USAHAWAN GLOBAL WAWASAN GMC

December 7, 2009 by azam101  
Fail di bawah Makluman

WAWASAN GMC dibawah syarikat GMC NETWORK SDN BHD terus mengorak langkah memasarkan NUTRIBLEND 1000 dan memberi peluang kepada semua usahawan dalam membantu meningkatkan pendapatan.

Nutriblend yang sememangnya sudah berada dalam pasaran malaysia dan 17 negara luar dengan kualiti bermutu tinggi kini menjanjikan peluang Usahawan global kepada semua yang berminat. Melalui program usahawan global yang dilancarkan sejak setahun lepas Wawasan GMC telah melahirkan lebih 600 orang usahwan yang berjaya.

Program usahawan global ini bakal memasuki pasaran Indonesia. Peserta program ini ramai disertai oleh org Brunei.

Hari ini Pengasas Wawasan GMC En khirul Anuar sendiri turun padang memberikan taklimat serta jamuan exclusive bersama beliau.
Mari kita sama mendengar apa yang Sifu Khirul Anuar ingin kongsikan dan rahsia kejayaan perniagaan yang beliau miliki sekarang..
KHAS BUAT ORG KUALA LMPUR DAN SELANGOR!!!

DAPATKAN PENGALAMAN TERBARU!!

SELOK BELOK DALAM BIDAG PERNIAGAAN!!

JEMPUTAN KE JAMUAN MAKAN MALAM USAHAWAN I GLOBAL DIVISTANA HOTEL KL

JAM 9.00p.m
RABU (24/03/2010)

MASUK PERCUMA MAKAN PERCUMA>

DATNGLA BERAMAI RAMAI>>
KEDATAGA ADA PASI TIDAK SIA2!!

azamazhar_89@yahoo.com
Facebook azamazhar_101@yahoo.com
Untuk keterangan hubungi 0197769944

1

Promosikan perniagaan anda di Direktori & Forum

April 18, 2009 by admin  
Fail di bawah Makluman

KakiBisnes.com membuka ruang kepada semua pengunjung yang mempunyai bisnes, tidak kira apa juga jenisnya untuk mempromosikan bisnes di laman ini melalui Direktori & Forum Kakibisnes.

Untuk menyenaraikan bisnes anda di Direktori caranya mudah saja. Anda hanya perlu isikan borang penyenaraian di Direktori yang disediakan dengan semua maklumat yang diperlukan dan sesuai bagi mempromosikan bisnes anda. Pihak admin akan menyiarkan penyenaraian anda apabila beliau mengemaskini laman.

Anda boleh menggunakan Forum KakiBisnes untuk mempromosikan bisnes anda. Anda boleh membuka thread khas untuk melakukan urusan promosi atau urusniaga. Bagaimanapun jika anda hanya melakukan satu posting dan kemudian tinggal tanpa sebarang update (spam), kami berhak memadam posting anda tanpa sebarang notis.

Manfaatkan Forum untuk kebaikan bersama

March 4, 2009 by admin  
Fail di bawah Makluman

Ruangan Forum Komuniti KakiBisnesDotCom sudah pun dibuka kepada para pengunjung. Jemput ke sana dan manfaatkan ia sebagai satu medium perkenalan, perkongsian maklumat, perbincangan sihat dan pencetus idea sesama kita, golongan kakibisnes.

Untuk menyertai Forum anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli laman. Jika anda lihat borang pendaftaran mengkehendaki anda mengisi terlalu banyak informasi, jangan bimbang. Anda hanya wajib mengisi Username dan alamat Email sahaja. Maklumat lain hanya perlu diisi jika anda berminat untuk menyertai Program Partner Kumpulan KakiBisnesDotCom apabila ia dibuka nanti.

Kami percaya penyertaan anda di dalam Forum akan menambahnilai laman ini dan seterusnya menarik minat lebih ramai pengunjung ke mari. Di atas minat anda menyertai Forum dan kegiatan interaktif lain di laman ini, kami ucapkan jutaan terima kasih.

Untuk mengetahui peraturan berforum, anda boleh ke sini. Selamat berforum!

– Admin KakiBisnesDotCom

Apa manfaat yang patut anda perolehi dari KakiBisnes.com

February 10, 2009 by admin  
Fail di bawah Makluman

groupKakiBisnes.com akan sentiasa menyiarkan berita dan artikel terpilih, review, tip serta pelbagai lagi material atau informasi yang relevan kepada kaki-kaki bisnes di seluruh Malaysia.

Di samping itu KakiBisnes.com juga menyediakan beberapa infrastrukur interaktif seperti Forum dan ruangan komen dalam setiap bahan yang disiarkan sebagai kemudahan kepada mereka yang berminat untuk mengutarakan pendapat atau melakukan perbincangan.

Siapa kaki bisnes yang kami maksudkan? Siapa saja yang berminat dengan dunia bisnes. Mereka boleh jadi anda yang baru bercita-cita untuk memulakan bisnes sendiri, anda yang baru saja menjerumuskan diri ataupun anda yang memang sudah lama menyara hidup sebagai seorang kaki bisnes. Kami menghormati status anda, kaki bisnes adalah seseorang yang hebat kerana anda bukan saja mampu menentukan masa depan diri sendiri malah masa depan orang lain, bangsa dan negara.

Penekanan khusus akan diberi kepada aplikasi bisnes yang dijalankan dalam dua kaedah iaitu konvensional serta online kerana kami percaya majoriti kaki bisnes hari ini perlu bergerak di dalam kedua-dua medium berkenaan jika mereka mahu mengoptimumkan hasil dari usaha yang dilakukan. Kami berharap dengan wujudnya KakiBisnes.com kaki-kaki bisnes yang baru berkunjung mahupun mereka yang telah menemui keserasian dan setia dengan laman ini akan dapat;

  • Mengetahui, memahami serta mengemaskini pelbagai informasi yang relevan dengan usaha yang mereka jalankan.
  • Belajar dari pakar serta mereka yang telah mengecap kejayaan.
  • Bertukar idea, pendapat mahupun pengalaman dengan rakan-rakan kaki bisnes yang lain.
  • Menemui lokasi-lokasi online yang sesuai untuk memulakan bisnes atau membuat promosi melalui laman-laman sekutu KakiBisnes.com.
  • Menemui peluang-peluang menambah pendapatan secara sambilan melalui skim-skim perniagaan online mudah yang ditawarkan.
  • Membeli atau mendapatkanĀ  pelbagai produk ataupun perkhidmatan istimewa secara online jika anda memerlukannya.

Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau pandangan dari para pengunjung semua. Terima kasih dan kami harap anda akan terus setia dan sama-sama memeriahkan laman ini. Salam kemakmuran dari kami…

Admin KakiBisnes.com