Graduan wajar teroka industri tani

May 27, 2009 by admin  
Fail di bawah Berita

ALOR SETAR- Graduan di negeri ini disarankan supaya lebih berdaya maju bagi menerokai industri tani dalam usaha meningkatkan ekonomi menerusi penambahbaikkan produk hasil tani.

radhiPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri, Mohammad Radzhi Salleh berkata, memandangkan masih ramai graduan tidak mempunyai pekerjaan, adalah lebih baik sekiranya golongan itu memberi tumpuan pada sektor pertanian.

Menurutnya, sektor pertanian sangat penting kerana ia juga menjadi sumber pendapatan utama rakyat Kedah.

“Saya amat menggalakkan graduan supaya memajukan bumi Kedah dalam bidang pertanian. Ini kerana permintaan dari luar negara terhadap produk industri tani adalah sangat tinggi, tetapi kita tidak mampu memenuhi permintaan itu kerana masih menggunakan kaedah pertanian yang belum cukup maju,” katanya.

Mohammad Radzhi berkata, graduan negeri ini juga perlu mengubah sikap, minda dan persepsi mereka terhadap industri pertanian.

Menurutnya, graduan kini lebih bijak dan mampu menggunakan ilmu dan kepandaian mereka untuk mencorakkan pertanian moden sekali gus bagi memenuhi permintaan pasaran negara dan antarabangsa.

“Malah, pengeluaran padi dari negara ini juga kurang diterima di peringkat antarabangsa kerana ia kurang berkualiti, berbanding padi keluaran India, Pakistan dan Sri Lanka yang menjadi pilihan dan mendapat permintaan tinggi. Saya berharap supaya graduan dapat mengambil peluang ini untuk meneroka pertanian yang lebih moden kerana ia dapat memenuhi permintaan pasaran.

“Jangan hanya mengharapkan kerja makan gaji, sebaliknya wujudkan peluang pekerjaan untuk orang lain sekali gus dapat mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan graduan di negara ini,” katanya.

Menurutnya, pusat latihan kemahiran juga diminta memberi lebih banyak peluang kepada graduan dan pencari kerja dengan menyediakan pelbagai kursus dan kemahiran yang berkaitan.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Alor Setar, bahawa Kedah merupakan negeri kedua tertinggi penganggur, beliau berkata, kekeliruan mungkin timbul kerana pekerja sambilan atau persendirian tetap mendaftar di jabatan itu.

“Tinjauan mendapati ramai pekerja sambilan dan bekerja sendiri mendaftar dengan JTK untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih terjamin, dan ini menyukarkan pihak kami untuk merekodkan jumlah penganggur yang sebenar,” katanya.

Komen-Komen

2 Responses to “Graduan wajar teroka industri tani”
  1. intanmazlina says:

    memang menarik sgt. sebenarnya kalo kita pandai target niche market kita, memang agak senang untuk memperolehi jumlah pelanggan yang sangat banyak. walaupun keuntungan dikira kecil untuk 1 belon…bayangkan kalau kita rajin untuk mencari market.saya suka dgn idea saudara ..menarik dan unik

  2. man belon says:

    apa2 yang nak tambah income, saya ada cadangan untuk jual kat pasar malam, kat pantai atau karnival, sukan dan lain2 lagi
    bisness nie cuma jual belon je. macam2 belon la… sponge bob, pikacu, hello kitty, ultraman dan macam2 lagi.
    keuntngan sangat lumayan. 1 belon boleh dapat RM3 untung bersih.
    kalau 1 pasar malam, atau kat tepi pantai boleh jual 60 belon, untung dah ada RM180 atau 200 lebih. tu baru satu pasar, kalau 2 ,3 pasar, pikir la sendiri.
    kawan saya 10 tahun keje jual belon full time, boleh hidup. dok kl lagi.

    sapa yang minat nak wat bisness nie, saya leh supply peralatan tong gas dan cara2nya. harga tong biasa RM2000, tapi saya bagi RM1500 siap semua.

    berminat hubungi terus, stok terhad.

    019-2482284 man belon

Berikan pendapat anda

Kongsi apa yang anda fikir mengenai perkara yang dibincangkan di atas..
dan oh, kalau anda ingin masukkan gambar bersama komen anda, sila dapatkan gravatar!