PUNB: Pemborong PROSPER
February 16, 2009 by admin
Fail di bawah Skim Bantuan
Background
Wholesale and distribution is one of the important components in the supply chain sector. Bumiputera entrepreneurs are therefore encourage to venture and seize the opportunities from this promising sector and help to support those entrepreneurs in the retail business.
Towards this end, PUNB offers an entrepreneurial package to develop Bumiputera entrepreneurs into resilient wholesalers, distributors or suppliers.
PROSPER Wholesale scheme targets Bumiputera who aspires to venture or expand their wholesale, distribution or supply businesses.
The Scheme’s Objective
To develop Bumiputera entrepreneurs involved in bulk buying and selling activity of goods and supplies.
To provide the source of goods and supplies at the cost that helps to enhance the competitiveness of Bumiputera entrepreneurs in the retail business.
The Entrepreneurial Scheme
1. Funding
This scheme offers Syariah-based financing facilities from RM250,000 to a maximum of RM5 million. The repayment period for the funding is up to 7 years.
The fund is provided for the purposes of working capital, purchase of stocks and assets and others that are related to the needs of the proposed business.
2. Business Services
Besides financing, this scheme also offers business services comprising monitoring, identification of the premises, networking and entrepreneur training.
All these services are meant to provide an avenue for Bumiputera entrepreneurs to seize the business opportunities, exchange ideas and experiences, widen their network to ensure the business progresses.
Eligibility Criteria
Entrepreneur
Bumiputera
Must possess strong entrepreneurial characteristics like honesty, confidence, resilience, positive mind and attitude, creativity and strong self-discipline
Knowledgeable in the business or having the experience in existing business or has secure a contract / rights to distribute / supply the goods
Able to provide at least 20% of the total project cost
No unfavourable record with any financial institutions
Fully committed to the business
Willing to attend the courses related to the business identified from time to time
Business
Must be in wholesale, distribution or supply
Owned and managed by Bumiputera
Strong growth potential that provides synergy to the retail business
Business Scope
PUNB offers funding opportunity in the following areas of the business:
Food equipment / supply
Engineering spare parts and machinery
Agriculture- based products
Pharmaceutical and health care products & devices
Cosmetics and herbal based products
Textile based products
Other suitable businesses related to the retail business
Evaluation Process
1. Initial Prospecting
The applicant must send in or e-mail their business proposal to PUNB for consideration. PUNB will then discuss with the applicant for more information and better comprehension of the proposal. The initial assessment is focussed on 5 key business areas namely products, market, management, operation and finance to determine the next stage of evaluation.
2. Presentation of Business Proposal
After the first assessment, the applicant is required to present his proposal paper to PUNB’s Evaluation Committee for assessment of the proposal’s 5 business aspects and the applicant’s investment criteria.
3. Rigorous Assessment and Due Diligence
If the Evaluation Committee is convinced with the business proposal and with the applicant’s consent, a rigorous assessment and due diligence exercises will be carried out based on the 5 business aspects, corporate entity and the applicant’s background.
4. Approval and Documentation
Upon the completion of the rigorous assessment and due diligence exercises, the proposal will be forwarded to PUNB’s Investment Committee for approval, followed by the documentation process detailing the terms and conditions of the funding.
5. Disbursement and Implementation
Once the legal documentation and pre-disbursement requirements are being fulfilled, the fund will be channeled to the business for the intended purpose. PUNB will monitor this closely to ensure that the resources are used to achieve the business targets.
How to Apply
To apply, please submit your complete and detailed business plan focussing on the following topics:
1.Executive Summary
Business opportunity, products, market and management; proposed amount of financing and its use, summary of five-year income statement and capital requirements.
2 Business Opportunity
Description of the products and how they can fulfill the needs of retail the entrepreneurs.
3. Business Strategy
Summary of the business strategy including financial and business development.
4.Marketing Plan
Customers’ needs, market segmentation, distribution channels, sales strategy and plan, competition and positioning.
5.Operational Plan
Daily operations plan, sources of supply, equipment, facilities and administration plan.
6. Management and Key Members of the Personnel
A detailed resume of key members of the personnel, organisation, human resource plans, incentive and compensation programmes, if any.
7. Financial Projections
5 years forecast including profit and loss, balance sheet and cash flow statements.
Send in your proposal to:
PROSPER Secretariat
(Pemborong PROSPER Scheme)
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
10th Floor, Block 1B
Plaza Sentral
Jalan Stesen Sentral 5
KL Sentral
50470 Kuala Lumpur
or
Email : pemborong@punb.com.my
PUNB: PROSPER Siswazah
February 16, 2009 by admin
Fail di bawah Skim Bantuan
|
|
|
PUNB: PROSPER Runcit
February 16, 2009 by admin
Fail di bawah Skim Bantuan
|
|
|
MeCD: Program Usahawan Glokal
February 15, 2009 by admin
Fail di bawah Skim Bantuan
LATAR BELAKANG
Program Usahawan Glokal merupakan pendekatan baru yang merangkumi keseluruhan kemudahan keusahawanan dalam usaha MECD untuk melengkapkan usahawan bertaraf glokal. Program ini merupakan rentetan daripada program Groom Big yang dilaksanakan oleh MECD.
Program Usahawan Glokal diharap dapat melahirkan usahawan cemerlang dalam pelbagai aspek. Produk/perkhidmatan yang dihasilkan oleh usahawan berupaya mempunyai identiti penjenamaan (brand identity), integriti penjenamaan dan imej penjenamaan. Usahawan juga berupaya memenuhi kapasiti pengeluaran berdasarkan permintaan produk sehingga ke peringkat antarabangsa.
Bantuan kewangan, bimbingan dan khidmat nasihat daripada bank-bank komersil, agensi-agensi teknikal dan kementerian-kementerian berkaitan disediakan bagi usahawan yang menghadapi masalah dalam pembangunan syarikat.
Bagi melahirkan pekerja yang inovatif, cekap dan berilmu, usahawan juga dibantu melalui pakej program pembangunan modal insan yang ditawarkan merangkumi pelbagai bentuk latihan kemahiran dan kursus motivasi yang bersesuaian oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), IPTA/ IPTS dan institusi-institusi latihan yang lain.
OBJEKTIF
Membangunkan ciri usahawan glokal iaitu - usahawan, produk dan syarikat. Melahirkan dan membangunkan usahawan yang cemerlang khususnya Bumiputera melalui pendekatan program pembangunan berpakej yang ditawarkan.
Melahirkan penjenamaan, brand positioning dan imej bagi produk usahawan samada di pasaran tempatan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Membantu usahawan memperkukuhkan prestasi, tadbir urus korporat, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia syarikat.
Mengatasi permasalahan yang dihadapi oleh usahawan dengan penglibatan agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan usahawan secara berpakej.
SASARAN USAHAWAN
Usahawan Bumiputera yang mempunyai perniagaan dan produk/ perkhidmatan sedia untuk dipasarkan di pasaran tempatan mahupun di peringkat antarabangsa.
PROGRAM BERPAKEJ
Program Usahawan Glokal dilaksanakan secara berpakej merangkumi 3 komponen program iaitu:
1. Pembangunan produk dan perkhidmatan
2. Pembangunan syarikat
3. Pembangunan Modal Insan
MEKANISME PELAKSANAAN
| Langkah 1 | : | Mengenalpasti semua usahawan berpotensi yang telah menyertai program pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh MECD, agensi MECD dan Kementerian / agensi yang berkaitan dengan keusahawanan dengan mengedar borang khas untuk mengetahui tahap atau prestasi usahawan. |
| Langkah 2 | : | Menganalisa maklumat yang dikemukakan dalam borang tersebut dan mengkategorikan usahawan berada di berapa tahap berdasarkan kepada justifikasi tertentu. |
| Langkah 3 | : | Mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh Usahawan sama ada dalam pembangunan produk/perkhidmatan, pembangunan syarikat atau pembangunan modal insan. |
| Langkah 4 | : | Membuat Factory Auditing. |
| Langkah 5 | : | Permasalahan yang yang dihadapi oleh usahawan dikemukakan kepada setiap Jawatankuasa yang telah dibentuk. |
| Langkah 6 | : | Menemukan usahawan dengan agensi teknikal yang bersesuaian di bawah Jawatankuasa tersebut. |
| Langkah 7 | : | Produk atau perkhidmatan yang telah dipertingkatkan akan diserapkan di bawah Program Promosi dan pemasaran MECD. |
| Langkah 8 | : | Pengiktirafan untuk Produk Champion dan Usahawan Cemerlang. |
| Langkah 9 | : | Menyediakan direktori, katalog dan pangkalan data usahawan. |
KEANGGOTAAN DAN FUNGSI JAWATANKUASA KERJA
1. JAWATANKUASA INDUK USAHAWAN GLOKAL
Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan)
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
Ahli:
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN &HEP)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
SIRIM Berhad
Universiti Utara Malaysia
Bank Negara Malaysia
Fungsi:
- Meneliti dan mempertimbangkan setiap cadangan yang dikemukakan oleh setiap Jawatankuasa Kerja dengan mengambil Kira perkara-perkara berikut:
- Mengenalpasti tahap perniagaan / produk usahawan yang memohon samada di tahap pengenalan, pertumbuhan, matang dan prestasi jualan;
- Mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh usahawan samada berkaitan dengan pembangunan produk/ perkhidmatan, pembangunan syarikat atau pembangunan modal insan;
- Membuat ‘factory auditing’ untuk menilai keupayaan pengeluaran kilang usahawan; dan
- Mengkategorikan usahawan di bawah Jawatankuasa tertentu mengikut tahap perniagaan, permasalahan dan keperluan usahawan dalam pembangunan produk/ perkhidmatan, syarikat dan modal insan syarikat masing-masing dan seterusnya menemukan usahawan dengan agensi teknikal yang bersesuaian.
JAWATANKUASA KERJA PEMBANGUNAN PRODUK/ PERKHIDMATAN
Pengerusi: Setiausaha Bahagian Pembangunan Perniagaan, MECD
Ahli:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP)
Kementerian Pertanian dan Asas Tani
Kementerian Kesihatan
Kementerian Pelancongan
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
SIRIM Berhad
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
FITEC
MATRADE
Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK)
Malaysian Institute For Nuclear Technology Research (MINT)
MyIPO
Fungsi:
- Mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh usahawan samada masalah dalam pembangunan produk atau perkhidmatan.
- Menemukan usahawan dengan agensi teknikal yang berkaitan dengan permasalahan produk / perkhidmatan secara langsung.
- Meneliti laporan ‘factory auditing’ syarikat usahawan untuk menentukan potensi pengeluaran produk usahawan.
- Menyediakan laluan mudah bagi usaha mempromosikan produk usahawan yang berpotensi.
- Mengenalpasti potensi pasaran produk usahawan yang boleh diketengahkan ke pasaran antarabangsa.
- Mempercepat dan mempermudahkan proses permohonan pensijilan Halal, GMP, HACCP dan sebagainya oleh ahli jawatankuasa yang berkaitan.
JAWATANKUASA KERJA PEMBANGUNAN SYARIKAT DAN KORPORAT
Pengerusi: Setiausaha Bahagian Pembangunan Perniagaan, MECD
Ahli:
SME Bank
Bank Rakyat
Small and Medium Industries Development Corporation (SMIDEC)
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Yayasan Tekun Nasional
SIRIM Berhad
Bank Negara
Bank Pertanian
EXIM Bank
Universiti Multimedia (MMU)
Fungsi
- Mengenalpasti permasalahan usahawan secara khusus samada berkaitan dengan imej syarikat atau kilang, keperluan modal perniagaan, pembiayaan dan sebagainya.
- Meneliti keperluan usahawan dalam pembangunan syarikat seterusnya melibatkan agensi-agensi berkaitan.
- Menentukan kemudahan pembiayaan yang diperlukan bagi syarikat yang menghadapi masalah kewangan. Memudah dan mempercepatkan proses permohonan pembiayaan usahawan.
- Memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan kewangan dan tadbir urus korporat kepada usahawan bermasalah dalam pembentukan imej syarikat yang betul.
JAWATANKUASA KERJA PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Pengerusi: Pengarah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), MECD
Ahli:
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Pembangunan Sumber Manusia Bhd. (PSMB)
Perbadanan Produktiviti Negara (NPC)
Universiti Multimedia (MMU)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Pusat Latihan, Kemahiran & Teknikal
Fungsi :
- Mengenalpasti jenis kecekapan / kemahiran pekerja yang diperlukan oleh syarikat usahawan dalam mengendalikan perniagaan mereka.
- Mengenalpasti bidang latihan yang bersesuaian dan diperlukan oleh usahawan dalam melahir dan membangunkan pekerja yang mahir dan cekap.
- Menjalankan kursus / latihan yang bersesuaian kepada staf pengurusan syarikat bagi meningkatkan inovasi, kreativiti dan kemahiran mereka.
MeCD: Program Groom Big
February 15, 2009 by admin
Fail di bawah Skim Bantuan
Program ini khusus dirangka untuk meningkatkan keupayaan usahawan kecil dan sederhana Bumiputera yang berdaya maju dan berdaya saing di pasaran terbuka samada pasaran domestik atau antarabangsa. Melalui program ini, pendekatan bersepadu dan selaras akan digunakan ke arah meningkatkan keupayaan usahawan kecil dan sederhana Bumiputera yang terpilih dalam bidang penambahbaikan dan jaminan kualiti, rekabentuk pembungkusan yang inovatif dan penjenamaan produk. Program ini dijalankan dengan kerjasama daripada SIRIM Berhad selaku agensi pelaksana.
Kumpulan Sasaran
Fokus utama program adalah terhadap usahawan kecil dan sederhana Bumiputera yang mengeluarkan produk makanan dan lain – lain sektor yang dikenalpasti berpotensi untuk dibantu melalui program ini oleh Jawatankuasa Program Groom Big Peningkatan Kualiti Produk.
Skop dan Pelaksanaan Program
Program ini mempunyai 10 skop pelaksanaan sepertimana berikut:-
| Bil. | Skop |
| 1. | Halal |
| 2. | MS ISO 9001 |
| 3. | Amalan Peningkatan Kualiti Produk |
| 4. | Peningkatan Kualiti Produk |
| 5. | HACCP/GMP |
| 6. | Value Engineering |
| 7. | Pembangunan Produk |
| 8. | Pembungkusan |
| 9. | Peningkatan dan Optimisasi Produk dan Proses |
| 10. | Insentif Pemasaran |
Selain itu, setiap usahawan yang terpilih di bawah program ini akan dikenakan bayaran sebanyak 10 hingga 30 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan yang akan diterima olehnya sebagai bayaran komitmen daripada usahawan tersebut. Dengan kata lain, program ini hanya menyumbang 70 - 90 peratus daripada kos program manakala bakinya iaitu 10 – 30 peratus akan ditanggung oleh usahawan itu sendiri.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Bahagian Pembangunan Perniagaan,
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Tel.: 03 – 8880 5000 / 5291 / 5285 / 5286
MeCD: Program Pembangunan Vendor
February 15, 2009 by admin
Fail di bawah Skim Bantuan
Program Pembangunan Vendor (PPV) adalah bertujuan untuk membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia sebagai pengilang dan pembekal komponen-komponen serta perkhidmatan kepada syarikat-syarikat besar tempatan dan syarikat multinasional (MNCs). PPV juga berfungsi sebagai saluran kerjasama dan penghubung antara IKS dengan syarikat-syarikat besar/ MNCs dan bank/ institusi kewangan.
Kaedah Perlaksanaan
- Pelaksanaan program ini melibatkan empat pihak utama iaitu MECD, syarikat-syarikat besar/ MNCs yang berdaftar sebagai anchor, syarikat-syarikat IKS vendor dan bank/ institusi kewangan.
- MECD bertindak sebagai agensi pelaksana dan pemudahcara penyertaan IKS vendor dalam industri dan untuk mengenalpasti syarikat anchor.
- Syarikat anchor pula bertanggungjawab menyediakan peluang pasaran dan memberi bimbingan teknikal kepada syarikat vendor.
- Pihak bank/ institusi kewangan berperanan sebagai pemberi khidmat nasihat dan kemudahan kewangan.
Sektor Industri Yang Dibangunkan
- Automotif
- Elektrik & Elektronik
- Plastik
- Getah
- Mesin & kejuruteraan
- Perabot Kayu
- Telekomunikasi
- Perfileman
- Seramik
- Eksport Perdagangan
- Pembinaan & Pembaikan Kapal
- Motosikal
- Makanan
- Perkhidmatan
- Multimedia
- Tekstil
Bentuk Bantuan
i.Bantuan Kewangan meliputi
- Pinjaman mudah
- Pinjaman komersil
- Skim jaminan kredit dan CGC
- Dana-dana bantuan teknikal
- Geran-geran IKS dan SMIDEC
ii.Bantuan Latihan Teknikal dan Khidmat Runding dengan kerjasama agensi-agensi sokongan meliputi:
- Kursus ICT/ sistem teknologi maklumat
- Kursus MS ISO 9000
- Program latihan produktiviti dan kualiti
- Bengkel/ Seminar
- Kursus peningkatan teknologi
- Kursus-kursus lain yang berkaitan
- Khidmat runding pengurusan teknikal
- Khidmat runding pengurusan kewangan
- Khidmat runding sistem teknologi maklumat
- Khidmat nasihat
Syarat-Syarat Menyertai PPV
Untuk layak menyertai program ini, syarikat IKS perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965
- Berdaftar dengan Unit Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
- Memiliki modal berbayar di antara RM 100,000 dan RM2.5juta
- Sekurang-kurangnya 70% ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia
- Mempunyai pekerja-pekerja mahir dan berpengalaman dalam industri berkaitan
- Bersedia menerima panduan, bimbingan serta perkhidmatan perundingan
- Mempunyai unjuran untuk 3-5 tahun mengenai aliran tunai, pengambilan aset, peningkatan teknologi dan pengurusan berkaitan
Permohonan
Permohonan untuk menjadi vendor di bawah PPV boleh dikemukan kepada MECD. Syarikat –syarikat IKS juga boleh memohon terus kepada syarikat-syarikat anchor berkenaan dengan mengemukakan satu salinan permohonan kepada MECD untuk pendaftaran.
Bahagian Francais & Vendor
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Aras 4, Blok Menara,
Lot 2G6, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya.
(u.p: Unit Vendor)
Tel : 03-88805594/ 95
Faks :03-88805617
MeCD: Gerak Usahawan
February 15, 2009 by admin
Fail di bawah Skim Bantuan
Selaras dengan tema Kementerian yang baru iaitu Keusahawanan Kerjaya Pilihan, MECD berhasrat untuk menggalakkan masyarakat Bumiputera menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. MECD bersama agensi-agensinya akan berfungsi sebagai pemudah cara dalam membantu, memberi kemudahan serta peluang-peluang kepada usahawan-usahawan, bakal-bakal usahawan dan masyarakat umum (kumpulan sasar) agar hasrat kerajaan untuk mempercepatkan pencapaian Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera tercapai dalam masa terdekat.
Bagi menterjemahkan fokus baru ini kepada tindakan pelaksanaan, satu siri GERAK USAHAWAN akan diadakan di setiap negeri mengikut zon mulai tahun 2005. Ia berlandaskan pendekatan turun padang dan mendekati rakyat. MECD dan agensi-agensinya akan bertindak sebagai pemudah cara, mesra pelanggan dan pantas bertindak. Pengisian program ini tidak sahaja dalam bentuk pameran dan penerangan secara umum, sebaliknya mengutamakan kepada pendedahan terhadap peluang-peluang yang ada pada MECD dan agensinya yang dapat diperolehi dan dimanfaatkan oleh kumpulan sasar sama ada untuk memula atau mempertingkatkan perniagaan mereka.
Konsep Program
Gerak Usahawan bertujuan memberi penerangan kepada usahawan dan bakal usahawan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MECD, agensi-agensinya serta agensi – agensi Kerajaan yang berkaitan selama dua (2) hari melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut:
1. Sesi Planery
Sesi Planery akan diadakan selepas Majlis Perasmian Gerak Usahawan pada hari pertama. Sesi ini akan dipecahkan kepada dua (2) taklimat iaitu:
- Taklimat pertama menerangkan mengenai program – program dan kemudahan – kemudahan yang ditawarkan oleh MECD kepada orang ramai secara keseluruhan; dan
- Taklimat kedua menjelaskan mengenai pelaksanaan program Gerak Usahawan dari segi aktiviti – aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari pertama dan kedua secara ringkas bagi memudahkan perjalanan para peserta Gerak Usahawan.
2. Pameran
Pameran ini akan melibatkan penyertaan daripada agensi – agensi di bawah MECD, Kementerian dan agensi Kerajaan yang terlibat dalam pembangunan usahawan, pihak swasta, usahawan serta persatuan keusahawanan atau Dewan Perniagaan. Pameran yang akan diadakan tidak memberi fokus kepada jualan produk tetapi memberi fokus kepada pengusaha untuk mengembangkan perniagaan mereka dari segi mendapatkan pengedar untuk barangan mereka. Sebagai contoh syarikat francaisor yang ingin mencari usahawan untuk menjadi francaisi. Selain itu, ianya dapat membantu pengunjung untuk mendapatkan maklumat mengenai kemudahan dan program yang ditawarkan oleh agensi – agensi Kerajaan.
3. Bengkel
Sebanyak 4 bengkel akan diadakan sepanjang dua (2) hari penganjuran Gerak Usahawan di setiap negeri. Tajuk – tajuk bengkel yang akan diadakan akan mengikut kesesuaian dan keperluan usahawan dan bakal usahawan di negeri tersebut. Antara contoh tajuk – tajuk bengkel adalah seperti ‘Peluang Perniagaan Menerusi Francais’, “Kemudahan Pembiayaan Perniagaan” dan lain – lain.
4. Sesi Klinik dan Konsultansi
Melalui sesi ini, Kementerian bersama semua agensi pembangunan usahawan yang terlibat dalam pameran akan mengendalikan aktiviti berikut:-
- Khidmat Nasihat
- Penyelesaian Masalah
- Permohonan Kemudahan
Sesi ini memberi peluang kepada usahawan untuk medapatkan jawapan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan berbincang atau berurusan terus dengan pegawai yang bertanggungjawab. Sebagai contoh, usahawan yang ingin membuat permohonan permit ataupun sekiranya usahawan ingin menjalankan urusniaga, mereka boleh terus berjumpa dengan pihak bank. Ianya merupakan sesi bagi pengunjung mendapatkan maklumat terperinci, khidmat nasihat, bimbingan secara personal serta menyelesaikan masalah mereka dengan agensi yang berkaitan.
Setiap Bahagian di MECD, agensinya dan agensi lain yang mengambil bahagian dalam pameran akan menugaskan pegawai mereka bagi terlibat dalam sesi Klinik dan Konsultansi ini untuk melayan pengunjung yang memerlukan khidmat nasihat yang lebih terperinci.
Setiap pengunjung yang ingin mengikuti Sesi Klinik ini akan diminta untuk berdaftar dengan urusetia di dalam bilik sesi Klinik dan Konsultansi bagi dipadankan (matching) dengan agensi – agensi yang berkaitan untuk mendapatkan khidmat nasihat yang diperlukan.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran yang dijangka akan hadir pada hari tersebut adalah :
- Usahawan sedia ada;
- Bakal-bakal usahawan;
- Golongan belia; dan
- Siswazah universiti.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Bahagian Pembangunan Perniagaan,
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Tel.: 03 – 8880 5285 / 5286
MeCD: Showcase Usahawan
February 15, 2009 by admin
Fail di bawah Skim Bantuan
Showcase Usahawan adalah satu usaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) untuk membantu mempromosikan produk serta perkhidmatan usahawan tempatan yang berkualiti ke pasaran tempatan dan antarabangsa.
MECD mengambil peranan sebagai pemangkin terhadap pengwujudan perkongsian bijak di antara pihak pengeluar dengan pengedar. Usaha ini diharap dapat memperluaskan jangkauan pasaran barangan pengeluar di samping membantu pihak pengedar mengenalpasti barangan bermutu dengan nilai pasaran yang tinggi untuk dipasarkan.
Di samping itu, Showcase Usahawan juga adalah bertujuan untuk menyediakan ruang dan peluang kepada usahawan kecil dan sederhana menjalinkan ‘networking’ dengan rantaian pembekal, pengedar dan pengguna.
Showcase Usahawan adalah salah satu aktiviti di bawah Program Pemasaran yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Perniagaan, MECD. Ianya merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) sejak daripada tahun 2002.
Objektif pelaksanaan Showcase Usahawan adalah seperti berikut:
- sebagai platform pemasaran utama dalam mempromosikan produk keluaran usahawan tempatan yang mempunyai potensi di pasaran terbuka dalam dan luar negara;
- mewujudkan jaringan pasaran yang lebih berkualiti untuk para usahawan kecil dan sederhana;
- mempertingkatkan daya saing produk mereka melalui pendedahan dan persaingan sihat di antara usahawan; dan
- sebagai tempat rujukan dan ilmu kepada para usahawan kecil dan sederhana.
Sektor – sektor yang terlibat dalam Showcase Usahawan adalah seperti berikut:
- Perkhidmatan
- Makanan/Minuman
- Herba
- Tekstil
- Kraftangan
- Pembinaan
- Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)
- Elektrik & Elektronik
- Teknologi Tinggi
- Perabot
Maklumat Lanjut, sila hubungi:
Bahagian Pembangunan Perniagaan,
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Tel.: 03 – 8880 5285 / 5286
MeCD: Galeria
February 15, 2009 by admin
Fail di bawah Skim Bantuan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) pada tahun 2002 telah menubuhkan sebuah pusat pameran yang diberi nama Galeria (Pusat Pameran Produk Usahawan) bertempat di Lot 140 – 141, Bangunan Amcorp Mall, Petaling Jaya.
Galeria ini merupakan sebuah pusat mengumpul dan mempamerkan produk usahawan Bumiputera yang telah dikenalpasti berkualiti dan berpotensi untuk dipasarkan. Pameran ini memberi peluang kepada pengusaha – pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk memperkenalkan produk - produk mereka kepada pembeli-pembeli dari hypermarket, supermarket dan pembeli – pembeli lain dari dalam dan luar negara. Ianya juga merupakan ‘one stop centre’ dalam urusan pembangunan produk .
Galeria bukan sekadar sebagai pusat pameran produk – produk usahawan tetapi ianya juga merupakan sebuah pusat yang menawarkan bantuan dan bimbingan melalui ‘Product Enhancement Programme’ yang akan dikenalpasti terutamanya terhadap produk – produk makanan dan minuman yang perlu dipertingkatkan kualitinya.
‘Product Enhancement Programme’ ini akan dilaksanakan dengan kerjasama SIRIM Berhad melalui ‘Program Groom Big Peningkatan Kualiti Produk’. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pengusaha kecil dan sederhana yang terlibat dalam sektor pengeluaran melalui peningkatan kualiti [mendapatkan Good Hygienic Practise (GHP), HACCP, Good Manufacturing Practices (GMP)], pembungkusan yang berkualiti, pengurusan jenama, persembahan produk serta meningkatkan kualiti dan produktiviti pengusaha melalui proses pengeluaran produk yang berskala besar.
Kategori Produk:
Kategori produk yang dipamerkan adalah seperti berikut:
- Tekstil/pakaian
- Ubatan tradisional/herba
- Produk keperluan rumah
- Elektrikal/elektronik
- Makanan/minuman
- Kraftangan/cenderamata
- Perabot
- Lain – lain
Kriteria Penyertaan:
- Bilangan pekerja tidak melebihi 150 orang dan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM2.5 juta;
- Produk yang akan dipamerkan adalah produk buatan Malaysia;
- Keutamaan ruang pameran diberikan kepada usahawan yang baru pertama kali menyertai Galeria; dan
- Tempoh masa pameran adalah empat (4) bulan.
Cara Memohon:
- Pastikan anda telah memenuhi syarat – syarat untuk menyertai Galeria sepertimana di atas.
- Hubungi pohak Galeria (Pusat Pameran Produk Usahawan) untuk mengertahui sesi pameran dan mendapatkan borang permohonan. (boleh juga diperolehi melalui laman web www.mecd.gov.my)
- Isikan borang permohonan dan kemukakan kepada pihak Galeria.
- Permohonan yang berjaya atau sebaliknya akan dimaklumkan melalui pos.
Maklumat Lanjut, sila hubungi:
Galeria (Pusat Pameran Produk Usahawan)
Tel. : 03 – 7957 9645
Atau
Bahagian Pembangunan Perniagaan,
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Tel. : 03 – 8880 5285 / 5286
MeCD: Program Satu Daerah Satu Industri
February 15, 2009 by admin
Fail di bawah Skim Bantuan
Program Satu Daerah Satu Industri telah diperkenalkan sebagai Satu Kampung Satu Produk (SKSP) pada tahun 1992. Pada tahun 2002, program ini dikembangkan menjadi Satu Kampung Satu Industri (SKSI) dan setahun kemudian ditukar kepada Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang mencakupi skop yang lebih luas.
Program SDSI yang dilaksanakan ketika ini berkonsepkan pembangunan produk atau perkhidmatan yang beridentitikan satu daerah yang dihasilkan secara komersial untuk menarik minat pelancong ke daerah tersebut. Program ini menjurus ke arah pembangunan budaya masyarakat kreatif dan berinovasi sekaligus memupuk keharmonian bermasyarakat melalui aktiviti sosio-ekonomi secara komuniti. Konsep baru dilaksanakan pula berorientasikan model perniagaan yang lebih berdaya tahan dan berdaya maju serta mempunyai rantaian nilai tambah yang tinggi untuk mendapat manfaat sepenuhnya.
Melalui konsep ini, SDSI tidak dianggap semata-mata pekerjaan sampingan dan pendapatan tambahan, atau sebahagian daripada program pembasmian kemiskinan, tetapi sebagai salah satu bentuk perniagaan yang menjana potensi / prospek yang menjamin pendapatan berterusan. Teras utama konsep baru adalah:
i) Penyelarasan serta pelaksanaan secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengenal pasti satu atau lebih produk atau perkhidmatan utama bagi sesuatu daerah untuk dibangun dan dikembangkan.
ii) Pemantapan proses perniagaan melalui pewujudan mekanisme pemasaran yang tersusun bertunjangkan maklumat pasaran, penjenamaan dan pengurusan pengeluaran yang berorientasikan perniagaan.
Selain itu, konsep baru program SDSI ini menggunakan kaedah pengelompokan (clustering) bagi menyokong dan menggerakkan keseluruhan rantaian nilai dari peringkat bekalan sumber bahan mentah, tahap pengeluaran dan seterusnya pengedaran dan pemasaran. Pendekatan setiap aktiviti di sepanjang rantaian nilai dalam setiap program SDSI hendaklah memberikan nilai tambah kepada aktiviti berkenaan.
Sehubungan itu, Kerajaan telah mewujudkan satu jentera pentadbiran khas bagi memastikan kerjasama penuh antara pihak Kerajaan dengan swasta diwujudkan pada pelbagai peringkat yang merangkumi daerah, negeri dan kementerian.
Jentera penyelarasan pelaksanaan Program SDSI adalah seperti berikut:-
PERINGKAT KEBANGSAAN
i) Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan
Merupakan badan utama yang mengawasi, menyelaras serta menilai kemajuan pelaksanaan danmemuruskan dasar serta strategi pelaksanaan program SDSI. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
ii) Jawatankuasa Peringkat Agensi
Merupakan badan pada peringkat pegawai yang memastikan keputusan Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan dilaksanakan. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab menangani isu dan masalah pelaksanaan dasar serta strategi Program SDSI. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dipertanggungjawab sebagai pengerusi bagi jawatankuasa ini.
iii) Jawatankuasa Kerja (Di Kementerian Berkaitan)
Merupakan badan pada peringkat kementerian yang bertanggungjawab secara langsung dalam penyelarasan pelaksnaan Program SDSI. Jawatankuasa ini bertanggungjawab memastikan keputusan Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan dan Jawatankuasa Peringkat Agensi dilaksanakan. Jawatankuasa ini juga perlu menangani isu dan masalah pelaksanaan program / projek di bawah bidang kuasa Kementerian masing-masing yang relevan. Bidang kuasa ini terbahagi kepada tujuh (7) Jawatankuasa iaitu; Jawatankuasa Kerja Produk Makanan, Jawatankuasa Kerja Homestay, Jawatankuasa Kerja Produk Kraf, Jawatankuasa Kerja Pembangunan Keusahawanan, Jawatankuasa Kerja Pemasaran dan Promosi, Jawatankuasa Kerja Industri Desa, Jawatankuasa Kerja SAWARI.
PERINGKAT NEGERI
i) Jawatankuasa Peringkat Negeri
Bertanggungjawab memastikan keputusan Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan dan Jawatankuasa Peringkat Agensi dilaksanakan. Jawatankuasa Peringkat negeri juga perlu menangani isu dan masalah pelaksanaan program SDSI di negeri masing-masing. Di peringkat ini, Menteri Besar dan juga Jabatan Pembangunan Persekutuan / Pejabat Pembangunan Negeri bertanggungjawab melaksanakan segala aktiviti di peringkat negeri.
ii) Jawatankuasa Peringkat Daerah / Bahagian
Bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan SDSI di peringkat Daerah / Bahagian. Oleh itu, Pegawai Daerah dan pejabat daerah berfungsi untuk memastikan semau aktiviti SDSI di peringkat daerah berjalan lancar.
Kerajaan juga telah mengeluarkan satu arahan pelaksanaan Program SDSI yang bertujuan untuk memantap dan menggariskan makenisme serta rangka kerja pelaksanaan Program SDSI ke seluruh negara.
PERANAN KERAJAAN MELALUI MECD DALAM MEMBANGUNKAN SDSI
Sehingga tahun 2006, di antara produk dan perkhidmatan yang telah dibangunkan menerusi program SDSI meliputi makanan dan minuman, homestay, tekstil dan sulaman, kraftangan, seramik, tumbuhan herba dan produk kesihatan, hasil ternakan laut, hasil tanaman buah-buahan dan nursery.
Semua produk dan perkhidmatan ini akan dipertingkatkan kualitinya menerusi program Groom Big. Ianya meliputi aspek pembungkusan, pelabelan, penjenamaan, amalan peningkatan kualiti, HACCP dan MS ISO 9001 serta peningkatan kualiti asas pengeluaran. Peningkatan produk ini bertujuan untuk membolehkan produk SDSI lebih ’presentable’ dan memberi keyakinan terhadap kualiti produk desa.
Selain itu, Kerajaan juga menyediakan latihan serta kemahiran bagi meningkatkan ilmu keusahawanan kepada semua pengusaha SDSI dalam mengendalikan serta mengurus organisasi perniagaan pada peringkat daerah. Kursus seperti ”Latihan Asas Perniagaan”, ”Kursus atau Bengkel Kemahiran Kraf” dan juga ”Seminar Motivasi Usahawan” dianjurkan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Begitu juga dengan sokongan dari aspek pembiayaan dan penajaan di mana Kerajaan telah menyediakan pembiayaan sebanyak RM50 juta untuk mempromosi dan memasarkan produk SDSI sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke -9. Dalam hal ini semua produk SDSI akan berpeluang untuk diketengahkan dan dipertingkatkan di dalam pasaran domestik dan antarabangsa dengan ditaja oleh Kerajaan sehingga 50% daripada kos keseluruhan perbelanjaan.
Semua produk SDSI akan dipromosikan menerusi stesyen televisyen, radio, media akhbar dan majalah dan juga melalui pemasangan billboard. Selain itu, lapangan terbang seperti KLIA juga akan digunakan untuk mempamerkan produk SDSI sebagai salah satu pendekatan untuk memperkenalkan produk SDSI kepada pelancong asing.
STATUS PELAKSANAAN DAN PEMBANGUNAN PROGRAM SDSI
Kerajaan telah merancang beberapa program untuk membangunkan program SDSI ini. Antaranya Showcase SDSI di peringkat nasional yang dilaksanakan setiap tahun yang dapat mengumpulkan keseluruhan produk SDSI dari setiap daerah dan juga dari setiap agensi yang berkaitan dengan pembangunan SDSI seperti pelancongan, kraftangan, pertanian, kebudayaan dan kesenian.
Program ini selain mempromosi dan memasarkan produk SDSI, ia juga bertujuan untuk meluaskan rangkaian perniagaan sesama usahawan dan memberi peluang kepada usahawan SDSI untuk mendapat business matching dengan pihak luar. Showcase SDSI ini melibatkan jumlah keseluruhan 206 usahawan SDSI yang mengusahakan pelbagai produk dan perkhidmatan daripada 13 buah negeri.
Selain itu, Kerajaan dengan kerjasama pihak swasta dan Government Link Companies (GLCs) telah mengambil beberapa daerah sebagai daerah angkat bagi tujuan pembangunan daerah tersebut. Pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan antaranya menyediakan ruang premis jualan, memberikan kemudahan mesin, mengambil produk yang dihasilkan sebagai ‘Corporate Gift’, memberikan latihan dan kemahiran kepada usahawan SDSI dan menemukan usahawan dengan pembeli berpotensi di bawah rangkaian syarikat dan GLCs.
Diharapkan lebih ramai syarikat swasta seperti TNB, Petronas Dagangan Berhad, NAZA Berhad (Automatif Industri), Malaysia Airlines (MAS) dan juga Air Asia untuk mengambil beberapa daerah untuk dijadikan sebagai daerah angkat.
Bagi memantapkan lagi usaha pembangunan SDSI, sebuah Galeri SDSI yang menempatkan semua produk terbaik SDSI telahpun diwujudkan di bangunan MECD, Putrajaya. Selain mempamer dan menjual produk SDSI tersebut, Galeri SDSI ini juga berfungsi sebagai salah satu pusat tarikan pelancong asing yang mengunjungi Putrajaya.
Ini bagi membolehkan produk-produk SDSI diperkenalkan berdasarkan kepada keunikan dan hasil daripada industri desa yang berasaskan kepada ‘community based’. Melalui Galeri ini, pelbagai informasi berkaitan SDSI akan dipaparkan kepada orang ramai bagi menerangkan konsep SDSI secara keseluruhan.
Selain itu, satu program promosi produk/perkhidmatana SDSI melalui media massa telah dilaksanakan oleh MECD melalui kaedah penjelajahan atau travelogue dari satu daerah ke satu daerah. Program tv yang dinamakan Travelog SDSI Bersama MECD di RTM ini akan memberi peluang kepada usahawan SDSI mempromosi dan mengenengahkan produk/perkhidmatan kepada masyarakat dengan capaian (viewer) yang lebih luas.


