Akta & Peraturan Bisnes
February 15, 2009 by admin
Fail di bawah Akta & Peraturan Bisnes
Siapa saja boleh menjalankan perniagaan. Bagaimanapun setiap perniagaan adalah tertakluk kepada Akta & Peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Menjalankan perniagaan tanpa menuruti Akta & Peraturan merupakan satu kesalahan, boleh didakwa di mahkamah dan dihukum. Oleh itu sebelum anda berangan-angan untuk membeli BMW atau Lexus dengan perniagaan yang anda akan mulakan, adalah lebih baik anda meneliti apa-apa tanggungjawab yang perlu anda lunaskan untuk menjadikan perniagaan anda sah terlebih dulu.
Akta-Akta
- Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 (Akta 614);
- Akta Syarikat 1965 (Akta 125);
- Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197);
- Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28);
- Akta A1299 AKTA SYARIKAT (PINDAAN) 2007;
Peraturan-Peraturan
Perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta-akta yang tersebut di atas seperti:
Untuk mengetahui semua perkara yang dapat memuaskan kehendak Akta ataupun Peraturan di atas, anda bolehlah berkunjung ke laman utama SSM. Jika anda ingin mengetahui tahap kemudahan/kesukaran berurusan dengan agensi ini, sila baca pandangan ini.
- Admin KakiBisnesDotCom


