MLM - apa pendapat anda?
March 31, 2009 by admin
Fail di bawah Nazli Kimin
Sebut saja MLM ramai yang tahu. Ia sejenis perniagaan yang begitu popular dalam masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu.
Populariti MLM mungkin kerana genre perniagaan ini secara umumnya tidak memerlukan modal yang besar dan boleh dicuba oleh sesiapa saja tanpa perlu mendaftar perniagaan. Ia ditambah dengan keghairahan yang dihangatkan melalui promosi melahirkan jutawan segera tanpa susah payah.
Jarang sekali mereka yang berkecimpung dalam perniagaan konvensional bercakap tentang kemampuan menjadi jutawan dalam tempoh yang singkat. Tetapi dalam MLM semua orang kata mereka boleh. Pendek kata, jika anda mahu mendapat pendapatan hebat seperti 5 angka dalam masa sebulan dua - join MLM.

Wang bonus dibayar tunai diisi dalam beg James Bond yang diarak dan dipamerkan sebelum diserahkan kepada ahli-ahli yang berjaya.
MLM adalah singkatan kepada Multi-Level-Marketing atau Pemasaran Berbilang Peringkat. Secara teknikalnya peserta MLM adalah agen pemasaran kepada syarikat yang menggunakan kaedah perkongsian keuntungan yang dicipta berasaskan kepada Skim Piramid atau Skim Ponzi.
Walaupun begitu, ramai yang lebih suka mendefinasikan MLM sebagai “Meeting-Larut-Malam” dan hanya melihat skim piramid yang mereka dokong sebagai “pelan syarikat”.
Pada 15 Mac lepas saya berkesempatan mengikuti satu majlis MLM di Malaysia International Exhibition & Convention Centre, The Mines. Majlis New Image Sdn Bhd ini telah dihadiri oleh lebih 8000 orang, 98% adalah orang Melayu. Produk syarikat ini hanya satu, iaitu Alpha Lipid - susu tepung yang dikatakan mengandungi susu awal lembu dari New Zealand. Alpha Lipid dikatakan sangat berkhasiat di mana ia boleh menyembuhkan atau menghalang pelbagai jenis penyakit.
Apa pun yang lebih menarik adalah pelan penjanaan pendapatan yang ditawarkan. Saya tidak mahu menghurai panjang lebar bagaimanakah pelan mereka sebab saya tidak berminat dengan sebarang perniagaan MLM dan saya juga tidak berminat untuk mengajak sesiapa menyertainya. Saya hanya melaporkan berita dan selepas membacanya terpulanglah kepada anda untuk menilai sendiri.
Dalam majlis ini New Image dikatakan telah membayar lebih RM6 juta kepada ahli-ahlinya yang berjaya. Bagaimana mereka membuat bayaran? Sesetengahnya dibayar menggunakan uncang berisi tunai dan sesetengahnya menerima beg James Bond penuh dengan tunai. Menurut maklumat yang diberi, syarikat membayar bonus ini kepada ahli-ahli mereka 2 kali setahun dan akan menjadi 3 kali setahun selepas ini.
Penerima beg James Bond tertinggi dikatakan mendapat lebih dari RM400,000 dan yang paling rendah dalam lingkungan RM30,000. Penerima uncang dikatakan mendapat nilai RM30,000 dan ke bawah. 60 orang menerima beg James Bond termasuk pengacara majlis Datuk Mahathir Lokman yang juga terlibat dalam perniagaan ini.
Bonus yang diterima dalam majlis ini dikatakan tidak termasuk dengan pendapatan bulanan yang juga dikatakan boleh mencecah 5 angka sebulan (testimoni diberikan oleh beberapa orang ahli yang telah berjaya). Syarikat juga membawa mereka melancong ke pelbagai negara seperti New Zealand, Australia, Taiwan dan sebagainya.
Hebat bunyinya bukan?
Tetapi seperti yang saya katakan di atas secara peribadi, MLM bukan untuk saya. Bagaimana dengan anda?
Nazli Kimin merupakan Admin/Editor KakiBisnes.com
Selain minat untuk berkongsi idea atau pengalaman di laman ini
beliau aktif juga dalam bidang hiasan dalaman. Untuk info
lanjut mengenainya anda boleh ke www.senihias.com.









MLM mmg boleh buat duit.semuanyer atas kita nk buat dn pilih perniagaan MLM yang mcm mane,yang penting semangat.sy pun der join satu MLM ni,mmg kena dgn jiwa sy.
kepada sesape yang nk buat duit lebih bolehlh email sy.
putri0705@yahoo.com.my
ANAK SCORE A KITE SCORE RM….so apa tunggu lagik…
Kalau dah ada pengalaman buat MLM ni..yg letihnya bila kena maintain tiap2 bulan,servis downline,target grup sales dan mcm2 lg..serik pun ada gak..tapi ada satu biz ni ,yg TAK PAYAH MAINTAIN…beli sekali je,kerja sekali je tapi boleh dapat income setiap bulan selama 3 tahun.
cth: beli rm360, setiap bulan sykt akan bg bonus rm20 stiap bulan hingga 3 tahun! macam mustahil je..kalau ada 10 downline buat yg sama rm20×10=rm200..dpt setiap bulan tau..bonus tak turun..
nak tahu lebih lanjut mcmmana bole sms/call 0122098515 @ tengok web ,www.milysaexcell.com
i got 188 list in 10 minute.Amazingly but its really work
saya ada satu cara yang tidak ramai tahu,kita boleh perolehi pendapatan lebih dari RM10k sebulan.dan dapat percutian melancong ke luar negara secara percuma,dapat pembiayaan kereta sepenuhnya oleh syarikat dan ada PENCEN.
company ni kalau saya cakap,mesti anda akan tahu…dan kemungkinan besar juga anda pernah guna produknya
tidak percaya,saya boleh jelaskan lebih lanjut.
syafiq adnan
013-7189752
msyafiq_adnan@yahoo.co.uk
‘9/10 punca rezeki kita adalah BERNIAGA’
Salam semua,
Kita kena faham bahawa apa saja bisnes mesti ada risiko. Risiko kerugian. Semua jenis bisnes memberi untung tidak kira bisnes konvensyenal, bisnes saham, bisnes MLM dan lain-lain lagi. Semua bisnes boleh menjadikan kita menjadi seorang jutawan. Syarat : Usaha secara teratur dan ikut jalan orang yang telah berjaya.
Selagi bisnes itu halal dan sah di bawah kementerian, apa yang kita risaukan. Bisnes MLM adalah bisnes yang paling senang, matematik mudah (tidak perlu calculus untuk menganalisa pasaran) dan ianya boleh berjalan dengan mudah dan lancar sekiranya orang faham dengan sebenarnya.
Apa yang kita sedih, kenapa orang mdah terpedaya dengan along, skim cepat kaya, rasuah sedangkah jalan untuk menjadi jutawan adalah sangat mudah dan sah di sisi undang-undang.
Saya sebagai usahawan AleaCorp juga dalam proses menjadi jutawan. Saya menjemput saudara-saudari untuk menziarahi laman web saya iaitu http://www.aleacorp.com/?ref=billionaire64.
Untuk keterangan lanjut, jangan malu dan segan untuk menghubungi saya di alamat email aerospace6468@yahoo.com.
Salam hormat dari saya.
saya tak minat MLM.. tapi support sape2 yang berkecimpung.. still bleh capai good income dgn cara dan minat masing2..
tapi berbeza dengan MYRM10 http://myrm10.com/?ref=12309 walaupun dah lama tapi masih bertahan, sebabnya sistemnya yg dicipta hingga level 8 (5×8), bermakna 40org downline baru tamat,
bagi http://janaduit.com/?ref=331 dicipta 6 level (5X6) jangka masa yg pendek, tapi komisyennya tinggi,
dari segi logik kalau gaji kita RM 5000, simpan kesemuanya,, setahun RM 60 000, tapi di sebabkan sistem,
RM10 boleh jana hingga RM 200 000 di http://myrm10.com/?ref=12309 dan RM10 boleh menjana hingga RM 38 285 di http://janaduit.com/?ref=331 . itu 1 kaki, ada yg bijak pasang 2 atau 5 kaki (yg duit banyak)boleh mencecah RM70 000 hingga 190 000
pelik dunia matematik,,,,,
janaduit akan dilancar bulan Disember ni
http://janaduit.com/?ref=331
ahli baru 220 org,
dalam masa 1 hari je meningkat hampir 50org
sebab ape? sebab baru lagi,, semua berlumba-lumba nak jadi yg teratas
sama juga dengan gmax5, benda tu biasa je, packing lain, buat sistem.
habis…
ape2 pun kalau nak join, join yg masih baru,, baru senang nak dapat downline,,,
aku ingat sikit hari nanti nasi lemak pun boleh jadi MLM,,
tengok mcm hi-o, jual penapis air,,, kalau jual kat kedai,, mampus sape nak beli sampai 20ribu, beli 10 tong pula tu, kena jual lak
tapi sebab sistem punya pasal org join,, sebab ape? sebab sistem tu yg mendatangkan kewangan,, duit buat duit!
ada MLM baru akan dilancarkan bulan Disember 2009
layari web: http://janaduit.com/?ref=331
ahli baru 220 org
modal RM10 je
sistem dia boleh tahan juga dia punya komisyen
sistem downline auto
klik dan kaji dulu la di http://janaduit.com/?ref=331
kalau minat cepat2 masuk,, sebab baru 1 ari dah meningkat hampir 50 org
yerlah tuuuuuuu………..
MLM dan network marketing adalah antara peluang untuk menjana pendapatan sampingan yang agak lumayan.
Bagi saya, sebelum nak join man-mana syarikat MLM pun, kita memang nak tengok potensi produk, kan?
Cuba anda lihat potensi produk di link di bawah?
http://scorea2u.mohdsharil.com/
Oh ye, saya baru sahaja melibatkan diri dengan Score A Programme ni. Alhamdulillah, buat msa sekarang, produk ini kurang saingan. Dan ia pun memang produk keperluan.
Lapangkan dada anda, luangkan masa anda, kalau anda free, boleh saya berkongsi dengan anda rahsia bagaimana menjana RM30,000 dalam msa 3 -> 6 bulan,
Emel saya admin[at]mohdsharil[dot]com
*gantikan at dengan ‘@’
*gantikan dot dengan ‘.’
Anak Score A, Kita Score RM
apa pendapat aku? Sungguh misteri…hee
apa citer gmc???
kawan aku citer rugi teruk dia..semua gara2 kena tipu..janji mcm2 tapi dah setahun join xdpt hasil..
wah..ramai peminat mlm yer..
ok,pendek kata sy usahawan CNI..produk semua jenis ada,sabun,kosmetik,penapis air,minyak itam,kuih raya,ubat gigi,nutrition dll..so,susah mana nak maintain pv?just beli brgan yg kita selalu beli kat giant,carefour,mini market tapi tukar jenama CNI dan bleh dpt harga diskaun lagi..tak cukup tu,kita bleh dpt bonus rm..
ini yg dikatakan pengguna merangkap usahawan..
sy suka mlm..
very intelligent system..
cuma skrg dgn byknya sykt yg ingin bersaing dlm sistem ni,sampaikan mereka melahirkan usahawan yg hanya mementingkan sale dari niat sebenar dlm perniagaan iaitu menjana pendapatan kita dan downline,serta mendapatkan kesihatan yg maksimum..
nak minta pendapat dr pengguna tentang MLM GMC networt…
semalam tgk national geografic astro. pasal negara korea. fuh dasat la trafik jem..patut la surat khabar hari ini kata korea lah yang paling ramai membeli belah cara online. mana taknya, sapa nak gi beli barang semata belacan(cthnye) nak redah trafik jem.
so pengajaran dari sini, malaysia mungkin satu masa alami situasi macam nih… orang ramai semakin tak gemar keluar dari rumah.
jadi, sesiapa nak buka bisnes cara online boleh mula sekarang…
percaya lah..
tak tahu lah pendapat sahabat lain….
salam buat saudara dan saudari,betul ape yang telah dibincangkan,.sebenarnya yang merosakkan minda ramai oraang sekarang ni adalah program skim2 cepat kaya,pelaburan internet dan macam2 lagi..swisss cash la,semua tu yang menjadikan MLM di pandang serong.lagila jika upline buat taik.peh..lagi orng benci MLM
Saya ingin berkongsi satu perniagaaan yang xpelu ikut upline o jd down line.
Lagi best Tidak perlu Menaja selamanya,Tidak Perlu maintain dan Tidak perlu menjual.Just beli barang sekali sahaja.Everytng legal.pernah dengar GMC?baru2 ni hari penganugerahan telah mendapat liputan media harian metro keluaran 5/07/09..Memang menarik coz selain dapat wang tunai kiata juaga berpeluang mendapat hadiah kereta,rumah ,habib jewel,melancong,imrah dan banyak lagi.
nak tw lebih lanjut layari http://www.gmc2u.com @ http://www.wawasan-gmc.com .o call o sms 0197769944
N - Mungkin saudara Irfan boleh ceritakan sedikit latar belakang Irfan dan apakah Irfan sendiri mempunyai kecenderungan sejak awal-awal lagi bahawa anda ingin menjadi seorang jutawan?
I - Ceritanya bermula setelah saya tamat SPM, selepas saya mendapat keputusan SPM, saya membuat cita-cita untuk menjadi jutawan sebelum usia mencapai 30 tahun.
Perihal apa yang mencetuskan matlamat tersebut adalah sesuatu yang agak pelik sedikit . Semasa kita remaja-remaja dahulu kita banayk menonton tv, wayang, dengar muzik, dan mempunyai ikon-ikon pelakon hiburan di barat. Jadi semuanya itu menjadi inspirasi kepada saya bahawa mereka ini melakukan kerja yang mereka suka di samping memperolehi banyak wang.
Apa yang mereka lakukan adalah apa yang mereka suka dan apa yang mereka ‘enjoy’. Jadi, saya bercadang untuk melakukan sepertimana yang mereka lakukan iaitu buat sesuatu yang saya suka dan cuba untuk membuat duit daripada idea tersebut.
N - Bermakna, idea tersebut tercetus ketika saudara Irfan berusia…?
I - Idea tersebut tercetus ketika saya berusia 18 tahun.
N - Sebelum itu, apakah cita-cita anda?
I - Sebelum tu, saya tak mempunyai cita-cita yang besar pun. Mungkin apa yang boleh dikongsi bersama adalah saya sememangnya minat melukis, saya kuat melukis dan pada masa itu saya memang bercita-cita nak jadi kartunis komik.
Dan untuk pengetahuan Nizal dan pendengar, cita-cita itu juga tercapai ketika saya di ITM, saya bekerja part time sebagai kartunis!
N - Jadi, tak semestinya mempunyai cita-cita sejak kecil lagi untuk menjadi seorang jutawan, dimana-mana peringkat pun boleh juga ya?
I - Ya, di mana-mana peringkat pun boleh juga. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lewat. Walaupun usia mencecah sehingga 60-70 tahun. Contoh yang boleh dianbil adalah seperti Kolonel Saunders, yang mencipta ayam KFC, ideanya tercetus ketika beliau berumur 68 tahun. Jadi, ianya bermakna tidak terlewat untuk kita melakukan sesuatu walaupun usia dah lanjut.
N - Ok. Bagaimana pula saudara Irfan menyusun dan mengatur strategi hidup Irfan sendiri dalam mencapai status sebagai seorang jutawan ketika berumur 25 tahun?
I - Apa yang penting yang telah saya pelajari adalah “ilmu kejayaan” itu, oleh itu apa yang saya lakukan adalah perlengkapkan diri saya dengan ilmu-ilmu kejayaan terutamanya ‘the psychology of success’. Saya banyak membaca buku-buku kejayaan, menghadiri seminar-seminar berkisar kejayaan dan membaca biografi orang-orang yang berjaya.
Setelah melakukan semua ini, apa yang dapat saya lihat adalah secara umumnya, mereka berjaya melakukan benda yang serupa dan sama sahaja. Setelah saya berumur 21 tahun, baru saya terbuka untuk memulakan perniagaan sendiri, jadi saya pun cuba memulakan perniagaan dan saya juga bertuah karana pada masa tersebut juga satu ‘wave’ baru telah datang iaitu era Internet.
N - Jadi, diantara usia 18-21 tahun itu, apakah yang Irfan lakukan untuk memastikan bahawa keinginan dan cita-cita Irfan itu tidak luntur?
I - Pada jangkamasa tersebut, saya masih lagi menuntut, pada mulanya saya menuntut di PPP di ITM Shah Alam (belum lagi UITM). Ketika di ITM, saya juga memulakan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual t-shirt yang saya rekacipta sendiri-oleh kerana saya suka melukis! Bila musim perayaan juga saya cipta kad raya dan jual kepada pelajar-pelajar lain pada harga 50 sen. Itu antara pengalaman terawal saya dalam berkecimpung dalam perniagaan.
Walaupun pendapatan sedikit sahaja, tetapi saya rasa amat berpuas hati apabila berjaya memperolehi wang daripada hasil tangan sendiri.
Selepas ITM saya sambung pengajian Ijazah saya di United Kingdom. Disana, pada masa yang sama juga saya bekerja, saya buat ‘odd jobs’ sebenarnya Nizal, sambil-sambil belajar saya bekerja. Saya bekerja sebagai tukang cuci di pasaraya dan mencuci tandas untuk mendapatkan wang tambahan.
Walaupun saya mendapat bantuan kewangan dari JPA, tetapi wang yang diberi adalah cukup-cukup makan untuk membeli buku-buku universiti,makan minum dan tempat tinggal sahaja. Sekiranya kita nak belajar lebih, itu yang memerlukan saya untuk bekerja.
Kerja yang saya lakukan sebagai tukang cuci memberikan pengalaman kepada saya, setiap pagi selama dua tahun, sebelum memasuki kelas ataupun kuliah, saya akan bekerja sebagai tukang cuci pasaraya dan tandas untuk mendapatkan wang tambahan. Saya lakukan ini selama 2 tahun.
Dengan wang tambahan tersebut saya akan ke kedai buku pada hujung minggu untuk membeli buku-buku kejayaan untuk melengkapkan lagi diri saya tentang ilmu-ilmu kejayaan. Jadi di situ, saya dapat mempelajari bahawa kita perlu mempunyai satu disiplin yang kuat untuk berjaya dalam bidang apa sahaja yang kita masuki.
Kemudian barulah saya memulakan perniagaan dan mempelajari tentang ilmu-ilmu perniagaan ini iaitu perniagaan internet. Di situ rezeki mula berpihak kepada saya.
N - Jadi, apakah pengalaman yang diperolehi dan yang membantu semasa bekerja di lapangan tersebut di usia 18-21 tahun di mana Irfan pada masa itu di dalam mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu kejayaan ini?
I - Sebenarnya Nizal, pengalaman bekerja sebagai tukang cuci apa yang boleh saya kongsikan bersama adalah saya dapat mempelajari bagaimana untuk kita menghargai wang. Bukan senang untuk memperolehi wang sekiranya kita tidak mempunyai ilmu secukupnya.
N - Selepas usia 21 tahun, bidang apakah yang irfan libatkan diri sehingga menjadi seorang yang berjaya?
I - Pada mulanya saya memulakan perniagaan Internet dalam bidang grafik kerana sepertimana yang saya sebutkan tadi saya sememangnya meminati perkara yang berkaitan dengan grafik. Dan ketika itu di universiti saya mengambil kursus multimedia design dimana saya mempelajari reka cipta grafik menggunakan kompputer.
Jadi, dengan kebolehan itu saya membawanya ke Internet dan menjadikan ianya satu perniagaan Internet dan memperdagangkannya keseluruh dunia.
Dalam kata lain, sekiranya terdapat pelanggan dari serata dunia memerlukan grafik berkomputer, mereka boleh membuat pesanan di laman web saya. Saya menjual perkhidmatan grafik.
bersambung….
sambung..
N - Jadi, its not that easy macam kata orang putih ye…?
I- Yes, its not that easy. Berbahasa orang putih pula kita ya?
N- Tapi kalau bukan senang, ini mungkin akan menyebabkan ramai dikalangan masyarakat kita akan merasakan bahawa kalau bukan senang, tak ramai orang yang mampu.
I - Itu yang sebenarnya, kalau diikutkan dengan research yang dilakukan. Daripada 100 orang mungkin 1 atau 2 sahaja yang mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang kewangan, jadi memang perkara ini tidak senang tapi kalau kita nak mengharapkan perkara yang senang sahaja, sudah pasti perkara yang senang adalah sesuatu yang tidak berbaloi. Sesuatu yang susah itu yang akan membuatkan pulangan yang kita itu berbaloi.
Sekiranya kita dapat mencapai kenikmatan kebebasan kewangan, di situ ada berbagai-bagai perkara yang kita boleh dapat, bukan hanya kita akan dapat wang ringgit untuk membeli harata, kita juga dapat lebih banyak masa untuk kita luangkan dengan keluarga dan dengan kekayaan ini juga kita dapat kongsikan bersama.
Hadis ada juga mengatakan bahawa harta kekayaan ini tidak akan kurang sekiranya kita banyak memberi. Setelah kita meninggal nanti, apa yang dapat kita tinggalkan adalah ilmu pengetahuan, anak yang soleh dan amalan.
Melalui program bicawara Jutawan ini, usahawan-usahawan kita yang sudah berjaya dapat menyampaikan ilmu yang berguna untuk manfaat ramai. Bagi saya, ia adalah usaha yang murni.
Menjadi seorang jutawan juga adalah pilihan. Ada yang mahu menjadi jutawan dan ada juga yang tidak mahu menjadi jutawan. Itu terpulang pada pilihan masing-masing. Tetapi janganlah sampai miskin atau papa kedana, sekurang-kurangnya sekiranya kita mempunyai wang ringgit, kita dapat menampung kos diri kita dan keluarga kita.
” Kalau kita nak mengharapkan perkara yang senang sahaja, sudah pasti perkara yang senang adalah adalah sesuatau yang tidak berbaloi” - Irfan kahairi.
Saya juga sering katakan, sekurang-kurangnya biarlah matlamat kita untuk menjadi financially free Atau kewangan mandiri.
Boleh ibaratkan ianya seperti kalau ada seorang anak kecil yang dilahirkan di dalam sebuah bilik dimana biliknya itu tidak berkunci, dia boleh keluar dari bilik tersebut tatapi apabila dia semakin membesar dan menjadi seorang kanak-kanak, dia tetap tidak keluar dari bilik trsebut. Malah sehingga usia remaja, dewasa dan seterusnya sampai usia tua tetapi dia masih tidak keluar dari bilik tersebut. Sehingga ajal tiba pun dia masih di dalam bilik itu, padahal bilik tersebut tidak berkunci.
Tetapi ianya terpulang kepada individu masing-masing katakan anak kecil itu setelah berumur sepuluh tahun dia membuka pintu itu, dan setelah dia buka pintu tersebut, rupa-rupanya dia berada di dalam sebuah perpustakaan di mana terdapat banyak ilmu-ilmu yang terdapat di situ dan tambahan pula di perpustakaan tersebut terdapat ramai professor-professor yang ingin mendidik, mengajar dan membantunya untuk menjadi seorang yang berjaya.
Jadi, ianya adalah merupakan satu langkah samada untuk membuka pintu ke gedung ilmu ini untuk mencapai kejayaan atau tidak. Semua orang boleh membuka pintu itu tapi, ianya adalah pilihan masing2.
N - Ertinya adalah kita yang perlu menentukan dan memilih samada kita mahu teruskan ataupun tidak, itu terpulang kepada individu masing-masinglah ya?
I - Ya. Ianya adalah terpulang kepada individu masing2. Kita perlu menetapkan keputusan dalam hal ini. Seseorang itu akan berjaya sekiranya dia membuat keputusan untuk berjaya dan baru dia akan nampak dan fokus kepada satu matlamat yang ditetapkan itu.
Saya berada di studio bersama Nizal ketika ini juga adalah pilihan saya hari ini, mungkin daripada hasil perjalanan yang telah saya pilih 10 tahun lepas.
Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini. Begitu juga, keadaan kita hari ini. Ianya adalah hasil daripada pilihan dan keputusan yang mungkin kita lakukan satu tahun lepas, lima tahun lepas atau sepuluh tahun yang lepas.
” Apa yang kita capai tahun depan atau lima tahun akan datang atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini.” - Irfan Khairi.
bersambung…..
ini adalah perbualan anatara nizal dan irfan di radio , untuk hari ini saya tulis behagian dulu,
N- assalamualaikum
I- waalaikumussalam nizal, nizal apa kabar?
N- alhamdulillah. kabar bail. untuk pengetahuan anda mulai minggu ini anda akan bersama dengan irfan khairi. Jutawan internet kita untuk mendengar satu program
baru yang dinamakan ‘jutawan’
Boleh ceritakan sedikit apa sebenarnya program ‘jutawan’ ni?
I- Ok. terimakasih Nizal. Program ini adalah program berbentuk motivasi bicarawara di mana saya akan bersama jutawan-utawan dan ikon-ikon jutawan tempatan sama ada dari bidang perniagaan, bidang hiburan atau bidang koperat dan kita akan berkongsi maklumat cara-cara meniti kejayaan.
N- Jadi boleh ceritakan mengapakah perlunya cerita-cerita ini dikongsikan dengan orang ramai?
I- Keperluan manusia ini ada beberapa peringkat, pada asasnya kalau kita ikutkan keperluan daripada teori Abraham Maslow, manusia mempunyai keperluan daripada awal (tapak piramid) adalah keperluan asas seperti makanan,minuman,tempat tinggal dan sebagainya.
Apabila keperluan itu telah dipenuhi,keperluan manusia akan naik ke keperluan lain, dan mengikut peringkatnya perlu keperluan yang dibawah dipenuhi dahulu baru akan naik ke peringkat atasnya.
Untuk naik ke setiap peringkat, kita perlukan inspirasi, dan motivasi untuk mencapai kejayaan peringkat-peringkat seterusnya. Jadi melalui program Jutawan bersama saya, Iran Khairi, kita akan berkongsi kisah-kisah kejayaan untuk memberikan sumber inspirasi serta strategi kepada pendengar bagaimana seseorang itu daripada zero boleh menjadi hero dan bagaimana seseorang itu daripada tidak memiliki apa-apa,boleh menjadi seorang jutawan.
Itu yang kita akan kongsikan bersama nanti di program jutawan ini.
N- Dimana ilhamnya datang untuk mencetuskan satuprogram sebegini dan untuk disiarkan melalui radio?
I- Ilhamnya datang daripada blog saya, iaitu http://www.IrfanKhairi.com, disitu ramai pelawat yang bertanyakan tentang rahsia-rahsia kejayaan. Apa yang saya fikir, melalui radio kita dapat menciptakan satu platform di mana kita boleh menjemput mereka yang berjaya, jutawan2 Malaysia utnuk berkongsi maklumat ini.
Ramai jutawan yang telah meniti jalan dan melalui kesukaran untuk mencapai kejayaan yang dicapai kini dan mereka ingin kongsikan pengalaman mereka kepada orang ramai.
Sebabnya Nizal, nak capai kejayaan dan nak mencapai status jutawan bukanya perkara mudah. Ia adalah sesuatu yang susah dengan melalui satu proses yang rumit untuk mencapainya. Ramai yang salah anggap, ingatkan boleh capai ‘overnight success’ atau pejam celik terus kaya. Tapi saya boleh jamin semua tamu2 jutawan dan ikon2 jutawan yang akan datang ke program kita nanti akan menceritakan bahawa perlunya usaha yang keras dan ‘it requires hard work and long hours’ untuk mencapai apa yang mereka dapat sekarang ini.
Disini saya ingatkan tiada jalan pintas untuk berjaya. No short cut! Namun begitu, masih ramai yang sering terjerumus dalam skim2 cepat kaya di Malaysia. Semuanya kerana terkabur mata akibat inginkan wang yang banyak dalam waktu yang singkat. Iannya tidak akan terjadi.
—-bersambung
salam sahabat,
saya akan tulis sedikit sebanyak apa yang diperkatakan dalam mentor jtawan irfan khairi. apa pendapat anda,
mungkin dapat kita kongsikan bersama dalam kaki bisnes ini.
marhakim tadlid, this is an awesome vid! And the streaming, might god so fast! Apapun isi kandungan video yang menceritakan tentang dreams atau impian anda dan menceritakan tentang apa yang telah diceritakan oleh Robert T. Kiyosaki dalam bukunya Rich Dad Poor Dad, untuk keluar dari Rat-Race ke Fast Track bagi mencapai impian anda. Memang lumrah manusia mengimpikan impian. Berusaha ke arah impian anda kerana apabila yakin dengan impian anda, terpahat pada sub-conscious mind anda, minda akan befikir dan secara tak langsung akan melahirkan ikhtiar untuk anda ke arah mencapai impian anda.
Berusaha ke arah impian anda dengan gerak kerja orang2 berjaya (Rich People). Fokus kepada 10% usaha anda untuk melahirkan 90% kekayaan atau keuntungan. Itu SMART work! Bukan sekadar kerja keras tanpa memikirkan cara bijak untuk mendapat keuntungan. Umum orang kita terlalu cetek pandangan mereka tentang MLM atau Network marketing. Ramai yang “dengar pasal MLM pun taknak!”. Mungkin bagi mereka ini, mereka ada option untuk melahirkan pendapatan tanpa had yang stabil. Ada juga yang gigih dalam perniagaan MLM mereka dan taksub sehingga tidak mahu lagi mendengar alternative lain, mungkin kerana pengalaman GAGAL dalam MLM lain atau mungkin juga kerana termakan hasutan atau pandangan ORANG LAIN yang pada hakikatnya MEMANG TIDAK BERJAYA dalam mencapai Impian mereka, atau memiliki Residual Income (passive income).
Pilih perniagaan MLM yang dapat menjanjikan pendapatan Lumayan tanpa perlu mengikut cara TRADISIONAL jualan langsung secara runcit. Pilih Syarikat yang STABIL (contoh berdaftar dengan DSAM, pelan pemasaran berdaftar dengan KPDNHEP, dan syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham). Pilih Syarikat yang menjanjikan pendapatan terjamin yang dapat mewariskan pendapatan dan perniagaan anda kepada waris anda (anak). Pilih syarikat yang adil dengan pelan pemasaran yang adil, dan dengan produk yang berkualiti, dan feasible untuk pemasaran!
Jangan terpedaya dengan gimik pelan pemasaran yang dapat menjanjikan keuntungan yang tidak masuk akal tapi hakikat syarikat tidak berdaftar dengan DSAM dan pelan pemasaran yang tidak diperakui.
Hubungi saya (hush.shah@gmail) jika anda ingin pendapat syarikat yang terbaik untuk anda terokai! Selamat Berjaya!
Saya rasa MLM ni adalah peluang terbaik untuk masyarakat untuk berjinak2 dalam dunia perniagaan tanpa risiko yang tinggi. Mereka bolen belajar cara bagaimana nak berpromosi dan juga mendekatkan diri kepada pelanngan. Perkara ini juga satu pembelajaran. Jangan la anggap mereka yang menceburkan diri dalam MLM ni sebagai org yang terlalu mengejar harta benda kerana ini tidak betul.Mereka ini bagus kerana ingin berniaga dan ingin mengubah nasib diri. Saya ada juga menyertai sebuah perniagaan yang bukan MLM tp franchise dan trading.
Kalau anda ingin tahu layari http://www.virusduit.goceramic.net
well.. kepada pelawat saya sarankan jengok web ini. tiada kene mengena dgn biz saya. tapi ia membuka mata kita tentang network marketing. sila ke http://www.checkoutthebiz.com tgk free video.wsalam
marhakim@gmail.com
http://www.uptrendkite.biz
http://www.jointheglobe.ws
Fahaman cliché kebanyakkan orang khususnya yang mungkin telah terlibat dalam bisnes MLM tapi tidak berjaya sangat cetek sehingga apabila dibincang tentang MLM, mereka terlebih dahulu menolak peluang yang datang sebelum mendengar.
MLM adalah satu platform mudah dan tepat untuk keluar dari rat race yang sering diperkatakan oleh Robert T. Kiyosaki. Untuk keluar dari rat race, secara ringkasnya anda perlu menghasilkan Passive Income atau Residual Income yang lebih dari perbelanjaan anda (Expenses).
Kalau anda rujuk pada Cashflow quadrant, mereka yang bekerja untuk orang (company) atau menjadi pekerja dan mereka yang bekerja sendiri (menjalankan perniagaan sendiri misalnya) masih lagi terperangkap dalam kuadran mereka yang dikategorikan sebagai Poor People (orang-orang yang miskin). Mereka masih lagi BEKERJA UNTUK DUIT (bekerja untuk mendapatkan duit). Mereka masih tidak dapat menikmati financial freedom. Pendapatan yang mereka terima setiap minggu atau bulan masih lagi dikira sebagai active income. Active Income dikira sebagai pendapatan yang diterima adalah bedasarkan kepada jumlah kerja yang anda berikan. Sebagai contoh, sebagai IT Analyst atau Software Engineer, mungkin jumlah kerja yang anda berikan untuk 1 jam hanya bernilai RM50 dan hanya akan dibayar untuk jumlah ini bagi usaha anda. Berbanding dengan mereka yang duduk dalam kuadran sebelah kanan atau kuadran-B yang memperolehi PASSIVE INCOME, dimana pendapatan untuk sejam sebagai contoh dibayar tidak terhad untuk usaha anda yang tidak seberapa. Jadi bagi mereka yang berada di kuadran-B (the right quadrant), usaha yang tidak seberapa dapat menghasilkan Residual Income yang tidak terhad! Mereka yang berada di kuadran B, adalah seperti Pemilik Perniagaan (contohnya Bill Gates) dimana mereka mengupah orang untuk menjalankan dan menggerakkan perniagaan mereka tanpa mereka sendiri perlu bersusah payah.
Untuk menjadi Business Owner atau Business builder, anda perlukan modal yang sangat tinggi! Begitu juga bagi mereka yang duduk dalam kuadran terakhir, iaitu Investor quadrant. Mereka ini hanya menumpukan kepada 10% usaha untuk memberi mereka 90% hasil (prinsip yang diadaptasi daripada Prinisip Pareto iaitu Prinsip 80/20 yang diperkenalkan oleh Vilfredo Pareto dalam tahun 1906). Anda ambil contoh paling mudah seperti penyanyi-penyanyi terkenal seperti Elvis Presley, Pelakon sitcom seperti Jerry Seinfeld, atau mungkin juga seperti Michael Jordan dan David Beckham. Mereka ini menumpukan 10% usaha dan fokus mereka untuk menghasilkan 90% hasil, keuntungan atau kekayaan. 10% focus mereka adalah diawal pembabitan mereka dalam usaha seni mereka, iaitu memperkenal dan memperkukuhkan jenama (branding) mereka. Setelah ramai yang mengetahui dan menerima “jenema” mereka, mereka dapat hasil yang berlebihan (residual income, atau pendapatan tanpa had) daripada bayaran royalti nyanyian, persembahan ulang tayang, modelling contract, dll.
Jadi tanya pada diri anda, tidakkah anda mahu untuk keluar daripada rat race dan memiliki pendapatan tanpa had? Tidakkah anda mahu bersara awal (retire early)? Tidakkah anda mahu tergolong dalam golongan yang 10% ini?
Tanya pada diri anda, adakah anda betul-betul dalam Comfort Zone yang selama ini anda fikir anda sangat selesa? Selama mana anda masih lagi akan melakukan perkara yang sama (tanpa hasil) berulang kali tapi dalam masa yang sama mengharapkan perubahan? Apabila dating peluang untuk anda berubah, masihkah anda berfikir? Jika anda masih berfikir, adakah cara anda berfikir dan membuat keputusan selama ini dapat melepaskan diri anda dari kongkongan rat race? Mungkin anda perlu berfikir dari perspektif yang berbeza. Ada beberapa perspektif yang anda perlu ambil kira, dan and harus tidak menghadkan fikiran anda kepada HANYA satu corak befikir. Kalau dulu anda lihat orang lain memiliki kereta cantik (BMW M5 atau Audi RS4), memiliki mahligai 3 tingkat dilokasi-lokasi strategik dengan nilai hartanah yang sangat mahal, atau mungkin melancong ke luar Negara lebih dari tiga kali setahun… anda hanya mampu berkata “Aku tak mampu memiliki itu semua!” Ubah corak pemikiran, dan ketahuilah ada banyak perspektif untuk berfikir. Kenapa tidak “Bagaimana dapat aku memiliki semua itu?”. Cara anda berfikir merubah segalanya.
Ingat! Bukanlah duit yang boleh membuatkan anda kaya, tapi ilmu, dan business skill yang dapat membuatkan anda kaya. Terlalu banyak option yang boleh anda lakukan, tapi perlu ingat, apa option atau peluang yang tak memerlukan usaha yang “menggila” dari anda? Apa option yang dapat anda bekerja dengan bijak (work smart rather than work hard) untuk memberikan pendapatan tanpa had, atau membolehkan duit bekerja untuk anda (money working for you? NOT you working for money!).
Bagi saya (dan merujuk kepada Robert T. Kiyosaki), MLM option terbaik untuk keluar dari kuadran kiri dan menempatkan diri anda dalam kuadran Bisness Owner atau kuadran Rich People…
Salam semua,
Dalam MLM jangan amalkan perangai enau. Saya berpengalaman dengan MLM ni dah banyak tahun juga dan kira berbaloi la sebab dapat gak beli tanah dan rumah ” cash “. Tak payah keluarkan satu sen pun duit KWSP. Kalau dah berjaya dan banyak duit hasil biz MLM, beringat2lah kerana bisnes MLM seperti biz lain2 juga..ada pasang surut.
Pengalaman kena main dan pancung oleh upline sendiri serta sikap tidak profesional pengurus sebuah MLM Malaysia dicawangan Jakarta beberapa tahun dulu cukup membuat saya sangat berhati2 dgn MLM ni. Seperti yang saya sebut tadi..kalau sikap macam enau, cuma ingat nak lepaskan pucuk masing2 sampai menidakkan hak orang lain..itu tak patut sangat diamalkan.
Anyway bagi kawan2 atau siapa2 saja yang ingin mencipta kejayaan bersama..jenguk2lah laman http://gew2u.webs.com
oh ye.. untuk rakan2 sekalian, jika anda join uptrenkite saya akan bimbing anda,
dan saya akan berikan ilmu2, ebook, rujukan yang saya gunakan untuk jalankan biz nih. so.. salam jumpa lagi…wsalam
pendapat saya.. masuk MLM nih jangan lah kita anggap masuk nari terus esok nak kaya….. saya sedar membina biz MLM nih umpama membina satu empayar perniagaan.. sekarang pun dah zaman IT…gunakanlah… so prospek anda lebih global..
cuma yang membezakan bagaimana cara kita dapat menarik pelanggan kita…kena ada ilmu tuh..kalau ada sesiapa GURU MLM boleh lah bagi tip2 yang bagus..
apa yang saya perasan..biz MLM nih telah dipandang serong oleh masyarakat…tapi apa boeh buat..masing2 punya pendapatlah..
what ever, usaha penting untuk success, hatta nak makan pun kene usahakan tangan ke mulut…mana ada makanan terus masuk mulut..
marhakim
http://www.uptrendkite.biz
Salam Kak Gee,
Saya try tengok apa sebenarnya bisnes Extremen2u.com ni kat website link yang kak Gee bagi dalam Direktori. Tapi website tu macam host iklan google aje. Tak faham le apa sebenarnya bisnes yang Kak Gee promote ni. Tq
Untuk bisnes MLM ni tak semuanya yang bagus.Kita mesti selidik latar belakang syarikat dan pastikan ia mempunyai lesen untuk menjalankan sesuatu bisnes.Tapi tak di nafikan bisnes multilevel ni boleh membawa keuntungan berlipat kali ganda.Alhamdulillah, tahun lepas (2008) pada bulan Julai saya menemui 1 bisnes yang dapat memberi keuntungan kepada kita atas usaha kita.Modal x sampai rm300 saya boleh dapat sampai sekarang rm76k dalam masa 9 bulan.Anda boleh layari blog saya di http://kak-gee.blogspot.com atau sekiranya anda memerlukan penjelasan lebih lanjut anda boleh hubungi saya di talian 019-4426526 (kak gee).Saya sedia mmbantu anda untuk mencapai apa yang di impikan.Usaha tangga kejayaan..
Marhakim Tadlid,
Sdr boleh promosikan bisnes MLM sdr kat Forum. Kakibisnes.com perlukan support dari kakibisnes macam sdr untuk merancakkan suasana.
Bila disebut tentang bisnes, ramai yang berminat untuk menceburinya. Ramai yang mengetahui keuntungan yang lumayan sekiranya memasuki dunia bisnes. Tidak kiralah sekecil-kecil bisnes sehingga bisnes yang besar-besar.
Namun, minat tentang bisnes sahaja tidak mencukupi sekiranya anda tidak tahu selok belok dengan dunia bisnes. Macam-macam perkara perlu difikirkan dan dipertimbangkan sebelum anda menjejaki dunia bisnes.
MLM adalah cabang yang sesuai untuk saya. Saya anggap biz MLM nih adalah Demokratik Bisnes..anda mahu berjaya..anda jayakan rakan anda..
Lagipun seronok juga buat benda nih..dari rumah jer..camner eh?.. jemput ke laman web tuh..:)
Terima Kasih kepada leader2 MLM tak kira walau MLM mana yang anda ceburi.
‘think positif’
assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua…
di sini sy amat2 berhrp pandangan sy diterima msyrkt umum..
sbnrny sistem multi level boleh diibaratkan sistem komisyen apbl
kita, sbgai agen di sesebuah syrikt MLM membuat jualan..
bezanya bntuk bonus ad byk dan lumayan..
msyrkt melayu terutamanya yg tidak minat atau tidak tahu tntg MLM sepatutnya
tidak boleh terlalu merendah2kan gol ini..
sy salah seorg ahli perniagaan MLM dan seorg pelajar juga mampu menjana pndptn tanpa membebankan keluarga…
cuma anda perlu membuat beberapa penilaian sblm mendaftarkan diri dlm MLM…
Sy telah memeriksa perniagaan MLM dari sudut syariah dan MLM harus ad cri2 minima yg digariskan oleh hukum syariah..
anda juga boleh periksa sendiri di http://www.zaharuddin.net
strusnya pilih syrkt yg benar2 kukuh dan mampu bertahan lama di pasaran..
sy telah memilih ECOFIRST PRODUCTS SDN BHD yg mrupkn ank syarikat ecofirst consolidated bhd…
main company iaitu ecofirst consolidated bhd sudah berada dlm main board bskl selama 25 thun.. tidak ckup dgn itu, 2 lagi ank syrkt ny turut dlm bskl iaitu,
MEDA INC BHD dan SEGI INTERNATIONAL BHD…
Syrat minima utk listed dlm bskl, syrkt perlu ad aset tunai 250 juta..
dan bermakna, minima aset tunai syrkt yg sy sertai adsalah 750 juta..
tu bru aset tunai..
ini utk buka minda kita knape kite perlu ambil peluang ini,
sebab ni cre terbaik dan mudah utk berjay…
cume brgantung pd dri anda sndri..
tingkat kan ekonomi kita utk masa depan yg lebih cerah..
utk ketahui lebih lnjut MLM yg sy sertai,
layari http://www.ecofirstproducts.com
dan http://www.caridownline4u.com/msafwan89
dan sila email sy utk sbrg prtnyaan..
mss_011@yahoo.com
sekian wasalam
memang kalau join MLM ni boleh berjaya…atas usaha kita juga la. Bagi saya, saya telah join MLM ni about 2 years ago. Masalah yang saya hadapi ialah sukar mencari downline dan tak pandai sangat menjual barang2 dan haruslah maintain pembelian setiap bulan, Masuk sekadar nak beli produk untuk kegunaan sendiri sahaja. 3-4 hari lepas saya telah pun join satu MLM ni sebab tertarik dengan plan hybric yang baru dilancarkan di malaysia dan serentak di 64 buah negara. Sebuah syarikat MLM tempatan yang sudah lama beroperasi dan mendapat sambutan di seluruh dunia. Tak sangka syarikat MLM tempatan sungguh berjaya seperti itu, Dah ada cawangan pun di US dan beberapa negara lagi dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Plannya mudah diikuti dan tak membebankan ahli.
Lihatlah sambutan di US di sini:-
http://www.youtube.com/watch?v=qXg2RK1VRxU
Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar bagi saya. Insyaallah.