Peluang Perniagaan: Ejen Jualan Alas Seterika Ajaib

December 1, 2009 by admin  
Fail di bawah Agen Jualan Langsung, MLM, Dll

MENGAPA MENJADI EJEN ALAS SETERIKA AJAIB AMAT BERBALOI?

  • Kadar keuntungan yang tinggi. Dengan harga jualan dicadangkan RM36.00 anda mempunyai banyak fleksibiliti.
  • Stok diperolehi tanpa kos tambahan kerana penghantaran stok terus ke alamat anda melalui Pos Bungkusan - untung tinggi dapat dikekalkan.
  • Produk disukai ramai - pengalaman kami selepas menjual sejak beberapa tahun, tidak ada komplen dan tidak perlu after sales service.
  • Semua rumah ada seterika dan mereka semua nak kerja senang.
  • Produk mampu dimiliki semua.
  • Produk tahan digunakan untuk beberapa tahun, berbaloi kepada pengguna.
  • Kalau jual menggunakan teknik demo, kadar jualan boleh mencecah 100%.
  • Produk fleksibel dan sangat ringan - Mudah dibawa.
  • Senang jual online. Kos pos murah.
  • Tidak ada masalah tarikh luput atau produk tidak berkesan selepas disimpan lama.
  • Jika anda pengamal jualan langsung atau MLM, produk ini boleh menjadi “door opener”dan duit minyak. Kalau misi utama gagal, sekurang-kurangnya yang ini boleh jual untuk cover duit minyak.
  • Pembelian stok minima hanya 10 unit. Kadar lebih rendah mengikut bilangan pesanan.
  • Bayaran untuk pesanan menggunakan Maybank2u.

PENGENALAN PRODUK

Ukuran Alas Seterika Ajaib - AB = 36 inci, XY = 12 inci.

Ukuran Alas Seterika Ajaib - AB = 36 inci, XY = 12 inci.

Alas Seterika Ajaib merupakan produk yang amat memudahkan kerja-kerja menggosok pakaian. Ia dibuat dari formulasi istimewa busa tahan haba yang berfungsi membalikkan haba seterika yang dikenakan di sebelah atas pakaian semasa menggosok kembali ke bahagian bawah pakaian berkenaan.

Kekenyalan Alas Seterika Ajaib pula membolehkan tekanan yang dikenakan di sebelah atas pakaian kembali di sebelah bawahnya. Ini memberi kesan dua kali seterika dalam satu. Maknanya gosok di sebelah atas, di sebelah bawahnya pun seperti sudah digosok sama.

Sifat kenyal ini juga membolehkan kerja menggosok bahagian butang, manik atau batu di pakaian menjadi begitu mudah dan selamat.

Alas Seterika Ajaib Hantar2u.com adalah produk keluaran eksklusif kami sepenuhnya. Ia bukan produk pakai buang yang diimport dari China. Formulasi Alas seterika Ajaib kami berkualiti tinggi dan dalam keadaan penggunaan biasa mampu bertahan sehingga tiga tahun. Ia memang satu produk yang amat berbaloi untuk anda beli. Anda akan menggunakannya setiap hari dan berasa amat puashati. Kami telah menjual ribuan unit produk ini tanpa sebarang feed back negatif.

ALAS SETERIKA AJAIB Vs ALAS SETERIKA RM10

Alas Seterika Ajaib (biru) dua kali lebih tebal. Tiga kali lebih densiti.

Alas Seterika Ajaib kami (biru) dua kali lebih tebal. Tiga kali lebih densiti.

Alas Seterika Ajaib kami (biru) dilengkapi strapper yang lebih kukuh.

Alas Seterika Ajaib kami (biru) dilengkapi strapper yang lebih kukuh.

Alas Seterika RM10 (kuning) gelebeh, leceh dan mudah koyak.

Alas Seterika RM10 (kuning) gelebeh, leceh dan mudah koyak.

Alas Seterika Ajaib kami (biru) kemas dipasang, selesa digunakan dan tahan lama.

Alas Seterika Ajaib kami (biru) kemas dipasang, selesa digunakan dan tahan lama.

DEMONSTRASI PRODUK

Beginilah rupabentuk Alas Seterika Ajaib. Ringkas dan kemas. Panjangnya 36 inci dan lebar 12 inci. Menirus di satu bahagian mengikut bentuk @ saiz meja seterika yang paling popular di pasaran.

Beginilah rupabentuk Alas Seterika Ajaib. Ringkas dan kemas. Panjangnya 36 inci dan lebar 12 inci. Menirus di satu bahagian mengikut bentuk @ saiz meja seterika yang paling popular di pasaran.

Mudah dipasang terus ke meja seterika anda. Atau boleh juga dihamparkan begitu saja di atas lantai, meja atau apa saja permukaan yang sesuai dengan keperluan menggosok anda.

Mudah dipasang terus ke meja seterika anda. Atau boleh juga dihamparkan begitu saja di atas lantai, meja atau apa saja permukaan yang sesuai dengan keperluan menggosok anda.

Biasanya anda tidak tahu jika seterika anda rosak sehinggalah ia merosakkan pakaian anda. Namun Alas Seterika Ajaib boleh membantu. Pasang seterika dan letakkan di atas Alas Seterika Ajaib untuk beberapa ketika. Jika ia berasap atau melekat, itu tandanya thermostat seterika anda telah rosak. Jika seterika anda boleh merosakkan Alas Seterika Ajaib, ia juga boleh merosakkan pakaian anda.

Biasanya anda tidak tahu jika seterika anda rosak sehinggalah ia merosakkan pakaian anda. Namun Alas Seterika Ajaib boleh membantu. Pasang seterika dan letakkan di atas Alas Seterika Ajaib untuk beberapa ketika. Jika ia berasap atau melekat, itu tandanya thermostat seterika anda telah rosak. Jika seterika anda boleh merosakkan Alas Seterika Ajaib, ia juga boleh merosakkan pakaian anda.

Fabrik sutera amat cantik dan selesa. Tetapi malangnya ia agak sukar digosok. Alas Seterika Ajaib bagaikan direka khusus untuk menggosok sutera. Sebagaimana pakaian lain, anda cuma perlu menggosok sebelah bahagian untuk mendapat kemasan dan perapian di kedua-dua belah pakaian sutera anda.

Fabrik sutera amat cantik dan selesa. Tetapi malangnya ia agak sukar digosok. Alas Seterika Ajaib bagaikan direka khusus untuk menggosok sutera. Sebagaimana pakaian lain, anda cuma perlu menggosok sebelah bahagian untuk mendapat kemasan dan perapian di kedua-dua belah pakaian sutera anda.

Lihatlah bagaimana kemasnya bahagian bawah lengan baju kurung sutera ini walaupun hanya bahagian atas sahaja yang telah digosok.

Lihatlah bagaimana kemasnya bahagian bawah lengan baju kurung sutera ini walaupun hanya bahagian atas sahaja yang telah digosok.

Ini pula contoh bahagian kolar kemeja yang belum digosok...

Ini pula contoh bahagian kolar kemeja yang belum digosok...

Gosok di bahagian atas sahaja...

Gosok di bahagian atas sahaja...

Dan presto! Sebelah bawah kolar juga terus kemas dan rapi.

Dan presto! Sebelah bawah kolar juga terus kemas dan rapi.

Lihat bagaimana ia berkesan di bahagian badan kemeja pula.

Lihat bagaimana ia berkesan di bahagian badan kemeja pula.

Kemaskan kemeja, gosok seperti biasa...

Kemaskan kemeja, gosok seperti biasa...

Dan lihat di sebelah belakang! Tidak perlu gosok berulang kali depan dan belakang.

Dan lihat di sebelah belakang! Tidak perlu gosok berulang kali depan dan belakang.

Lihat pula bagaimana menggosok bahagian butang menjadi mudah dan selamat dengan Alas Seterika Ajaib..

Lihat pula bagaimana menggosok bahagian butang menjadi mudah dan selamat dengan Alas Seterika Ajaib..

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah gosok di bahagian sebelah belakang butang...

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah gosok di bahagian sebelah belakang butang...

Dan hasilnya gosokan yang kemas dan rapi, butang juga tidak rosak. Anda boleh melakukan cara yang sama untuk menggosok bahagian batu, manik atau zip.

Dan hasilnya gosokan yang kemas dan rapi, butang juga tidak rosak. Anda boleh melakukan cara yang sama untuk menggosok bahagian batu, manik atau zip.

Alas Seterika Ajaib juga membuat fabrik anda melekap ke permukaannya. Oleh itu masalah pakaian anda asyik mengelungsur jatuh dari papan seterika ketika menggosok tidak lagi timbul. Anda dapat menggosok dengan senang, cepat dan hati pun rasa tenteram.

Alas Seterika Ajaib juga membuat fabrik anda melekap ke permukaannya. Oleh itu masalah pakaian anda asyik mengelungsur jatuh dari papan seterika ketika menggosok tidak lagi timbul. Anda dapat menggosok dengan senang, cepat dan hati pun rasa tenteram.

SEKALI LAGI - MENGAPA MENJADI EJEN ALAS SETERIKA AJAIB AMAT BERBALOI?

  • Kadar keuntungan yang tinggi. Dengan harga jualan dicadangkan RM36.00 anda mempunyai banyak fleksibiliti.
  • Stok diperolehi tanpa kos tambahan kerana penghantaran stok terus ke alamat anda melalui Pos Bungkusan - untung tinggi dapat dikekalkan.
  • Produk disukai ramai - pengalaman kami selepas menjual sejak beberapa tahun, tidak ada komplen dan tidak perlu after sales service.
  • Semua rumah ada seterika dan mereka semua nak kerja senang.
  • Produk mampu dimiliki semua.
  • Produk tahan digunakan untuk beberapa tahun, berbaloi kepada pengguna.
  • Kalau jual menggunakan teknik demo, kadar jualan boleh mencecah 100%.
  • Produk fleksibel dan sangat ringan - Mudah dibawa.
  • Senang jual online. Kos pos murah.
  • Tidak ada masalah tarikh luput atau produk tidak berkesan selepas disimpan lama.
  • Jika anda pengamal jualan langsung atau MLM, produk ini boleh menjadi “door opener”dan duit minyak. Kalau misi utama gagal, sekurang-kurangnya yang ini boleh jual untuk cover duit minyak.
  • Pembelian stok minima hanya 10 unit. Kadar lebih rendah mengikut bilangan pesanan.
  • Bayaran untuk pesanan menggunakan Maybank2u.

APA TUNGGU LAGI! SMS 019-371 3670 SEKARANG! (Tulis: Nak jadi ejen alas)

Amassurance cari ejen wanita

June 10, 2009 by admin  
Fail di bawah Agen Jualan Langsung, MLM, Dll

amAMASSURANCE Bhd semalam melancarkan inisiatif tanggungjawab korporat sosialnya (CSR) bertemakan What Women Want, iaitu kempen pengambilan ejen insurans khusus bagi wanita.

Ketua Eksekutifnya, Ng Lian Lu, berkata What Women Want adalah kempen pengambilan 1,500 wanita terpilih yang akan dilatih menjadi pakar dalam bidang kewangan menerusi latihan AmAssurance dikenali sebagai AmAcademy.

Katanya, AmAcademy adalah pusat latihan, pendidikan dan perkembangan yang dijenamakan semula untuk memberi latihan bagi pengambilan baru dan ejen sedia ada menerusi lima fakulti utama iaitu jualan, teknikal, perkembangan peribadi dan agensi serta kepemimpinan.

“Selain memberi peluang pekerjaan, saya percaya dengan penyerapan tambahan 1,500 ejen insurans kepada 3,500 ejen sedia ada, ia akan melancarkan lagi sasaran kami untuk mencapai sekurang-kurangnya 10 peratus pertumbuhan premium dalam tahun kewangan semasa berakhir 31 Mac 2010,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen What Women Want oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun di Kuala Lumpur, semalam.

Ng berkata, pengambilan 1,500 ejen insurans akan dijalankan menerusi anak syarikat insurans hayat, AmLife Insurance Bhd, menerusi pameran bergerak di seluruh Malaysia.

Katanya, pameran akan diadakan mulai Julai hingga November 2009, bermula di Kuching pada 4 Julai, Johor Bharu (1 Ogos), Georgetown (29 Ogos), Petaling Jaya (31 Oktobe) dan Kota Bharu (7 November).

“Sesiapa berminat boleh mendaftar melalui portal e-daftar di www.amassurance.com.my, tiga minggu sebelum tarikh temu duga,” katanya.

sambil menambah peserta yang berjaya menamatkan kursus dua tahun akan diberi diploma dalam perkhidmatan kewangan.

Sementara itu, Chew menggesa golongan wanita terutama Bumiputera merebut peluang menyertai kempen berkenaan.

Katanya, kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan 80 peratus menerusi dana latihan Bumiputera kepada wanita Bumiputera berjaya mengikuti kursus berkenaan.

“Ini bermakna mereka hanya perlu bayar RM2,000 untuk mendapatkan diploma selama dua tahun itu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Chew berkata sejumlah 33,809 kakitangan daripada 1,122 syarikat telah diberhenti kerja, manakala 7,602 daripada 202 syarikat lagi meninggalkan pekerjaan di bawah skim pemberhentian sukarela (VSS) bagi tempoh Oktober 2008 hingga pertengahan Mac 2009.

Katanya, berdasarkan perangkaan Persekutuan Majikan Malaysia, jumlah pengangguran dijangka meningkat kepada 200,000 tahun ini, lebih tinggi berbanding 85,000 pengangguran semasa krisis kewangan Asia pada 1998.

Beliau berkata, kebanyakan pekerja yang diberhentikan adalah wanita, yang hanya merangkumi 35 peratus jumlah tenaga kerja Malaysia.

“Justeru, kempen What Women Want ini amat dialu-alukan terutama dalam keperitan mengharungi kemelesetan ekonomi pada masa ini.

“Saya berharap, lebih banyak inisiatif seperti ini akan diperkenalkan syarikat lain pada masa akan datang” katanya.

Berita Harian

Irfan Khairi di radio

June 8, 2009 by admin  
Fail di bawah Motivasi

Petikan perbualan di bawah adalah di antara Irfan Khairi dengan Nizal di radio sebagaimana disumbangkan secara berperingkat melalui ruangan komen oleh Marhakim Tadlid.

N- assalamualaikum

I- waalaikumussalam nizal, nizal apa kabar?

N- alhamdulillah. kabar bail. untuk pengetahuan anda mulai minggu ini anda akan bersama dengan irfan khairi. Jutawan internet kita untuk mendengar satu program baru yang dinamakan ‘jutawan’. Boleh ceritakan sedikit apa sebenarnya program ‘jutawan’ ni?

I- Ok. terimakasih Nizal. Program ini adalah program berbentuk motivasi bicarawara di mana saya akan bersama jutawan-utawan dan ikon-ikon jutawan tempatan sama ada dari bidang perniagaan, bidang hiburan atau bidang koperat dan kita akan berkongsi maklumat cara-cara meniti kejayaan.

N- Jadi boleh ceritakan mengapakah perlunya cerita-cerita ini dikongsikan dengan orang ramai?

I- Keperluan manusia ini ada beberapa peringkat, pada asasnya kalau kita ikutkan keperluan daripada teori Abraham Maslow, manusia mempunyai keperluan daripada awal (tapak piramid) adalah keperluan asas seperti makanan,minuman,tempat tinggal dan sebagainya.

Apabila keperluan itu telah dipenuhi,keperluan manusia akan naik ke keperluan lain, dan mengikut peringkatnya perlu keperluan yang dibawah dipenuhi dahulu baru akan naik ke peringkat atasnya.

Untuk naik ke setiap peringkat, kita perlukan inspirasi, dan motivasi untuk mencapai kejayaan peringkat-peringkat seterusnya. Jadi melalui program Jutawan bersama saya, Iran Khairi, kita akan berkongsi kisah-kisah kejayaan untuk memberikan sumber inspirasi serta strategi kepada pendengar bagaimana seseorang itu daripada zero boleh menjadi hero dan bagaimana seseorang itu daripada tidak memiliki apa-apa,boleh menjadi seorang jutawan.

Itu yang kita akan kongsikan bersama nanti di program jutawan ini.

N- Dimana ilhamnya datang untuk mencetuskan satuprogram sebegini dan untuk disiarkan melalui radio?

I- Ilhamnya datang daripada blog saya, iaitu http://www.IrfanKhairi.com, disitu ramai pelawat yang bertanyakan tentang rahsia-rahsia kejayaan. Apa yang saya fikir, melalui radio kita dapat menciptakan satu platform di mana kita boleh menjemput mereka yang berjaya, jutawan2 Malaysia utnuk berkongsi maklumat ini.

Ramai jutawan yang telah meniti jalan dan melalui kesukaran untuk mencapai kejayaan yang dicapai kini dan mereka ingin kongsikan pengalaman mereka kepada orang ramai.

Sebabnya Nizal, nak capai kejayaan dan nak mencapai status jutawan bukanya perkara mudah. Ia adalah sesuatu yang susah dengan melalui satu proses yang rumit untuk mencapainya. Ramai yang salah anggap, ingatkan boleh capai ‘overnight success’ atau pejam celik terus kaya.

Tapi saya boleh jamin semua tamu2 jutawan dan ikon2 jutawan yang akan datang ke program kita nanti akan menceritakan bahawa perlunya usaha yang keras dan ‘it requires hard work and long hours’ untuk mencapai apa yang mereka dapat sekarang ini.

Di sini saya ingatkan tiada jalan pintas untuk berjaya. No short cut! Namun begitu, masih ramai yang sering terjerumus dalam skim2 cepat kaya di Malaysia. Semuanya kerana terkabur mata akibat inginkan wang yang banyak dalam waktu yang singkat. Iannya tidak akan terjadi.

N - Jadi, its not that easy macam kata orang putih ye…?

I- Yes, its not that easy. Berbahasa orang putih pula kita ya? :)

N- Tapi kalau bukan senang, ini mungkin akan menyebabkan ramai dikalangan masyarakat kita akan merasakan bahawa kalau bukan senang, tak ramai orang yang mampu.

I - Itu yang sebenarnya, kalau diikutkan dengan research yang dilakukan. Daripada 100 orang mungkin 1 atau 2 sahaja yang mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang kewangan, jadi memang perkara ini tidak senang tapi kalau kita nak mengharapkan perkara yang senang sahaja, sudah pasti perkara yang senang adalah sesuatu yang tidak berbaloi. Sesuatu yang susah itu yang akan membuatkan pulangan yang kita itu berbaloi.

Sekiranya kita dapat mencapai kenikmatan kebebasan kewangan, di situ ada berbagai-bagai perkara yang kita boleh dapat, bukan hanya kita akan dapat wang ringgit untuk membeli harata, kita juga dapat lebih banyak masa untuk kita luangkan dengan keluarga dan dengan kekayaan ini juga kita dapat kongsikan bersama.

Hadis ada juga mengatakan bahawa harta kekayaan ini tidak akan kurang sekiranya kita banyak memberi. Setelah kita meninggal nanti, apa yang dapat kita tinggalkan adalah ilmu pengetahuan, anak yang soleh dan amalan.

Melalui program bicawara Jutawan ini, usahawan-usahawan kita yang sudah berjaya dapat menyampaikan ilmu yang berguna untuk manfaat ramai. Bagi saya, ia adalah usaha yang murni.

Menjadi seorang jutawan juga adalah pilihan. Ada yang mahu menjadi jutawan dan ada juga yang tidak mahu menjadi jutawan. Itu terpulang pada pilihan masing-masing. Tetapi janganlah sampai miskin atau papa kedana, sekurang-kurangnya sekiranya kita mempunyai wang ringgit, kita dapat menampung kos diri kita dan keluarga kita.

“Kalau kita nak mengharapkan perkara yang senang sahaja, sudah pasti perkara yang senang adalah adalah sesuatau yang tidak berbaloi” - Irfan kahairi.

Saya juga sering katakan, sekurang-kurangnya biarlah matlamat kita untuk menjadi financially free Atau kewangan mandiri.

Boleh ibaratkan ianya seperti kalau ada seorang anak kecil yang dilahirkan di dalam sebuah bilik dimana biliknya itu tidak berkunci, dia boleh keluar dari bilik tersebut tatapi apabila dia semakin membesar dan menjadi seorang kanak-kanak, dia tetap tidak keluar dari bilik trsebut. Malah sehingga usia remaja, dewasa dan seterusnya sampai usia tua tetapi dia masih tidak keluar dari bilik tersebut. Sehingga ajal tiba pun dia masih di dalam bilik itu, padahal bilik tersebut tidak berkunci.

Tetapi ianya terpulang kepada individu masing-masing katakan anak kecil itu setelah berumur sepuluh tahun dia membuka pintu itu, dan setelah dia buka pintu tersebut, rupa-rupanya dia berada di dalam sebuah perpustakaan di mana terdapat banyak ilmu-ilmu yang terdapat di situ dan tambahan pula di perpustakaan tersebut terdapat ramai professor-professor yang ingin mendidik, mengajar dan membantunya untuk menjadi seorang yang berjaya.

Jadi, ianya adalah merupakan satu langkah samada untuk membuka pintu ke gedung ilmu ini untuk mencapai kejayaan atau tidak. Semua orang boleh membuka pintu itu tapi, ianya adalah pilihan masing2.

N - Ertinya adalah kita yang perlu menentukan dan memilih samada kita mahu teruskan ataupun tidak, itu terpulang kepada individu masing-masinglah ya?

I - Ya. Ianya adalah terpulang kepada individu masing2. Kita perlu menetapkan keputusan dalam hal ini. Seseorang itu akan berjaya sekiranya dia membuat keputusan untuk berjaya dan baru dia akan nampak dan fokus kepada satu matlamat yang ditetapkan itu.

Saya berada di studio bersama Nizal ketika ini juga adalah pilihan saya hari ini, mungkin daripada hasil perjalanan yang telah saya pilih 10 tahun lepas.

Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini. Begitu juga, keadaan kita hari ini. Ianya adalah hasil daripada pilihan dan keputusan yang mungkin kita lakukan satu tahun lepas, lima tahun lepas atau sepuluh tahun yang lepas.

“Apa yang kita capai tahun depan atau lima tahun akan datang atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini.” - Irfan kahairi.

Graduan wajar teroka industri tani

May 27, 2009 by admin  
Fail di bawah Berita

ALOR SETAR- Graduan di negeri ini disarankan supaya lebih berdaya maju bagi menerokai industri tani dalam usaha meningkatkan ekonomi menerusi penambahbaikkan produk hasil tani.

radhiPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri, Mohammad Radzhi Salleh berkata, memandangkan masih ramai graduan tidak mempunyai pekerjaan, adalah lebih baik sekiranya golongan itu memberi tumpuan pada sektor pertanian.

Menurutnya, sektor pertanian sangat penting kerana ia juga menjadi sumber pendapatan utama rakyat Kedah.

“Saya amat menggalakkan graduan supaya memajukan bumi Kedah dalam bidang pertanian. Ini kerana permintaan dari luar negara terhadap produk industri tani adalah sangat tinggi, tetapi kita tidak mampu memenuhi permintaan itu kerana masih menggunakan kaedah pertanian yang belum cukup maju,” katanya.

Mohammad Radzhi berkata, graduan negeri ini juga perlu mengubah sikap, minda dan persepsi mereka terhadap industri pertanian.

Menurutnya, graduan kini lebih bijak dan mampu menggunakan ilmu dan kepandaian mereka untuk mencorakkan pertanian moden sekali gus bagi memenuhi permintaan pasaran negara dan antarabangsa.

“Malah, pengeluaran padi dari negara ini juga kurang diterima di peringkat antarabangsa kerana ia kurang berkualiti, berbanding padi keluaran India, Pakistan dan Sri Lanka yang menjadi pilihan dan mendapat permintaan tinggi. Saya berharap supaya graduan dapat mengambil peluang ini untuk meneroka pertanian yang lebih moden kerana ia dapat memenuhi permintaan pasaran.

“Jangan hanya mengharapkan kerja makan gaji, sebaliknya wujudkan peluang pekerjaan untuk orang lain sekali gus dapat mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan graduan di negara ini,” katanya.

Menurutnya, pusat latihan kemahiran juga diminta memberi lebih banyak peluang kepada graduan dan pencari kerja dengan menyediakan pelbagai kursus dan kemahiran yang berkaitan.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Alor Setar, bahawa Kedah merupakan negeri kedua tertinggi penganggur, beliau berkata, kekeliruan mungkin timbul kerana pekerja sambilan atau persendirian tetap mendaftar di jabatan itu.

“Tinjauan mendapati ramai pekerja sambilan dan bekerja sendiri mendaftar dengan JTK untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih terjamin, dan ini menyukarkan pihak kami untuk merekodkan jumlah penganggur yang sebenar,” katanya.

7 tahun jadi pembekal kuih

May 27, 2009 by admin  
Fail di bawah Pembuatan Makanan

rahimahPengalaman selama 22 tahun mengusahakan kuih tradisional membolehkan dia menjadi pembekal kuih ke pusat peranginan terkenal di sini sejak tujuh tahun lalu.

Rahimah Ismail, 56, yang mengusahakan kuih tradisional bersama menantunya Wan Razlina Wan Razi, 30, kini giat membekalkan pelbagai jenis kuih untuk Sudara Beach Resort di sini sebagai pendapatan sampingan.

Menurutnya, sebelum ini dia hanya mengusahakan kuih tradisional berkenaan secara kecil-kecilan, bagaimanapun setelah diberi bantuan dan peruntukan sebanyak RM10,000 dia dapat mengusahakan kuih-muih berkenaan dalam bentuk yang lebih komersial.

“Peruntukan berbentuk kelengkapan untuk memproses kuih yang diberi Jabatan Pertanian membolehkan saya menjalankan kerja pembuatan dengan lebih sempurna dan cepat lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pembuatan kuih sudah sebati dalam dirinya kerana ia merupakan pekerjaan kedua selain mengusahakan tanaman tembakau bersama suami.

“Sehari pernah buat antara 100 hingga 2,000 biji kuih bergantung kepada permintaan pelanggan ke pusat peranginan berkenaan, tetapi ia tidaklah sukar kerana kerja berkenaan telah menjadi kebiasaan saya,” katanya.

Sementara itu, menurut ibu kepada sembilan orang anak itu lagi, antara kuih yang dihasilkan termasuk seri ayu, karipap, sagu, roti goreng, dan apam balik.

Sinar Harian

Siti ceburi perniagaan

May 26, 2009 by admin  
Fail di bawah Berita

HUKUM alam menyatakan selepas hujan, pepohon kembali segar dan segaris pelangi indah muncul menghiasi langit. Seandainya itu boleh dijadikan perumpamaan, itulah gambaran tepat terhadap kehidupan seorang anak seni bernama Datuk Siti Nurhaliza.

Terluka dengan pelbagai cerita kurang manis yang menimpa rumah tangganya ditambah kehilangan insan tersayang yang dipanggil bapa pernah membuatkan penyanyi ini berendam air mata. Namun, ketabahan dan kecekalan yang diperoleh selepas lebih sedekad bergelar penghibur membuatkan Siti menjadi semakin kuat untuk menempuh kehidupan yang fana ini.

Datuk Siti Nurhaliza gigih meluaskan empayar perniagaan bersama suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa

Datuk Siti Nurhaliza gigih meluaskan empayar perniagaan bersama suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa

Puas berduka, kini Siti sudah mampu tersenyum lebar. Satu demi satu doanya dimakbulkan Tuhan. Apa yang selama ini dihajati, semakin menjadi kenyataan. Bermula dengan merangkul pelbagai anugerah dan sekali gus mempertahankan gelaran yang dipegangnya sekian lama, Siti kini sedang melalui fasa baru dalam kehidupannya.

Selepas lebih sedekad membina empayar dalam liga seninya yang tersendiri, Siti kini sudah bersedia untuk menceburi bidang perniagaan yang di luar bidang hiburan. Kali ini beliau bakal mengeluarkan produk kecantikannya sendiri.

Dalam nada teruja, Siti memberitahu projek yang dijalankan secara bersama suami tercinta serta seorang rakan kongsi bakal berada di pasaran selepas segala urusan mengenainya dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Siti akan mengeluarkan dua jenis produk iaitu kosmetik dan produk penjagaan kulit. Buat masa ini, proses penyelidikan dan pembangunannya masih dalam peringkat 60 peratus. Insya-Allah, kalau tak hujung tahun ini, produk ini akan menemui khalayak sekitar awal tahun depan,” katanya dalam majlis sidang media Konsert Eksklusif Satu yang diadakan di Istana Budaya, petang Selasa lalu.

Berita Harian

Senang pinjam bank? Apa?

May 26, 2009 by admin  
Fail di bawah Berita

Md. Nor Yusof (tengah) mencuba kamera sambil diperhatikan Shukri Hussin (kanan) dan Nazir Razak pada majlis pelancaran pertandingan fotografi MYCAUSE di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA

Md. Nor Yusof (tengah) mencuba kamera sambil diperhatikan Shukri Hussin (kanan) dan Nazir Razak pada majlis pelancaran pertandingan fotografi MYCAUSE di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA

KUALA LUMPUR 25 Mei - Tanggapan kononnya syarikat-syarikat tempatan semakin sukar mendapatkan pembiayaan daripada institusi perbankan dan kewangan tempatan ekoran ketidaktentuan ekonomi adalah dakwaan yang tidak berasas.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Razak berkata, ini kerana Bank Dunia dalam laporannya baru-baru ini meletakkan Malaysia sebagai nombor satu dalam akses kemudahan pinjaman.

”Dalam aspek tarikan pelaburan, Malaysia menduduki tempat ke-19 tetapi dalam akses pinjaman negara adalah yang paling utama (nombor satu).

”Justeru, saya pun tidak tahu bagaimana isu mengenai permasalahan pinjaman ini timbul sedangkan pembiayaan itu adalah perniagaan bank,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran pertandingan fotografi MYCAUSE anjuran Yayasan CIMB di sini hari ini.

Beliau tidak menafikan institusi perbankan dan kewangan perlu membuat penilaian semula permohonan pinjaman disebabkan perubahan dalam persekitaran dan prospek syarikat ekoran krisis ekonomi.

Bagaimanapun, jelas beliau, dalam aspek sifat bank terhadap pemberian pinjaman, Malaysia adalah terbaik, tambah beliau.

Beliau berkata, kini institusi perbankan juga semakin teruja untuk menjayakan skim jaminan yang diwujudkan oleh kerajaan untuk industri kecil dan sederhana.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, Nazir berkata, sistem perbankan di Malaysia menyediakan pelbagai kemudahan pemudah cara.

”Mana-mana peminjam yang tidak berpuas hati, mereka boleh pergi mendapatkan pinjaman dari bank-bank lain kerana setiap bank mempunyai pandangan berbeza,” menurutnya.

Utusan Malaysia

Superbest Power cari rakan

May 26, 2009 by admin  
Fail di bawah Berita

SUPERBEST Power (M) Sdn Bhd, pengeluar produk kopi pracampuran jenama Superbest Power, menjemput orang ramai menjadi rakan niaga paling ideal dalam usaha melahirkan ramai usahawan muda.

Pengarah Urusannya, Kamal Mohd Nor, berkata Superbest Power memerlukan 120 rakan niaga ideal bagi melengkapkan jaringan mantap pengedaran kopi pracampuran dan teh ais limau yang dicampur herba dan misai kucing.

“Sehingga kini kami memiliki 40 rakan niaga dan masih memerlukan lebih ramai pengedar. Bagi yang berminat, mereka perlu mempunyai modal pusingan RM10,000 di mana kami membekalkan produk, menyediakan kursus jangka pendek perniagaan dan sistem jualan bagi memudahkan pengurusan.

“Setiap rakan niaga juga diberi kemudahan kredit dengan nilai sama. Mereka diberi polisi insurans peribadi bernilai RM50,000 setahun dan jika memperkenalkan orang lain menjadi rakan niaga, orang terbabit memperoleh polisi yang sama,” katanya di pejabatnya di Damansara Damai, Selangor.

Kamal berkata, menerusi sistem yang dibekalkan, rakan niaga terbabit perlu mengisi segala maklumat mengenai jenis produk, jumlah penghantaran, masa, kawasan pengedaran, nama restoran dan gerai makan, ia sekali gus melicinkan operasi mereka.

“Pada masa sama, kami mengawasi rakan niaga terbabit jika menghadapi masalah, termasuk penambahan stok,” katanya.

Menurutnya, syarikat milik penuh Bumiputera itu sebelum ini terkenal di pasaran tempatan menerusi produk minuman kegemaran ramai iaitu kopi pracampuran dan teh ais limau mendapatkan pengiktirafan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Malah, Mara bersedia memberi kerjasama dan nasihat sepenuhnya terhadap kursus berkenaan,” katanya.

Kamal berkata, orang ramai dan pengedar tidak perlu ragu-ragu dengan kopi pracampuran Superbest kerana ia dilindungi polisi insurans bernilai RM1 juta oleh syarikat insurans Tokio Marine.

Menurut Kamal, Superbest Power bercadang meluaskan empayar perniagaannya ke luar negara tahun ini dengan tumpuan utama Shanghai di China dan India.

“Namun ia masih di peringkat perbincangan tetapi kami komited menceburi pasaran luar negara selepas melihat potensi perniagaan yang ada di sana khususnya Shanghai dan India.

Harian Metro

Perencah kerabu laris

May 26, 2009 by admin  
Fail di bawah Berita

G-TRA Manufacturing Sdn Bhd, pengeluar produk makanan mensasar produk terbaru keluaran syarikat itu, iaitu perencah kerabu dijual sehingga mencecah 20,000 botol sebulan di pasaran tempatan bermula bulan ini.

Unjuran itu adalah empat kali ganda daripada 5,000 botol yang disasarkan ketika awal pelancaran produk itu kira-kira dua bulan lalu berdasarkan sambutan mengggalakkan terutama ketika menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2009 (Mihas) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Norazzah Ibrahim, berkata penyertaan syarikat itu pada Mihas 2009 berjaya membuka peluang mengembangkan perniagaan ke pasaran yang lebih luas termasuk antarabangsa.

Menurutnya, ramai peserta dan pengunjung yang hadir pada pameran itu menunjukkan minat mengetahui lebih dekat produk yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Katanya, terdapat juga beberapa pihak menunjukkan minat membawa produk itu bagi menembusi pasaran antarabangsa termasuk negara jiran Indonesia, Brunei dan Thailand.

Menurutnya, walaupun baru dilancarkan, produk perencah kerabu dengan dua perisa itu iaitu pedas dan asli itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna terutama di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Sebelum ini, syarikat itu mengeluarkan produk sambal belacan yang dibotolkan dalam perasa semula jadi dan udang, turut mendapat sambutan luar jangkaan.

“Kami melaksanakan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) intensif bagi memastikan produk ini tanpa bahan kimia serta pengawet yang dikeluarkan syarikat mengikut piawaian dan tahap kualiti tinggi.

“Syarikat juga sentiasa mendapat khidmat nasihat daripada agensi kerajaan seperti Mardi untuk memastikan produk yang dihasilkan memenuhi kehendak dan cita rasa pengguna,” kata Norazzah di pejabatnya di Jitra, Kedah.

Menurutnya, proses menghasilkan perencah kerabu itu memerlukan penelitian bagi mengekalkan keaslian dan adunan asli untuk memastikan bahan itu tahan lama sehingga tarikh tamat tempoh.

Harian Metro

Tiga tahun tunggu bayaran

May 22, 2009 by admin  
Fail di bawah Pelbagai

SAYA ialah seorang peniaga bumiputera yang baru menjalankan perniagaan dan mengambil tender atau kontrak agensi kerajaan. Izinkan saya meluahkan perasaan sebagai mewakili pihak peniaga-peniaga kecil bumiputra.

Dua tahun lepas syarikat saya telah menjalankan perniagaan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) yang kini dimansuhkan.

Pada mulanya, pegawai yang berurusan dengan saya amat baik, peramah dan berbudi bahasa. Setelah bersetuju dengan harga yang saya tawarkan kepada MeCD, pihak saya telah membekalkan perkhidmatan videography dan photography untuk tempoh dua hari satu malam.

Segala persediaan dan kelengkapan telah dihantar ke lokasi program. Segala prosedur yang ditetapkan oleh MeCD telah saya turut dan saya penuhi.

Pada hari terakhir program saya telah menyerahkan surat penghantaran dan invoice kepada pegawai MeCD untuk ditandatangani dan diambil tindakan.

Beberapa hari selepas itu, saya menghubungi pegawai tersebut untuk membuat tuntutan pembayaran berdasarkan invoice yang telah diberi kepada pegawai MeCD berkenaan.

Apabila saya bertanyakan tentang pembayaran (LOU) dari MeCD, pegawai berkenaan meminta tempoh beberapa hari lagi untuk pemprosesan (LOU) .

Setelah saya menunggu dalam tempoh beberapa hari, pegawai yang dihubungi telah berdolak-dalik dan meminta saya menghubungi pegawai yang lain untuk tujuan berkenaan.

Sehinggalah masalah saya ini berlanjutan selama hampir tiga tahun dan tiada jalan penyelesaian.

Saya berasa amat kecewa dengan sikap pegawai kerajaan yang suka mengambil mudah atau acuh tidak acuh dengan apa yang dilakukan serta tidak ikhlas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Saya juga berasa amat marah dan terkilan apabila diperlakukan seperti bola yang bergolek mengikut rentak permainan pegawai MeCD.

Saya berharap agar masalah saya ini dapat diberi perhatian oleh pihak kerajaan supaya saya dapat berniaga dengan lebih baik dan lancar.

Semoga dengan apa yang saya luahkan ini dapat membantu para peniaga kecil bumiputera yang baru bertapak dan sedang meningkat naik.

Diharap kerajaan dapat memberikan perhatian dan bantuan kepada saya dan rakan-rakan dalam menyelesaikan kemelut ‘birokrasi’ ini demi kemajuan negara tercinta.

MANGSA KEADAAN

Cheras, Selangor

Mukasurat Berikutnya »