Seminar percuma 24 Mei

May 12, 2009 by admin  
Fail di bawah Peluang Kursus

tekunSEMINAR Keusahawanan anjuran bersama Biro Ekonomi Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) dan Tekun Nasional (Tekun) akan diadakan pada 24 Mei ini di Hotel Flamingo, Ampang, Selangor.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Bendahari KVUM, Datuk Jamelah Bakar berkata, seminar sehari yang bertemakan ‘Peluang Perniagaan dan Pinjaman Modal’.

Katanya, seminar percuma itu dibuka kepada orang awam, ahli-ahli kelab dan kakitangan Utusan Melayu (M) Bhd.

”Para peserta akan didedahkan kepada peluang perniagaan dan pinjaman yang diperlukan bagi memulakan sesebuah perniagaan.

“Di antara agensi kerajaan yang turut terlibat ialah Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidec), Agrobank dan Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB),” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Batu Caves baru-baru ini.

Tambah Jamelah, sebanyak tujuh kertas kerja akan dibentangkan oleh wakil-wakil Smidec, Agrobank, PUNB, Dawn City Holdings, Worldwide Berhad dan Wawasanita pada seminar tersebut.

Di antara tajuk-tajuk menarik yang akan dibentangkan ialah Peluang Menjadi Usahawan Berjaya oleh Amiruddin Mohamed dan Bobby Rajan; Perniagaan Dalam Bidang Automotif dan Pelancongan (Shahrizal Baharudin); Peluang Pembiayaan Perniagaan di PUNB (Nik Mohd. Nor Arif Yahya); Menangani Kegawatan Mempertingkatkan Keusahawanan (Pengarah Urusan Tekun, Datuk Abdul Rahim Hassan) dan Peluang Perniagaan Generasi Baru Agel (Noor Hayati Abdul Rahman).

Mereka yang berminat bagi mengikuti seminar ini boleh menghubungi Mustakim Aminuddin di 012-9111590 atau Nik Rahimah Hassan (018-7700545).

Utusan Malaysia

Berikan pendapat anda

Kongsi apa yang anda fikir mengenai perkara yang dibincangkan di atas..
dan oh, kalau anda ingin masukkan gambar bersama komen anda, sila dapatkan gravatar!