Sekilas pandangan: Blue Ocean Strategy

August 5, 2009 by nizam.zainuddin  
Fail di bawah Nizam Zainuddin

Semalam saya bersama keluarga menziarahi rumah mentua saya di Putrajaya menyambut hari jadi ibu mentua. Setelah bersalaman saya mengambil peluang membaca beberapa naskah suratkhabar. Menjelang zuhur saya naik ke tingkat 2 rumah untuk mengerjakan solat zuhur. Memang selalunya saya akan bersolat di bilik adik ipar saya (Adam). Wah, saya terperasan ada benda baru di dalam biliknya. Sebuah gitar comel berwarna sunburst dan set dram mini. Semuanya berlabel “guitar hero”. Hmm..saya membelek-belek gitar yang tanpa tali tetapi ada butang-butang berwarna biru, kuning, hijau, merah dan oren. Warna-warna yang sama di atas pad dram mini juga.

Saya berasa teruja juga melihat set-set muzik ni. Geram pun ada. Dunia jamming dah lama saya tinggalkan sejak tahun akhir di universiti dulu. Selalunya sessi jamming dijadikan sessi melepaskan tension dan aktiviti mengeluarkan peluh. Berdetik di dalam hati, takpe lah. Nanti-nanti kalau Adam bawak turun boleh la saya mencuba. Ada jugak students saya yang bersembang-sembang sesama mereka tentang game “Guitar Hero” ni.

Tepat seperti jangkaan saya, Adam membawa turun set-set gitar dan dram. Mula-mula anak-anak saya bermain dengan bantuan Adam. Setelah lebih kurang 15 minit, mereka agaknya kebosanan… lagu apa ni? (sebenarnya lagu Beat It). Lalu mereka pun pergi bermain di tempat lain. Saya yang berada di meja makan meninggalkan kertas-kertas exam yang saya marking. Saya duduk di sofa dan mengambil peluang bermain dram di sebelah isteri yang bermain gitar.

Berpeluh-peluh jugak bermain dram ni, macam betul-betul jamming pun ada. Terasa macam anda betul-betul bermain dram dan bermain gitar.  Sebab fizikal dan mental bergerak serentak. Mata melihat skrin, tangan dan kaki mengikut rentak muzik. Habis lebih kurang 3 lagu kami berdua main sambil diperhatikan oleh adik ipar dan suaminya.

Hmmm.. Apa kena mengena cerita saya bermain Nintendo Wii Guitar Hero dengan tajuk Blue Ocean Strategy (BOS) di atas? Baiklah cuba anda berfikir sejenak… Semasa zaman kita kanak-kanak dulu yang saya ingat pertama sekali game “Atari”, kemudian dengan “Game & Watch” di mana kita main game tembak2 zaman cowboy. (Paling saya suka muzik selepas menang sesuatu level, masih terngiang-ngiang di kepala saya). Selepas itu, saya ingat console game yang boleh sambung di TV ( Famicom) dan di antara game yang paling diminati ialah “Kontra” dan “Super Mario Bros”. Kemudian dtg pula Game Boy dengan game Tetrisnya. Habis semua orang dilihat bermain Tetris sama ada menggunakan Gameboy ataupun brand-brand ciplak yang lain.

Yang saya pasti selepas itu bermacam-macam jenis game yang keluar mendominasi masyarakat kita. Yang paling top semasa saya di di universiti ialah siri Sony Playstation dengan controller yang boleh vibrate semasa membawa kereta rally dalam Gran Turismo sehingga game-game pertarungan seperti Tekken. Kemudian hampir banyak produk seakan-akan sama dengan Sony Playstation 3, XBOX, Cube etc.. dah saturated rasanya. Bila dah keadaan macam ni, sales pun akan jadi makin slow. Masing-masing seperti terbelit dan terkusut. Customer pun dah start pening sebab value for money tu boleh dikatakan sifar.

Pada tahun 2005, Nintendo mengambil satu langkah yang drastik mengemaskini bahagian R&D. Presidennya meletakkan kesemua software designers dibawah satu bumbung. Selang setahun, mereka telah mengeluarkan satu game baru yg dinamakan “Wii” sebuah game yg menggunakan motion sensing controllers. Wii seperti satu nafas baru dlm industri yang kelihatan begitu sempit. Orang mula bercakap tentangnya… dan mula membelinya.

Game ini manjadi kegilaan di seluruh dunia. Bila mana keadaan ekonomi dunia merudum dan masyarakat manjadi semakin berhati-hati membelanjakan wang mereka dengan menghadkan perbelanjaan percutian, makan luar, beriadah di kelab-kelab komuniti atau ekslusif, jualan Wii pula melonjak tinggi. Apabila ditanya, ramai pembeli mengatakan yang Wii ni bagus. Kami perlukan “exercise’’, kami perlu berpeluh, tetapi kami perlu kurangkan perbelanjaan ke tempat-tempat beriadah berbayar dan Wii adalah jawapannya kerana kami boleh bermain game yang boleh menggerakkan anggota badan daripada hanya duduk memegang controller umpama “couch potato”.

Rahsianya di sini, Nintendo Wii telah mencipta satu pasaran baru yang keluar daripada persaingan yang tidak menguntungkan (red ocean). Sebaliknya, Wii mencipta peluang baru dengan mencipta ruang yang tiada persaingan (blue ocean).

Pada pendapat saya, inilah yang perlu dilakukan oleh usahawan-usahawan kita. Cuba kaji kelemahan dan kekurangan produk yang sedia ada dan juga kaji peluang-peluang menginovasi (yang paling minimum) atau mereka cipta secara kreatif. Cuba “integrate” dan “disintegrate” sesuatu produk dan masukkan ke dlm perspektif berbeza-beza. Dari sudut praktikal dan sudut kemahuan pelanggan. Pesan saya, jangan hadkan imaginasi anda.

InsyaAllah, saya akan cuba menulis secara lebih terperinci lagi tentang “Blue OceanStrategy” pada masa akan datang. Buat masa ini, cuba anda fikirkan produk-produk de sekeliling anda yang sebenarnya menggunakan strategi “Blue Ocean” ini… ingat lagi banyak anda fikir, lagi banyak idea-idea bisnes baru yg mungkin membantu anda untuk memulakan perniagaan.
Imej Nintendo Wii

Komen-Komen

One Response to “Sekilas pandangan: Blue Ocean Strategy”
  1. zamri says:

    B.O.S ni memang antara elemen yang perlua ada pada seorang usahawan. tapi masalahnya mentaliti masyarakat malaysia ni susah nak di ubah. tidak suka cuba benda baru. susah nak pancing customer kalau macam tu. walau pun kita ada idea baru untuk dipasarkan, tapi susah untuk shift minda orang utk guna barang kita atau paling tidak ambik masa.

Berikan pendapat anda

Kongsi apa yang anda fikir mengenai perkara yang dibincangkan di atas..
dan oh, kalau anda ingin masukkan gambar bersama komen anda, sila dapatkan gravatar!