USAHAWAN GLOBAL WAWASAN GMC

December 7, 2009 by azam101  
Fail di bawah Makluman

WAWASAN GMC dibawah syarikat GMC NETWORK SDN BHD terus mengorak langkah memasarkan NUTRIBLEND 1000 dan memberi peluang kepada semua usahawan dalam membantu meningkatkan pendapatan.

Nutriblend yang sememangnya sudah berada dalam pasaran malaysia dan 17 negara luar dengan kualiti bermutu tinggi kini menjanjikan peluang Usahawan global kepada semua yang berminat. Melalui program usahawan global yang dilancarkan sejak setahun lepas Wawasan GMC telah melahirkan lebih 600 orang usahwan yang berjaya.

Program usahawan global ini bakal memasuki pasaran Indonesia. Peserta program ini ramai disertai oleh org Brunei.

Hari ini Pengasas Wawasan GMC En khirul Anuar sendiri turun padang memberikan taklimat serta jamuan exclusive bersama beliau.
Mari kita sama mendengar apa yang Sifu Khirul Anuar ingin kongsikan dan rahsia kejayaan perniagaan yang beliau miliki sekarang..
KHAS BUAT ORG KUALA LMPUR DAN SELANGOR!!!

DAPATKAN PENGALAMAN TERBARU!!

SELOK BELOK DALAM BIDAG PERNIAGAAN!!

JEMPUTAN KE JAMUAN MAKAN MALAM USAHAWAN I GLOBAL DIVISTANA HOTEL KL

JAM 9.00p.m
RABU (24/03/2010)

MASUK PERCUMA MAKAN PERCUMA>

DATNGLA BERAMAI RAMAI>>
KEDATAGA ADA PASI TIDAK SIA2!!

azamazhar_89@yahoo.com
Facebook azamazhar_101@yahoo.com
Untuk keterangan hubungi 0197769944

1

Go for business, grads urged

August 9, 2009 by nizam.zainuddin  
Fail di bawah Nizam Zainuddin

KUALA LUMPUR: Universities should encourage students to get involved in entrepreneurial development programmes such as the Global Entrepreneurship Week 2009, which starts on Nov 16.

Higher Education Deputy Minister Datuk Saifuddin Abdullah launching the 100-day countdown to the Global Entrepreneurship Week 2009. With him is Microsoft Malaysia Sdn Bhd director Peter Tam.
Higher Education Deputy Minister Datuk Saifuddin Abdullah said this would increase the number of fresh graduates venturing into business. Only 2.4 per cent of them venture into business.

He said between 10 and 15 per cent of fresh graduates at established universities of the world entered business.

GEW was founded by USA-based Ewing Marion Kauffman Foundation and British-based Make Your Mark. Warisan Global Sdn Bhd is the event host in Malaysia.

Speaking to reporters after launching the countdown to GEW 2009 here yesterday Saifuddin said: “The various public and private higher learning institutes should take advantage of this event as it is a platform for unleashing ideas.

“Entrepreneurial skills are not only meant for use in business but can be a soft skill to develop creative thinking among graduates.”

Saying youths were rich with entrepreuneurial potential, Saifuddin added: “They should be allowed to search for opportunities and seize the moment in making a difference in their lives and the lives of others, through entrepreneurial ventures.”

On a related matter, Saifuddin said the ministry was talking with local business schools to encourage them to become premier institutes of learning.

“The lecturers should either have corporate experience or be actual businessmen teaching on a part-time basis.

“Business lecturers should be allowed to sit on the board of companies or hold stakes in businesses so that they can share their experience with students.”

Saifuddin also called on banks to be more flexible in providing start-up financing to young entrepreneurs.

Warisan Global chief executive officer B. Dhakshinamoorthy said: “GEW 2009 aspires to cultivate a new breed of entrepreneurs in line with the national agenda of 1Malaysia in distributing the fruits of progress and prosperity to all Malaysians.”

Media Prima is the main media partner.

Those interested in organising an event or providing sponsorship can contact GEW Malaysia 2009 secretariat at hello@gewmalaysia.com or www.unleashingideas.org.

The secretariat can also be contacted at 03-2026 3001 or 012-3070658

Taken from http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/32gew/Article/index_html

Sekilas pandangan: Blue Ocean Strategy

August 5, 2009 by nizam.zainuddin  
Fail di bawah Nizam Zainuddin

Semalam saya bersama keluarga menziarahi rumah mentua saya di Putrajaya menyambut hari jadi ibu mentua. Setelah bersalaman saya mengambil peluang membaca beberapa naskah suratkhabar. Menjelang zuhur saya naik ke tingkat 2 rumah untuk mengerjakan solat zuhur. Memang selalunya saya akan bersolat di bilik adik ipar saya (Adam). Wah, saya terperasan ada benda baru di dalam biliknya. Sebuah gitar comel berwarna sunburst dan set dram mini. Semuanya berlabel “guitar hero”. Hmm..saya membelek-belek gitar yang tanpa tali tetapi ada butang-butang berwarna biru, kuning, hijau, merah dan oren. Warna-warna yang sama di atas pad dram mini juga.

Saya berasa teruja juga melihat set-set muzik ni. Geram pun ada. Dunia jamming dah lama saya tinggalkan sejak tahun akhir di universiti dulu. Selalunya sessi jamming dijadikan sessi melepaskan tension dan aktiviti mengeluarkan peluh. Berdetik di dalam hati, takpe lah. Nanti-nanti kalau Adam bawak turun boleh la saya mencuba. Ada jugak students saya yang bersembang-sembang sesama mereka tentang game “Guitar Hero” ni.

Tepat seperti jangkaan saya, Adam membawa turun set-set gitar dan dram. Mula-mula anak-anak saya bermain dengan bantuan Adam. Setelah lebih kurang 15 minit, mereka agaknya kebosanan… lagu apa ni? (sebenarnya lagu Beat It). Lalu mereka pun pergi bermain di tempat lain. Saya yang berada di meja makan meninggalkan kertas-kertas exam yang saya marking. Saya duduk di sofa dan mengambil peluang bermain dram di sebelah isteri yang bermain gitar.

Berpeluh-peluh jugak bermain dram ni, macam betul-betul jamming pun ada. Terasa macam anda betul-betul bermain dram dan bermain gitar.  Sebab fizikal dan mental bergerak serentak. Mata melihat skrin, tangan dan kaki mengikut rentak muzik. Habis lebih kurang 3 lagu kami berdua main sambil diperhatikan oleh adik ipar dan suaminya.

Hmmm.. Apa kena mengena cerita saya bermain Nintendo Wii Guitar Hero dengan tajuk Blue Ocean Strategy (BOS) di atas? Baiklah cuba anda berfikir sejenak… Semasa zaman kita kanak-kanak dulu yang saya ingat pertama sekali game “Atari”, kemudian dengan “Game & Watch” di mana kita main game tembak2 zaman cowboy. (Paling saya suka muzik selepas menang sesuatu level, masih terngiang-ngiang di kepala saya). Selepas itu, saya ingat console game yang boleh sambung di TV ( Famicom) dan di antara game yang paling diminati ialah “Kontra” dan “Super Mario Bros”. Kemudian dtg pula Game Boy dengan game Tetrisnya. Habis semua orang dilihat bermain Tetris sama ada menggunakan Gameboy ataupun brand-brand ciplak yang lain.

Yang saya pasti selepas itu bermacam-macam jenis game yang keluar mendominasi masyarakat kita. Yang paling top semasa saya di di universiti ialah siri Sony Playstation dengan controller yang boleh vibrate semasa membawa kereta rally dalam Gran Turismo sehingga game-game pertarungan seperti Tekken. Kemudian hampir banyak produk seakan-akan sama dengan Sony Playstation 3, XBOX, Cube etc.. dah saturated rasanya. Bila dah keadaan macam ni, sales pun akan jadi makin slow. Masing-masing seperti terbelit dan terkusut. Customer pun dah start pening sebab value for money tu boleh dikatakan sifar.

Pada tahun 2005, Nintendo mengambil satu langkah yang drastik mengemaskini bahagian R&D. Presidennya meletakkan kesemua software designers dibawah satu bumbung. Selang setahun, mereka telah mengeluarkan satu game baru yg dinamakan “Wii” sebuah game yg menggunakan motion sensing controllers. Wii seperti satu nafas baru dlm industri yang kelihatan begitu sempit. Orang mula bercakap tentangnya… dan mula membelinya.

Game ini manjadi kegilaan di seluruh dunia. Bila mana keadaan ekonomi dunia merudum dan masyarakat manjadi semakin berhati-hati membelanjakan wang mereka dengan menghadkan perbelanjaan percutian, makan luar, beriadah di kelab-kelab komuniti atau ekslusif, jualan Wii pula melonjak tinggi. Apabila ditanya, ramai pembeli mengatakan yang Wii ni bagus. Kami perlukan “exercise’’, kami perlu berpeluh, tetapi kami perlu kurangkan perbelanjaan ke tempat-tempat beriadah berbayar dan Wii adalah jawapannya kerana kami boleh bermain game yang boleh menggerakkan anggota badan daripada hanya duduk memegang controller umpama “couch potato”.

Rahsianya di sini, Nintendo Wii telah mencipta satu pasaran baru yang keluar daripada persaingan yang tidak menguntungkan (red ocean). Sebaliknya, Wii mencipta peluang baru dengan mencipta ruang yang tiada persaingan (blue ocean).

Pada pendapat saya, inilah yang perlu dilakukan oleh usahawan-usahawan kita. Cuba kaji kelemahan dan kekurangan produk yang sedia ada dan juga kaji peluang-peluang menginovasi (yang paling minimum) atau mereka cipta secara kreatif. Cuba “integrate” dan “disintegrate” sesuatu produk dan masukkan ke dlm perspektif berbeza-beza. Dari sudut praktikal dan sudut kemahuan pelanggan. Pesan saya, jangan hadkan imaginasi anda.

InsyaAllah, saya akan cuba menulis secara lebih terperinci lagi tentang “Blue OceanStrategy” pada masa akan datang. Buat masa ini, cuba anda fikirkan produk-produk de sekeliling anda yang sebenarnya menggunakan strategi “Blue Ocean” ini… ingat lagi banyak anda fikir, lagi banyak idea-idea bisnes baru yg mungkin membantu anda untuk memulakan perniagaan.
Imej Nintendo Wii

Promosikan perniagaan anda di Direktori & Forum

April 18, 2009 by admin  
Fail di bawah Makluman

KakiBisnes.com membuka ruang kepada semua pengunjung yang mempunyai bisnes, tidak kira apa juga jenisnya untuk mempromosikan bisnes di laman ini melalui Direktori & Forum Kakibisnes.

Untuk menyenaraikan bisnes anda di Direktori caranya mudah saja. Anda hanya perlu isikan borang penyenaraian di Direktori yang disediakan dengan semua maklumat yang diperlukan dan sesuai bagi mempromosikan bisnes anda. Pihak admin akan menyiarkan penyenaraian anda apabila beliau mengemaskini laman.

Anda boleh menggunakan Forum KakiBisnes untuk mempromosikan bisnes anda. Anda boleh membuka thread khas untuk melakukan urusan promosi atau urusniaga. Bagaimanapun jika anda hanya melakukan satu posting dan kemudian tinggal tanpa sebarang update (spam), kami berhak memadam posting anda tanpa sebarang notis.

MLM - apa pendapat anda?

March 31, 2009 by admin  
Fail di bawah Nazli Kimin

Lebih 8,000 orang menghadiri majlis dan saya katakan 98% adalah orang Melayu.

Lebih 8,000 orang menghadiri majlis dan saya katakan 98% adalah orang Melayu.

Sebut saja MLM ramai yang tahu. Ia sejenis perniagaan yang begitu popular dalam masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu.

Populariti MLM mungkin kerana genre perniagaan ini secara umumnya tidak memerlukan modal yang besar dan boleh dicuba oleh sesiapa saja tanpa perlu mendaftar perniagaan. Ia ditambah dengan keghairahan yang dihangatkan melalui promosi melahirkan jutawan segera tanpa susah payah.

Jarang sekali mereka yang berkecimpung dalam perniagaan konvensional bercakap tentang kemampuan menjadi jutawan dalam tempoh yang singkat. Tetapi dalam MLM semua orang kata mereka boleh. Pendek kata, jika anda mahu mendapat pendapatan hebat seperti 5 angka dalam masa sebulan dua - join MLM.

Wang bonus dibayar tunai diisi dalam beg James Bond yang diarak dan dipamerkan sebelum diserahkan kepada ahli-ahli yang berjaya.

Wang bonus dibayar tunai diisi dalam beg James Bond yang diarak dan dipamerkan sebelum diserahkan kepada ahli-ahli yang berjaya.

MLM adalah singkatan kepada Multi-Level-Marketing atau Pemasaran Berbilang Peringkat. Secara teknikalnya peserta MLM adalah agen pemasaran kepada syarikat yang menggunakan kaedah perkongsian keuntungan yang dicipta berasaskan kepada Skim Piramid atau Skim Ponzi.

Walaupun begitu, ramai yang lebih suka mendefinasikan MLM sebagai “Meeting-Larut-Malam” dan hanya melihat skim piramid yang mereka dokong sebagai “pelan syarikat”.

Pada 15 Mac lepas saya berkesempatan mengikuti satu majlis MLM di Malaysia International Exhibition & Convention Centre, The Mines. Majlis New Image Sdn Bhd ini telah dihadiri oleh lebih 8000 orang, 98% adalah orang Melayu. Produk syarikat ini hanya satu, iaitu Alpha Lipid - susu tepung yang dikatakan mengandungi susu awal lembu dari New Zealand. Alpha Lipid dikatakan sangat berkhasiat di mana ia boleh menyembuhkan atau menghalang pelbagai jenis penyakit.

Penerima tertinggi dianugerahkan sebagai King & Queen dan dikatakan menerima lebih dari RM400,000.

Penerima tertinggi diisytiharkan sebagai King & Queen dan dikatakan menerima lebih dari RM400,000.

Apa pun yang lebih menarik adalah pelan penjanaan pendapatan yang ditawarkan. Saya tidak mahu menghurai panjang lebar bagaimanakah pelan mereka sebab saya tidak berminat dengan sebarang perniagaan MLM dan saya juga tidak berminat untuk mengajak sesiapa menyertainya. Saya hanya melaporkan berita dan selepas membacanya terpulanglah kepada anda untuk menilai sendiri.

Dalam majlis ini New Image dikatakan telah membayar lebih RM6 juta kepada ahli-ahlinya yang berjaya. Bagaimana mereka membuat bayaran? Sesetengahnya dibayar menggunakan uncang berisi tunai dan sesetengahnya menerima beg James Bond penuh dengan tunai. Menurut maklumat yang diberi, syarikat membayar bonus ini kepada ahli-ahli mereka 2 kali setahun dan akan menjadi 3 kali setahun selepas ini.

Mahathir Lokman juga tidak ketinggalan menerima beg James Bond berisi tunai.

Mahathir Lokman juga tidak ketinggalan menerima beg James Bond berisi tunai.

Penerima beg James Bond tertinggi dikatakan mendapat lebih dari RM400,000 dan yang paling rendah dalam lingkungan RM30,000. Penerima uncang dikatakan mendapat nilai RM30,000 dan ke bawah. 60 orang menerima beg James Bond termasuk pengacara majlis Datuk Mahathir Lokman yang juga terlibat dalam perniagaan ini.

Bonus yang diterima dalam majlis ini dikatakan tidak termasuk dengan pendapatan bulanan yang juga dikatakan boleh mencecah 5 angka sebulan (testimoni diberikan oleh beberapa orang ahli yang telah berjaya).  Syarikat juga membawa mereka melancong ke pelbagai negara seperti New Zealand, Australia, Taiwan dan sebagainya.

Hebat bunyinya bukan?

Tetapi seperti yang saya katakan di atas secara peribadi, MLM bukan untuk saya. Bagaimana dengan anda?

nazli13

Nazli Kimin merupakan Admin/Editor KakiBisnes.com
Selain minat untuk berkongsi idea atau pengalaman di laman ini
beliau aktif juga dalam bidang hiasan dalaman. Untuk info
lanjut mengenainya anda boleh ke www.senihias.com.

Manfaatkan Forum untuk kebaikan bersama

March 4, 2009 by admin  
Fail di bawah Makluman

Ruangan Forum Komuniti KakiBisnesDotCom sudah pun dibuka kepada para pengunjung. Jemput ke sana dan manfaatkan ia sebagai satu medium perkenalan, perkongsian maklumat, perbincangan sihat dan pencetus idea sesama kita, golongan kakibisnes.

Untuk menyertai Forum anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli laman. Jika anda lihat borang pendaftaran mengkehendaki anda mengisi terlalu banyak informasi, jangan bimbang. Anda hanya wajib mengisi Username dan alamat Email sahaja. Maklumat lain hanya perlu diisi jika anda berminat untuk menyertai Program Partner Kumpulan KakiBisnesDotCom apabila ia dibuka nanti.

Kami percaya penyertaan anda di dalam Forum akan menambahnilai laman ini dan seterusnya menarik minat lebih ramai pengunjung ke mari. Di atas minat anda menyertai Forum dan kegiatan interaktif lain di laman ini, kami ucapkan jutaan terima kasih.

Untuk mengetahui peraturan berforum, anda boleh ke sini. Selamat berforum!

– Admin KakiBisnesDotCom

Skim bantuan dan pinjaman perniagaan

March 3, 2009 by admin  
Fail di bawah Nazli Kimin

capBanyak betul berita mengenai skim pinjaman dan program bantuan untuk golongan peniaga kecil sejak kebelakangan ini. Boleh kata saban hari ada saja bank atau agensi-agensi kerajaan yang berkaitan mengumumkan skim atau program mereka di akhbar-akhbar. (Anda boleh menyemak berita-berita ini di kategori Pusat Sumber di laman ini- Berita).

Mungkin memang ramai yang minat untuk memulakan perniagaan. Selaras dengan itu kerajaaan mengadakan pelbagai skim pinjaman dan bantuan sebagai menyokong kecenderungan berniaga yang sedang membuak-buak di kalangan rakyat.

Atau mungkinkah juga langkah kerajaan ini lebih kepada satu kaedah membeli jiwa rakyat yang sedang berdepan dengan kesan kemelesetan ekonomi sejagat? Kita tidak tahu selagi kita tidak mencubanya.

Jadi sementelah skim-skim sudah pun diwar-warkan dan tersedia kepada sesiapa yang berminat, ambillah peluang yang ada. Kalau sebelum ini modal menjadi masalah, sekarang kerajaan hendak membantu.

Jika anda sedang memohon, sudah mendapat kelulusan atau gagal dalam permohonan anda untuk mendapatkan mana-mana skim pinjaman atau bantuan yang banyak ini, jomlah berkongsi pengalaman anda di sini. Begitu juga kalau anda mempunyai apa-apa pendapat yang berkaitan. Anda boleh menggunakan ruang komen atau kirimkan pendapat anda melalui email kkbisnes@gmail.com untuk kami siarkan kemudian.

nazli13

Nazli Kimin merupakan Admin/Editor KakiBisnes.com
Selain minat untuk berkongsi idea atau pengalaman di laman ini
beliau aktif juga dalam bidang hiasan dalaman. Untuk info
lanjut mengenainya anda boleh ke www.senihias.com.

Menjadi tukang masak komuniti

February 19, 2009 by admin  
Fail di bawah Nazli Kimin

Siapa yang nak ke restoran kalau makanan panas boleh datang sendiri ke rumah.

Siapa yang nak ke restoran kalau masakan panas boleh datang sendiri ke rumah.

Anda pandai memasak sesuatu resepi atau beberapa resepi yang sedap? Kalau tak pandai, anda mungkin boleh belajar sampai pandai. Tumpukan kepada beberapa set resepi yang khusus saja. Misalnya masakan berasaskan mi, atau berasaskan nasi dan sebagainya. Apa-apapun pastikan set-set yang anda pilih memang betul-betul berpotensi untuk meletup di pasaran.

Anda akan menjadi tukang masak kepada komuniti anda.

Idea bisnes kali ini sangat sesuai jika anda tinggal di kawasan berpenduduk padat dengan komuniti kelas menengah. Ini kerana komuniti kelas menengah kurang mempunyai masa untuk diri atau keluarga. Masa mereka lebih banyak digunakan untuk bekerja. Kalau ada orang nak “tolong” masak, mereka pasti suka.

Okay, mula-mula masaklah set-set makanan anda, hidangkan ia cantik-cantik dan ambil gambar. Kalau dapat gambar suami, anak anda atau anda sendiri sedang pelahap makanan tu lagi baik. Bila ada testimoni bergambar, keyakinan orang akan bertambah.

Apabila sudah ada gambar, binalah sebuah laman web/blog untuk display dan jual set makanan istimewa anda itu. Beritahu pengunjung bagaimana bersih dan suci murninya dapur masak anda. Tunjukkan juga betapa segarnya bahan-bahan mentah yang anda gunakan untuk memasak. Selitkan gambar anak dara anda yang cannn..tik  sedang membantu anda di dapur. Kemudian tetapkan cara pembungkusan, cara pesanan, cara penghantaran dan harga bagi setiap set hidangan dan beritahu pengunjung mengapa mereka mesti memesan makanan anda itu.

Cipta sebab atau trend supaya produk/makanan atau idea bisnes anda diperlukan oleh komuniti. Cari jalan supaya mereka merasa “dibantu” atau beruntung apabila membeli makanan dari anda. Tunjukkan apa yang tidak pernah mereka terfikir sebelum ini sehingga bisnes baru anda itu nampak seperti satu anugerah yang tak ternilai kepada mereka. Buat mereka merasa tidak sempurna hidup atau bersalah kepada diri mahupun keluarga jika mereka tidak meng’order’ sesuatu dari anda. Buatlah apa saja asalkan mengikut lunas etika dan undang-undang.

Untuk pesanan atau belian, caranya mestilah mudah dan ringkas. Tak perlu guna shopping cart bagai. Suruh mereka order melalui SMS saja. Tulis nama masakan, berapa bungkus atau berapa orang makan dan alamat. Cukup.

Untuk penghantaran, perkudakan siapa saja. Suami anda, anak anda, orang gaji anda atau anda sendiri pun boleh hantar. Sediakan slip harga sekali bagi memudahkan urusan dengan pelanggan ketika penghantaran dan pembayaran. Bayaran secara COD. Kalau Pizza Hut boleh buat kepada tidak anda?

Bagusnya model bisnes ini adalah, anda tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak dan risikonya juga rendah. Semua bahan keperluan masakan anda anda simpan di rumah sama seperti stok makanan biasa anda. Tidak ada istilah barang tak laku atau stok tak habis kerana anda tetap boleh masak untuk makan sendiri juga. Dan jika strategi bisnes anda menjadi, anda akan tahu set masakan yang lebih digemari dan anda boleh mengurus ’stok’ anda dengan lebih baik.

Di peringkat permulaan bisnes online anda ini mungkin perlu juga disokong dengan kaedah pemasaran konvensional, misalnya sebarkan brochure, poster atau minta kawan-kawan bawa mulut bila-bila ada sesi mengumpat. Yalah,  sekarang peratusan mereka yang mempunyai kemudahan internet di rumah belum meluas sangat.

Namun begitu kepentingan dan keberkesanan laman web anda akan meningkat dari sehari ke sehari sehingga sampai satu ketika bisnes anda akan bergantung hidup kepadanya.

nazli13

Nazli Kimin merupakan Admin/Editor KakiBisnes.com
Selain minat untuk berkongsi idea atau pengalaman di laman ini
beliau aktif juga dalam bidang hiasan dalaman. Untuk info
lanjut mengenainya anda boleh ke www.senihias.com.

Kemelesetan ekonomi - bala atau laba?

February 18, 2009 by admin  
Fail di bawah Nazli Kimin

lava

Muntahan lava membunuh apa saja di laluannya, namun sebaik sejuk ia menawarkan tanah yang sangat subur kepada tumbuhan baru.

Dunia sedang berada di ambang kemelesetan. Sehebat mana kemelesetan kali ini kita tidak tahu. Adakah ia baru bermula atau sudah hampir berakhir, juga kita tidak tahu. Di zaman di mana tidak ada orang sedia bercakap benar yang sebenar-benarnya, agak sukar untuk mengetahui apa yang  menunggu kita di hadapan sana. Namun jika pembayang dari pelbagai sumber boleh kita jadikan sandaran, maka kita harus merancang apa saja langkah yang wajar bagi mengukuhkan kedudukan ekonomi diri mahupun keluarga dalam ketidaktentuan sebegini.

Soalan pertama yang perlu kita tanya pada diri sendiri jika kita seorang pekerja adalah, adakah kita berdepan dengan sebarang risiko disingkirkan? Jika ada, apakah langkah persediaan yang kita ambil untuk menanganinya nanti? Jika kita yakin tidak akan disingkirkan, kita masih perlu bertanya, adakah kita akan memperolehi gaji penuh, kenaikan, bonus dan sebagainya? Jika ada kemungkinan di mana pendapatan kita akan berkurangan, tidak meningkat atau tidak ada sebarang ekstra, adakah ia boleh menjejaskan gaya hidup seharian yang telah kita kecapi selama ini? Jika boleh, bagaimana kita akan mengatasinya?

Jika kita seorang peniaga pula, soalan pertama yang harus kita tanya adalah adakah perniagaan kita mampu mempertahankan momentumnya di sepanjang tempoh kemelesetan? Jika boleh, tidak ada masalah. Jika tidak boleh, apakah pilihan yang kita ada supaya ia terus relevan dalam keadaan dan cabaran semasa? Apakah perubahan-perubahan yang perlu kita lakukan? Apakah strategi-strategi baru yang perlu kita laksanakan? Adakah kita mampu melakukannya? Jika tidak mampu, apakah pula pilihan lain yang kita ada?

Pada umumnya tidak ada siapa suka kepada kemelesetan ekonomi. Kita tidak suka sesuatu yang boleh menyebabkan kedudukan menjadi  sukar. Namun kemelesetan ekonomi tetap datang juga setiap kali masanya tiba. Jadi, jika kita boleh menerima kerancakan ekonomi, maka kita juga harus terima apabila ia meleset. Kita tidak ada pilihan. Ia umpama resmi siang dan malam, kita hanya perlu menyesuaikan diri dengan suasana yang terang dan suasana yang gelap.

Sebenarnya kemelesetan ekonomi bukanlah teruk sangat. Di sebalik presepsi buruk kita terhadap kemelesetan ekonomi, percayalah ia sebenarnya penuh dengan elemen-elemen yang menarik dan memberangsangkan. Manusia menjadi bertambah kreatif, berani dan berdaya saing apabila ia berlaku. Biasanya, perniagaan baru akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Namun, bagi perniagaan sedia ada yang tidak cukup daya tahan ia mungkin akan luput di telan kemelesetan.

nazli13

Nazli Kimin merupakan Admin/Editor KakiBisnes.com
Selain minat untuk berkongsi idea atau pengalaman di laman ini
beliau aktif juga dalam bidang hiasan dalaman. Untuk info
lanjut mengenainya anda boleh ke www.senihias.com.

Enjin sudah dicucuh

February 16, 2009 by admin  
Fail di bawah Nazli Kimin

Apabila sudah berjaya berlepas, langit tidak bersempadan

Selepas berjaya berlepas, langit tidak bersempadan

Kecenderungan Kakibisnes.com adalah dalam soal pembangunan usahawan. Usahawan Melayu. Inilah audien yang menjadi sasarannya. Orang Melayu dalam dunia perniagaan, ibarat remaja yang baru meningkat dewasa. Masih tercari-cari dalam mengenal bakat, kebolehan dan halatuju diri.

Belum berapa lama dulu, malah dalam dekad 80-an misalnya, majoriti orang Melayu masih kurang nampak bidang perniagaan sebagai satu pilihan ‘cari makan’ yang patut mereka pertimbangkan dengan serius. Mereka masih taksub dengan kerja makan gaji. Khususnya makan gaji dengan kerajaan.

Ibubapa yang tidak kerja tetap seakan kesal kerana tidak memiliki status itu, status bukan pekerja makan gaji. Akibatnya ramai di kalangan mereka menyekolahkan anak-anak dengan harapan agar anak-anak mereka menyambung cita-cita mereka yang tak tercapai; iaitu kerja makan gaji. Mereka mahu anak mereka jadi pegawai, jadi cikgu, jadi polis.

Bagaimanapun, perubahan paradigma atau mungkin juga satu revolusi, berlaku menjelang milenium baru . Orang Melayu mula melihat perniagaan sebagai satu bidang yang menarik, lumayan dan mereka bersedia untuk mencubanya. Hari ini orang Melayu sudah tidak malu berniaga. Samada kejayaan mereka dalam bidang berkenaan secara umumnya sudah boleh dibanggakan atau belum, itu kita ketepikan dulu. Yang penting, Melayu sudah tidak malu berniaga. Ia sebenarnya satu bentuk kejayaan juga.

Cabaran paling besar kepada generasi peniaga Melayu baru adalah kekurangan upaya dalam menghadapi cabaran dunia perniagaan mereka. Ini disebabkan mereka belum lagi cukup pengalaman. Akal niaga mereka masih belum matang. Belum cukup kuat. Belum cukup liat. Ramai yang mudah berasa kecewa, tertekan dan mengalah. Ini kerana keghairahan mereka lebih tertumpu kepada keuntungan, kelumayanan dan kebebasan. Mereka kurang melihat faktor-faktor asas di belakang semua manifestasi kejayaan tersebut, iaitu fokus, kerja keras dan berdaya tahan.

Apapun saya percaya generasi baru Melayu mampu menjadi kelompok masyarakat perniagaan yang berjaya. Dan saya juga percaya, kejayaan yang kita harapkan itu tidak akan mengambil masa lama. Jika generasi sebelum ini membuang hampir setengah abad hanya untuk menerima perniagaan sebagai satu bidang kerjaya yang wajar, generasi Melayu baru akan mengambil masa yang lebih singkat untuk membina kekuatan dalam bidang berkenaan.

Apabila enjin sudah dicucuh dan semakin panas, kita bolehlah bersedia untuk bergerak laju ke hadapan dan meneroka lebih jauh.

nazli13

Nazli Kimin merupakan Admin/Editor KakiBisnes.com
Selain minat untuk berkongsi idea atau pengalaman di laman ini
beliau aktif juga dalam bidang hiasan dalaman. Untuk info
lanjut mengenainya anda boleh ke www.senihias.com.

Mukasurat Berikutnya »