.

”Para peserta akan didedahkan kepada peluang perniagaan dan pinjaman yang diperlukan bagi memulakan sesebuah perniagaan.

“Di antara agensi kerajaan yang turut terlibat ialah Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec), Agrobank dan Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB),” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Batu Caves baru-baru ini.

Tambah Jamelah, sebanyak tujuh kertas kerja akan dibentangkan oleh wakil-wakil Smidec, Agrobank, PUNB, Dawn City Holdings, Worldwide Berhad dan Wawasanita pada seminar tersebut.

Di antara tajuk-tajuk menarik yang akan dibentangkan ialah Peluang Menjadi Usahawan Berjaya oleh Amiruddin Mohamed dan Bobby Rajan; Perniagaan Dalam Bidang Automotif dan Pelancongan (Shahrizal Baharudin); Peluang Pembiayaan Perniagaan di PUNB (Nik Mohd. Nor Arif Yahya); Menangani Kegawatan Mempertingkatkan Keusahawanan (Pengarah Urusan Tekun, Datuk Abdul Rahim Hassan) dan Peluang Perniagaan Generasi Baru Agel (Noor Hayati Abdul Rahman).

Mereka yang berminat bagi mengikuti seminar ini boleh menghubungi Mustakim Aminuddin di 012-9111590 atau Nik Rahimah Hassan (018-7700545).

Utusan Malaysia

Kursus produk pertanian

April 11, 2009 by admin  
Fail di bawah Peluang Kursus

Kurusus yang dianjurkan Institut Skill-Tech amat bermanfaat bagi mereka yang berminat.

Kurusus yang dianjurkan Institut Skill-Tech amat bermanfaat bagi mereka yang berminat.

Pembangunan industri asas tani telah melonjakkan pasaran produk makanan Malaysia bukan sahaja untuk keperluan negara, bahkan ke peringkat antarabangsa.

Namun begitu, aspek keselamatan dan perundangan makanan adalah prosedur wajib sebelum di terima pasaran.

Malaysia juga tidak terkecuali dalam mengawal kualiti dan keselamatan makanan melalui Peraturan Makanan 1985 selaras dengan Codex Alimentarius dan perundangan negara lain.

Perundangan keselamatan makanan ini mengambil kira peraturan kebersihan, import makanan, iridiasi makanan dan juruanalisis makanan.

Bagi memenuhi keperluan makanan ini, Malaysia perlu meningkatkan keupayaan kemahiran berkaitan teknologi pemprosesan makanan sebagai pengeluar makanan selamat serta berkualiti.

Dari aspek komersial pula, pencapaian standard berkenaan dapat meningkatkan daya saing industri makanan Malaysia.

Menyedari kepentingan tersebut, Institut Skill-Tech mengorak langkah menjalankan kursus Operator Pengeluar Pemprosesan Makanan Tahap Satu dan Dua, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Sumber Manusia.

Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek berkata, permintaan yang sangat memberangsangkan terhadap kedua-dua kursus ini memperlihatkan tanda-tanda bahawa kesedaran semakin tinggi di kalangan masyarakat berkenaan pengeluaran dan pemasaran makanan.

”Potensi pasaran makanan berasaskan pertanian hingga ke peringkat antarabangsa menarik minat generasi muda untuk menyertai kursus seumpama ini,” katanya.

Kursus setahun yang dianjurkan oleh Institut Skill-Tech dapat membuka ruang kepada mereka yang berminat untuk menjadi pengeluar dan pengedar makanan berasaskan pertanian.

”Jika mereka mempunyai kemahiran pemprosesan dan pemasaran, mereka tidak perlu mempunyai tanaman sendiri. Sebaliknya mereka boleh menjadi usahawan berjaya dengan membeli hasil pertanian yang ditanam orang lain,” ujar Nordin.

Sepanjang tempoh berkursus, bidang pemprosesan makanan memberi penekanan tentang proses kerja yang melibatkan penggunaan makmal pengeluaran.

Mereka bukan sahaja didedahkan dengan aspek keselamatan kerja tetapi juga penyediaan bahan makanan sehingga terhasil produk makanan sepenuhnya.

Dalam erti kata lain, mereka akan mempelajari teknik memproses bahan mentah hinggalah pembungkusan produk mengikut piawaian yang ditetapkan.

Kurusus yang dianjurkan Institut Skill-Tech amat bermanfaat bagi mereka yang berminat.

Kurusus yang dianjurkan Institut Skill-Tech amat bermanfaat bagi mereka yang berminat.

Tidak ketinggalan, Institut Skill-Tech turut memfokuskan pembangunan produk halal kerana mereka berpengalaman menjalankan kursus pensijilan halal dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2005.

Dalam bidang pemasaran pula, Institut Skill-Tech ingin mengembangkan bidang tersebut melalui kursus Wakil Jualan dan Penyelia Jualan.

”Banyak syarikat termasuk pasar raya bertaraf hypermarket yang tidak mempunyai ladang pertanian mereka sendiri tetapi mampu meraih keuntungan dengan mengedarkan produk pertanian kerana kekuatan strategi pemasaran mereka,” kata Nordin.

Institut Skill-Tech berharap dapat melahirkan pengedar makanan pertanian terlatih melalui kursus ini. Dalam masa yang sama, mereka juga akan mempunyai kesungguhan untuk meneroka pasaran baru produk berasaskan pertanian.

Menurut Nordin, kedua-dua kursus ini akan dijalankan sepenuhnya di MITC, Melaka.

Memandangkan pembiayaan kursus adalah percuma, belia bumiputera yang berumur 18 hingga 35 tahun digalakkan menyertai kursus ini. Selain itu, mereka juga akan diberikan elaun sara diri berjumlah RM300 sebulan selama setahun.

Kursus ini adalah biasiswa penuh Mara. Setiap pelatih yang berjaya menamatkan kursus akan mendapat sijil SKM dan sijil keusahawanan INSKEN. Untuk maklumat lanjut hubungi 06-5531416 atau 06-5531418.

Utusan Malaysia

Belajar seni dan skil sulaman benang reben dari Kak Zan

February 11, 2009 by admin  
Fail di bawah Peluang Kursus

kakzan2Seni sulaman benang reben bukanlah suatu seni sulaman baru. Ia merupakan cabang seni sulaman yang sudah pun menempa populariti dalam masyarakat di seluruh dunia. Bagaimanapun di negara kita, seni sulaman ini masih kurang diketengahkan walhal dari segi seni dan keindahannya, sulaman jenis ini sangat menarik serta luas ruang kreativitinya.

Siapa saja akan mudah terpikat dengan keunikan dan kecantikan hasil sulaman benang reben. Dan ia boleh disulamkan bukan sahaja ke permukaan semua jenis fabrik malah kepada permukaan bahan-bahan yang boleh “dijahit” lain seperti kulit, PVC, mengkuang dan sebagainya. Oleh yang demikian seni sulaman benang reben ini boleh diaplikasikan untuk menghiasi apa saja. Batasannya hanyalah kreativiti seseorang.kakzan3

Hasil ciptaan sulaman benang reben boleh dibingkai untuk menghiasi dinding. Ia juga boleh memperindahkan langsir, sofa, sarung bantal, selimut, cadar, alas meja dan pelbagai alas perabot lain. Ia juga boleh disulam untuk mencantikkan beg tangan, baju, topi, kasut… Ia boleh membantu menjadikan gubahan hantaran nampak lebih unik, menarik dan eksklusif.

Seni sulaman benang reben membolehkan anda “bermain” dengan pelbagai motif, corak atau imej. Sifat sulaman yang menonjol memberi kesan tiga dimensi. Kesan ini menambahkan keindahan motif, corak atau imej yang dipaparkan.

Pelajarilah Seni Sulaman Benang Reben

kakzan4Nampak betapa cantiknya hasil seni sulaman benang reben. Bayangkan jika anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran terhadap seni ini. Apa manfaat yang boleh anda perolehi?

Banyak. Banyak sekali manfaatnya. Anda boleh memperindahkan apa saja yang anda inginkan dengan minda kreatif anda sendiri. Sulam baju anda, sulam baju anak anda. Hadiahkan untuk sikecil rakan karib anda. Sulam semua fabrik yang menghiasi rumah anda! Sulam semua aksesori yang ada!

kakzan5

Bayangkan. Anda boleh mengisi masa lapang anda dengan kerja yang menyeronokkan dan berfaedah ini walaupun sambil menonton opera sabun dari Indonesia atau Filipina yang anda gemari saban hari. Tak ada masalah! Dan yang lebih baik lagi, anda boleh memulakan perniagaan hasil sulaman benang reben dari rumah.

Dapatkan tempahan dari kawan-kawan, saudara-mara, jiran-jiran, pasarkan melalui internet atau dapatkan tempahan pukal dari kedai-kedai cenderahati. Buat kerjasama dengan pengusaha andaman untuk rekaan gubahan hantaran perkahwinan berasaskan seni sulaman benang reben yang unik dan menawan. Wow

Kelas Sulaman Benang Reben Kak Zan

kakzan6Kelas Sulaman Benang Reben Kak Zan adalah peluang dan pilihan terbaik anda untuk mempelajari seni indah dan berpotensi ini. Kak Zan adalah seorang pesara guru yang sangat berbakat.

Dengan pengetahuan dan kemahiran yang beliau miliki dalam seni ini serta pengalamannya sebagai guru, pakej beliau adalah lengkap dan terbaik. Apatah lagi Kak Zan sendiri pun telah banyak memasarkan hasil kerja sulamannya itu secara komersial, pengalaman beliau dalam aspek ini tentunya sesuatu yang tak ternilai jika anda ingin melangkah ke arah yang sama.

Sebagai manifestasi kesungguhan dan keinginan Kak Zan untuk melihat anda benar-benar dapat belajar dengan baik, kelas Kak Zan tidak akan mengandungi lebih dari 10 orang. 6 - 10 orang merupakan sebuah kumpulan pelajar yang ideal. Anda boleh mencipta kumpulan anda sendiri atau menyertai kumpulan yang diuruskan Kak Zan.

kakzan1

Kelas boleh diadakan di lokasi yang anda ingini atau lokasi yang ditetapkan Kak Zan. Yang penting jika anda yang memilih lokasi, pastikan anggota kumpulan anda cukup ekonomik untuk menampung semua kos Kak Zan datang mengajar.

Yuran mengajar Kak Zan adalah amat berpatutan walaupun beliau mengajar lebih banyak teknik sulaman benang reben dari yang ditawarkan oleh orang lain.

Untuk maklumat lanjut hubungi Kak Zan di talian 019-283 0479.

- Advertorial Kumpulan KakiBisnesDotCom

Kursus keusahawanan agro komersial

February 9, 2009 by admin  
Fail di bawah Peluang Kursus

ternak1Program Bumi Hijau yang dilancarkan kerajaan merupakan salah satu langkah bagi menggalakkan masyarakat terlibat secara langsung dalam usaha pertanian dan asas tani.

Biasanya dilakukan secara kecil-kecilan bertujuan berjimat cermat, tetapi mereka yang ingin meneroka secara serius sektor pertanian mampu memberi pulangan menguntungkan.

Menyedari hakikat, Kolej Komuniti Selayang baru-baru ini mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Keusahawanan Komersial yang diselaras di bawah Program Basmi Kemiskinan.

Kursus jangka pendek selama enam hari yang disertai lebih 100 orang peserta dijayakan dengan kerjasama Prestasi Agro Farm (PAF), sebuah syarikat penggerak aktiviti akuakultur dan pertanian.

Tiga modul kursus secara teori dan praktikal yang didedahkan kepada peserta ialah Pembenihan Ikan Keli Aruhan, Penternakan Lintah Kaedah Tangki dan Teknik Penanaman Cendawan Kelabu.

Sesi bengkel Pembenihan Ikan Keli Aruhan dikendalikan oleh pegawai Jabatan Perikanan, Johari Daud, Penternakan Lintah Kaedah Tangki oleh Pengarah Penyelidikan PAF, Nooranisa Said.

Manakala Teknik Penanaman Cendawan Kelabu dikendalikan bersama oleh Normah Ibrahim dari Jabatan Pertanian Putrajaya dan Presiden Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia, Prof. Dr. S. Vikineswary.

Latihan teori dijalankan sepenuhnya di Kolej Komuniti Selayang, manakala latihan praktikal pembenihan ikan keli dan penternakan lintah dilakukan di Ladang Prestasi Agro di Bukit Lagong Selayang, Selangor.

Bagi sesi praktikal penanaman cendawan para peserta dibawa melawat ke Rumah Cendawan di Ulu Yam, Selangor.

Pengarah Projek PAF, Nur Azizi Rafie berkata modul dipilih penganjur ini merupakan bidang yang mudah diceburi usahawan projek skala kecil.

“Teknik pembenihan ikan keli aruhan misalnya merupakan satu kemahiran asas yang harus ada pada setiap bakal penternak sekiranya mereka ingin serius meneroka bidang ternakan ikan air tawar,” katanya.

Teknik ini dilakukan dengan menyuntik hormon kepada induk keli di mana induk betina diperah telurnya dan induk jantan dibedah bagi mendapatkan sperma.

Penternak yang berhasil membenihkan ikan sendiri dapat mengurangkan kos pembelian anak benih yang sebelum ini terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bekalan.

Sementara itu Dr S.Vikineswary berharap kursus yang sama dapat dikembangkan lagi terutamanya ke kawasan luar bandar.

“Tanaman cendawan amat sesuai untuk diusahakan secara komersial oleh golongan wanita kerana ia memerlukan kawalan kebersihan dan pemerhatian khusus bagi menjamin kualiti hasil.

“Semua usahawan cendawan terutamanya berskala kecil digalakkan menjadi ahli persatuan supaya dapat berkongsi ilmu untuk membesarkan rangkaian pemasaran,” katanya.

Seorang peserta, Haslinda Moin berharap Kolej Komuniti Selayang dan Prestasi Agro Farm dapat menganjurkan kursus jangka pendek yang serupa pada masa hadapan bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapat maklumat tepat dari tenaga pengajar bertauliah.

Beliau berasa bertuah kerana para peserta kursus berpeluang dibawa melawat ke tapak projek ternakan ikan keli, rumah cendawan, dan projek ternakan lintah bagi meninjau sendiri hasil usaha para usahawan yang berjaya.

Ekoran sambutan yang menggalakkan Prestasi Agro Farm telah merangka Siri Bengkel Keusahawanan Agro Komersial bagi tahun 2009.

Bengkel yang menawarkan latihan secara teori dan praktikal jangka pendek ini akan dijalankan dengan konsep dua dalam satu.

Ini bagi membolehkan para peserta berpeluang mendapat maklumat dan kemahiran serentak bagi dua bidang berbeza.

Bagi bakal usahawan yang berminat sila hubungi 012- 6157937 atau 012-6138059 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Utusan