Kuadran miskin, kuadran kaya

May 14, 2009 by admin  
Fail di bawah Artikel

Fahaman cliché kebanyakkan orang khususnya yang mungkin telah terlibat dalam bisnes MLM tapi tidak berjaya sangat cetek sehingga apabila dibincang tentang MLM, mereka terlebih dahulu menolak peluang yang datang sebelum mendengar.

MLM adalah satu platform mudah dan tepat untuk keluar dari rat race yang sering diperkatakan oleh Robert T. Kiyosaki. Untuk keluar dari rat race, secara ringkasnya anda perlu menghasilkan Passive Income atau Residual Income yang lebih dari perbelanjaan anda (Expenses).

Kalau anda rujuk pada Cashflow quadrant, mereka yang bekerja untuk orang (company) atau menjadi pekerja dan mereka yang bekerja sendiri (menjalankan perniagaan sendiri misalnya) masih lagi terperangkap dalam kuadran mereka yang dikategorikan sebagai Poor People (orang-orang yang miskin).

Mereka masih lagi BEKERJA UNTUK DUIT (bekerja untuk mendapatkan duit). Mereka masih tidak dapat menikmati financial freedom. Pendapatan yang mereka terima setiap minggu atau bulan masih lagi dikira sebagai active income. Active Income dikira sebagai pendapatan yang diterima adalah bedasarkan kepada jumlah kerja yang anda berikan.

Sebagai contoh, sebagai IT Analyst atau Software Engineer, mungkin jumlah kerja yang anda berikan untuk 1 jam hanya bernilai RM50 dan hanya akan dibayar untuk jumlah ini bagi usaha anda.

Di mana kedudukan anda sekarang?

Di mana kedudukan anda sekarang?

Berbanding dengan mereka yang duduk dalam kuadran sebelah kanan atau kuadran-B yang memperolehi PASSIVE INCOME, dimana pendapatan untuk sejam sebagai contoh dibayar tidak terhad untuk usaha anda yang tidak seberapa. Jadi bagi mereka yang berada di kuadran-B (the right quadrant), usaha yang tidak seberapa dapat menghasilkan Residual Income yang tidak terhad!

Mereka yang berada di kuadran B, adalah seperti Pemilik Perniagaan (contohnya Bill Gates) dimana mereka mengupah orang untuk menjalankan dan menggerakkan perniagaan mereka tanpa mereka sendiri perlu bersusah payah.

Untuk menjadi Business Owner atau Business builder, anda perlukan modal yang sangat tinggi! Begitu juga bagi mereka yang duduk dalam kuadran terakhir, iaitu Investor quadrant. Mereka ini hanya menumpukan kepada 10% usaha untuk memberi mereka 90% hasil (prinsip yang diadaptasi daripada Prinisip Pareto iaitu Prinsip 80/20 yang diperkenalkan oleh Vilfredo Pareto dalam tahun 1906). Anda ambil contoh paling mudah seperti penyanyi-penyanyi terkenal seperti Elvis Presley, Pelakon sitcom seperti Jerry Seinfeld, atau mungkin juga seperti Michael Jordan dan David Beckham.

Mereka ini menumpukan 10% usaha dan fokus mereka untuk menghasilkan 90% hasil, keuntungan atau kekayaan. 10% focus mereka adalah diawal pembabitan mereka dalam usaha seni mereka, iaitu memperkenal dan memperkukuhkan jenama (branding) mereka. Setelah ramai yang mengetahui dan menerima “jenema” mereka, mereka dapat hasil yang berlebihan (residual income, atau pendapatan tanpa had) daripada bayaran royalti nyanyian, persembahan ulang tayang, modelling contract, dll.

Jadi tanya pada diri anda, tidakkah anda mahu untuk keluar daripada rat race dan memiliki pendapatan tanpa had? Tidakkah anda mahu bersara awal (retire early)? Tidakkah anda mahu tergolong dalam golongan yang 10% ini?

Tanya pada diri anda, adakah anda betul-betul dalam Comfort Zone yang selama ini anda fikir anda sangat selesa? Selama mana anda masih lagi akan melakukan perkara yang sama (tanpa hasil) berulang kali tapi dalam masa yang sama mengharapkan perubahan?

Apabila datang peluang untuk anda berubah, masihkah anda berfikir? Jika anda masih berfikir, adakah cara anda berfikir dan membuat keputusan selama ini dapat melepaskan diri anda dari kongkongan rat race? Mungkin anda perlu berfikir dari perspektif yang berbeza. Ada beberapa perspektif yang anda perlu ambil kira, dan and harus tidak menghadkan fikiran anda kepada HANYA satu corak befikir.

Kalau dulu anda lihat orang lain memiliki kereta cantik (BMW M5 atau Audi RS4), memiliki mahligai 3 tingkat dilokasi-lokasi strategik dengan nilai hartanah yang sangat mahal, atau mungkin melancong ke luar Negara lebih dari tiga kali setahun… anda hanya mampu berkata “Aku tak mampu memiliki itu semua!” Ubah corak pemikiran, dan ketahuilah ada banyak perspektif untuk berfikir. Kenapa tidak “Bagaimana dapat aku memiliki semua itu?”. Cara anda berfikir merubah segalanya.

Ingat! Bukanlah duit yang boleh membuatkan anda kaya, tapi ilmu, dan business skill yang dapat membuatkan anda kaya. Terlalu banyak option yang boleh anda lakukan, tapi perlu ingat, apa option atau peluang yang tak memerlukan usaha yang “menggila” dari anda? Apa option yang dapat anda bekerja dengan bijak (work smart rather than work hard) untuk memberikan pendapatan tanpa had, atau membolehkan duit bekerja untuk anda (money working for you? NOT you working for money!).

Bagi saya (dan merujuk kepada Robert T. Kiyosaki), MLM option terbaik untuk keluar dari kuadran kiri dan menempatkan diri anda dalam kuadran Bisness Owner atau kuadran Rich People…

Seanshah

Berikan pendapat anda

Kongsi apa yang anda fikir mengenai perkara yang dibincangkan di atas..
dan oh, kalau anda ingin masukkan gambar bersama komen anda, sila dapatkan gravatar!