Peluang jadi usahawan FIR

April 30, 2009 by admin  
Fail di bawah Produk Kecantikan & Kesihatan

Wanita kini dianggap sebagai pemangkin dalam pembangunan ekonomi negara. Mereka lebih versatil, boleh memainkan peranan dalam pelbagai bidang malah memegang jawatan tertinggi dan dipertanggungjawab dalam meneraju syarikat konglomerat dan sekali gus sebagai ibu dan isteri dalam menguruskan rumahtangga.

Mereka kini bijak dalam mencari kewangan sendiri, pelbagai cabang yang diceburi asalkan mendatangkan keuntungan bagi keluarga dan dirinya.

Impian menjadi usahawan bukan lagi angan-angan lagi. Minat dan kesungguhan adalah modal yang paling penting dalam merealisasikan impian itu.

Cuma wanita perlu pandai mencari ‘lubang’ perniagaan yang bakal memberi pulangan yang terbaik tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. Selain melihat keperluan dan gaya hidup semasa.

Usahawan Zazen Health Solution yang berjaya, depan kiri, Nargis Ismail dan Noor Hayati Nordin. Belakang kiri, Anna Thong dan Lim Shen Yee.

Usahawan Zazen Health Solution yang berjaya, depan kiri, Nargis Ismail dan Noor Hayati Nordin. Belakang kiri, Anna Thong dan Lim Shen Yee.

Sehubungan itu, Zazen Health Solution telah menawarkan program keusahawanan yang dinamakan Projek Kembara Keusahawanan Wanita kepada yang berminat untuk menceburi dalam bidang kesihatan sinar ultramerah jauh (FIR) dan kecantikan. Modalnya tidak besar, malah pelbagai bantuan akan diberi.

Penasihatnya, Tan Sri Zaleha Ismail berkata, hanya dengan sedikit pengetahuan mengenai perniagaan, wanita kini telah boleh menjadi usahawan dalam bidang FIR ini.

Menyedari ramai wanita yang masih kabur dan teragak-agak untuk memilih bidang perniagaan yang akan diceburi, maka Zazen Health Solution memberi peluang keemasan ini kepada wanita.

“Ia tidak memerlukan pengalaman; struktur dan pengubahsuaian premis disediakan, tidak mengenakan sebarang yuran francais, menyediakan semua peralatan, dari mesin hinggalah ke latihan, brosur dan membantu dalam penyediaan kertas kerja bagi mendapatkan pembiayaan daripada bank.

“Lebih menariknya, bagi wanita yang bermodal kecil, perniagaan jenis ini hanya boleh dimulakan di rumah sahaja. Itu telah mencukupi bagi meletakkan sebuah kubikel bertutup yang diperbuat daripada papan pokok tirus di mana di situlah rawatan FIR dilakukan.

“Rawatan ini meliputi penjagaan kesihatan berbentuk pencegahan, rawatan kecantikan dan penjagaan kulit,” katanya ketika ditemui di Dataran Sunway, Petaling Jaya baru-baru ini.

Menurut Zaleha, program kembara ini akan dimulakan pada akhir April ini di Lembah Klang dan diikuti negeri-negeri lain.

“Suatu promosi bergerak akan dijalankan bagi memberi penerangan kepada wanita yang berminat untuk mengikuti kembara usahawan ini dan sekali gus menyertai keluarga Zazen Health Solution dan membuka perniagaan sendiri.

“Dengan projek ini, wanita mempunyai peluang sama ada untuk membuka outlet, membeli unit Zazen FIR Thermal System untuk mengembangkan perniagaan yang sedia ada, membuka Zazen Spa atau membeli kubikel dan menjalankan perniagaan di rumah.

“Selain itu, wanita juga boleh menjadi pengurus pengembangan perniagaan dan perunding jualan bebas,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yasotha Krishna memberitahu, Zazen FIR Thermal System berfungsi membantu memulihkan kecergasan di mana otot-otot kembali kuat dan tegar serta sistem kardiovaskular lebih lancar.

Kulit menjadi lebih bersih dan wajah semakin berseri apabila bahan-bahan toksin dinyahkan dari tubuh melalui kulit . Ini membuatkan minda kembali tenang dan tidak tertekan manakala tubuh kembali bertenaga.

Rawatan FIR ini memberi pelbagai manfaat dan kesan terapeutik kepada tubuh dan sistem biologi tubuh manusia yang biasanya diganggu oleh bahan-bahan toksin yang menyekat tubuh menjalani pemulihan secara semula jadi.

Tambah Yasotha, untuk menyertai perniagaan ini, modal paling minimum ialah RM10,000 iaitu memiliki satu kubikel bertutup, RM65,000 (Zazen spa) dan RM125,000 (outlet).

“Bagi wanita yang kekurangan modal, Zazen membantu mendapatkan pembiayaan menerusi Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan SME Bank,” ujarnya yang menawarkan rawatan percuma kepada pelanggan yang membuat kunjungan pertama di semua outlet Zazen Health Solution di seluruh negara.

Sementara itu, pada pertemuan itu, seramai empat pengusaha outlet Zazen Health Solution menceritakan pengalaman dan kejayaan yang telah dicapainya dengan perniagaan FIR ini. Mereka ialah Nargis Ismail yang mempunyai tiga outlet di Wangsa Maju, Hotel Quality dan Nilai Resort; Lim Shen Yee (Taman Mayang), Noor Hayati Nordin (Ampang) dan Anna Thong (Damansara Jaya dan Taman Desa).

Rata-rata keempat-empat pengusaha ini melahirkan rasa gembira kerana perniagaan yang diceburi ini telah mengubah hidup mereka. Di samping itu, ia turut memberi manfaat kepada individu yang mengalami masalah kesihatan dan ingin kelihatan cantik dan sihat.

Bagi yang berminat untuk menyertai projek kembara keusahawanan ini, boleh hubungi 03- 61577746 untuk mengetahui lokasi promosi bergerak yang dijalankan di seluruh negara.

Utusan Malaysia

Komen-Komen

5 Responses to “Peluang jadi usahawan FIR”
  1. one muthril enterprise says:

    kepada sesiapa yang berminat utk mendapatkan ” Bedak Resdung “,
    kegunaan :
    produk ini sesuai untuk lelaki dan perempuan.
    boleh menghilangkan resdung dan gatal2 muka.

    cara menggunakan :
    basahkan dan sapu di bahagian muka.

    perhatian :
    untuk kegunaan luaran sahaja.

    untuk maklumat lanjut sila hubungi : 012 654 8840 ( farhan )

  2. one muthril enterprise says:

    kepada sesiapa yang berminat utk mendapatkan ” Bedak Resdung “, sila hubungi talian 012 654 8849( farhan ).
    produk ini sesuai untuk lelaki dan perempuan.
    boleh menghilangkan resdung dan gatal2 muka.

    untuk maklumat lanjut sila hubungi : 012 654 8840 ( farhan )

  3. nor zaimah ali bidin says:

    saya seorang surirumah tangga berminat membuka satu perniagaan tapi saya tak tahu cara bagaimana nak memohon dan menjadi fir.Bagaimana cara dan memohon saya skg berada di kota tinggi.Tapi saya berminat membuka di johor bahru uda

  4. Mimi Liza Binti Abu says:

    Saya seorang kakitangan kerajaan di Johor Bahru. Saya berminat untuk membuka satu perniagaan menjual busana dan aksesori wanita yang mana kini saya menjalankannya secara kecil-kecilan di pejabat dan rumah. Apakah ada cara untuk saya mengembangkan perniagaan saya ini dengan adanya program seumpama ini.

    Sekian, terima kasih

  5. liza says:

    salam….sy benar2 berminat untuk turut serta di dlm program ini…bilakah promosi bergerak yang terbaru akn dijalankan di alor setar memandangkan sy menetap di alor setar atau terdapat cawangan syarikat ini di sini?

Berikan pendapat anda

Kongsi apa yang anda fikir mengenai perkara yang dibincangkan di atas..
dan oh, kalau anda ingin masukkan gambar bersama komen anda, sila dapatkan gravatar!